Percubaan Pertama Buat Tapai Pulut
PERCUBAAN PERTAMA BUAT TAPAI PULUT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum. SESUATU YANG KITA TIDAK TAHU. Tidak cuba tidak tahu. Bila cuba kena bersedia. Berjaya atau gagal. Berjaya jangan sombong. Gagal jangan patah semangat. Kita tengok orang yang berjaya boleh jadi sebelum itu dia telah menempuh puluhan kali kegagalan. Cuma ia tidak ditunjuk. Kita pun tidak tahu. Betul tak. Macam orang yang ada masalah. Tak tunjuk.
Ragi tapai.Alhamdulillah baik berkualiti. Syukur.
Tak tunjuk. Bukan sebab tak mahu tunjuk tapi bukan lagi waktunya. Kata babah, dulu jaie nyaie tanam macam-macam. Labu. Tebu. Keladi. Keledek. Pisang. Ubi. Untuk dimakan dan untuk dijual sebagai sumber pendapatan. Bila PC lahir nyaie dah tak lagi tanam-tanam. Lebih pada ambil hasil sedia ada daripada pokok-pokok yang ada. Bila PC dah sekolah, nyaie lebih pada petik kopi, cari akar kayu buat jamu. Tapikan, babah memang suka cerita kisah babah adik-beradik zaman kecik-kecik. Satu hal yang PC suka dengar bila nyaie minta tolong anak-anak kikis ubi kayu sebelum direbus untuk buat tapai. Haaaa.
"Nyaie dengan jaie dulu tanam ubi banyak.. buat tapai.. kadang sementara tunggu ubi ada, buat tapai pulut dulu jual..besarkan anak-anak.."
Kemudian satu-satunya adik beradik babah yang menurun buat dan jual tapai ni.. cuma arwah pak uda PC sahaja. Abang merangkap kawan baik babah. Mungkin jarak umur tidak jauh. Memang pak uda dengan babah sangat akrab. Sangat. Bila babah cerita pasal tapai ubi ni, PC terus cakap, "ba, jua nak buat tapai la... tapi tapai pulut..". Nyaie.. turun pak uda.. ni PC pula nak mencuba. Cubalah kalau nak cuba.. kata babah. Diam-diam PC beli ragi. Hehehehe.
Pulut yang telah siap dimasak/dikukus mesti dipastikan betul-betul sejuk. (PC pilih masak macam masak nasi.. lagi elok kalau kukus). Bila dah betul-betul sejuk.. taburkan serbuk ragi sampai rasa. Isilah pulut yang sudah ditabur dan gaul dengan ragi ikut pilihan masing-masing. Bungkus guna daun pisang boleh. Daun getah boleh. Masuk dalam bekas plastik boleh.
Alhamdulillah. Syukur. Jadi. Tapai pulut. Berair. Manis. Sehari setengah dah boleh makan. Kalau nak lagi manis, tunggu dua hari. Fuhhh.
Selamat sampai ragi. Bila dah sampai. Tunjuk babah. Senyum babah. Wahhh kata babah. Babah beli beras pulut. Oleh kerana semangat berkobar-kobar PC pun teruslah buat. Bissmillah. Ngeri pun ya juga. Pertama kali seumur hidup buat. Selalu makan je. Kali ni nak cuba buat sendiri. Tawakal sungguh. PC cakap dengan babah, ba, kalau gagal kena redha pulut ni. Walaupun rasa sayang. Tapi kalau tak cuba tak tahu boleh ke tak boleh. Jadi ke tak jadi. Haaaaa.
Buat.
Peram. Tiba masa minta babah tengok dan rasa. Kemudian en suami.
Jadi. Alhamdulillah. Punya gembira PC sujud syukur depan dapur masak. Babah nangis. Mungkin ingat air tangan mak dan abangnya. En suami ucap tahniah. Buat tapai pulut je punnnnn halahhh.. halahhh. Over betul kau ni PC. Babah terus order. Minta tolong buatkan lagi. Nak bawa pergi surau.. nak makan dengan kawan-kawan surau katanya. Hahhh. Terus berdebar-debar PC.
Bissmillah.
NOTA PC : kalau ada ubi boleh cuba juga
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2024/07/percubaan-pertama-buat-tapai-pulut.html