Percubaan Buat Tauhu Bergedil


 Percubaan Buat Tauhu Bergedil | Assalamualaikum...Hai korang, lama tak update blog ni, kesian dekat blog kesunyian dengan entri baru hihihi, hari ini terlebih rajin nak kongsi percubaan buat tauhu bergedil. Biasa la bila  suami Cik Ash la dia teringin nak makan tu yang gigih buatkan untuk dia. 





Sebenarnya bukan susah pun nak buat tauhu bergedil ni, ada bahan-bahan yang lengkap terjadi tauhu bergedil ni. cara buat pun Cik Ash tengok dekat google jer. Nak buat tauhu bergedil ni, kena sesuaikan rasa dalam intinya tu dan disertakan sambal kicap pulak mesti terangkat bila makan tauhu bergedil ni.


Memang berbaloi buat tauhu bergedil ni suami Cik Ash makan semua hahaha, beli tauhu yang kering dalam 12 biji harga RM5 sebungkus, boleh buat 2 kali. Jom la tengok bahan-bahan dan cara penyediaan kat bawah ni. 


Bahan-bahan
5 biji tauhu kering
1/2 biji besar
daging kisar
3 biji ubi kentang 
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
Lada sulah
garam 
perasa
bawang goreng
1 biji telur


Cara penyediaanya :-
1. Mula kita kena gunting permukaan atas tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering.
2. Hiris nipis ubi kentang dan di goreng dalam minyak panas. Toskan. Lepas tu tumbuk ubi kentang sehingga lumat.
3. Kemudian tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga kekuningan lepas tu masukkan daging kisar, garam dan serbuk perasa.
4. Masak sehingga daging kisar empuk dan toskan.
5. Satukan ubi kentang dan daging kisar yang dah goreng tadi. Masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, secukup rasa dan lada sulah digaul sehingga sebati.
6. Lepas tu sumbat inti ke dalam tauhu kering,sumbat sampai gemuk baru puas hati nak makan nanti.
7. Lepas tu celupkan tauhu ke dalam telur.
8. Panaskan minyak dan goreng tauhu sampai kekuningan.
9. Angkat dan toskan minyak tauhu begedil siap boleh dihidang dengan sambal kicap.


Bahan-bahan Sambal Kicap 
4 biji Cili padi
1 cili merah besar
3 ulas bawang putih
Kicap tu agak-agak dalam 3 sudu besar
Gula merah
bawang goreng
air


cara penyediaan :- 
1. Goreng sekejap cili padi,cili merah dan bawang putih.
2. Kisar kesemua bahan yang di goreng tu, masukkan kicap, gula merah, bawang goreng dan air.
3. Lepas tu tumis dalam kuali. Siap.


Itu cara Cik Ash selamat memcuba resepi ni. Nak tengok koleksi resepi lain boleh rujuk di DapurCikAsh .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikash.com/2023/06/percubaan-buat-tauhu-bergedil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lodeh Tempe Tauhu

Lodeh Tempe Tauhu

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 197 hits
Apabila tekak meragam seringkali terbayang lauk pauk yang arwah Bonda masak sejak Kjee kecik2 dulu Antaranya mestilah Lodeh Kering atau Bonda panggil Sambal Goreng Tadi selepas balik dari dentist ajak UP singgah Hero Market Seperti biasa di...
Tauhu Sumbat Cicah Homemade Sos

Tauhu Sumbat Cicah Homemade Sos

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 489 hits
tauhu sumbat simple dengan sos cili buatan sendiri gitewww kalau ada kuah kacang pun kak rose suka jugak kekadang tu leftover kuah satay pun boleh jadi pencicah untuk tauhu sumbat ni dalam ni cuma kak rose sumbatkan taugeh timun jepun dan c...
Percubaan Pas Batal Saman Dr Mujahid Ditolak Mahkamah Perintah Bayar Kos Guaman

Percubaan Pas Batal Saman Dr Mujahid Ditolak Mahkamah Perintah Bayar Kos Guaman

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 302 hits
Percubaan Pas batal saman Dr Mujahid ditolak mahkamah perintah bayar kos guaman Permohonan PAS Untuk Batal Saman Mujahid Ditolak Mahkamah Perintah PAS Bayar Kos RM3000 Kepada Mujahid Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini 21 Jun 2023 te...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Security Alert Unusual Login Notification

Perkuburan Baqi Hanya Jemaah Lelaki Yang Boleh Ziarah

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Tauhu Wrap Daging Resipi Sihat Mudah Yang Paling Padu

Brasil Satu Satunya Negara Yang Sentiasa Lolos Statistik Penampilan Piala Dunia

Back In The Game A Grigio Silverstone Moto Guzzi V35 From New Zealand

Cara Hitung Diskon Potongan Harga Saat Musim Sale Tanpa Pusing