Percayalah Oleh Kerana Mahiaddin Bukan Lagi Pm Hadi Akan Bawa Pas Keluar Pn Untuk Bersama Parti Itik Patah Kaki




Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi akhirnya mendedahkan pertemuan beliau dengan Hadi Awang berlaku kerana Presiden Pas itu datang menemui beliau di kediamannya.
Kata beliau, Hadi telah datang ke kediamannya pada 17 September lalu.
Dalam erti kata, pertemuan itu berlangsung adalah disebabkan Hadi yang ingin bertemu Zahid Hamidi, bukannya Presiden UMNO mahu bertemu Presiden Pas itu.
Jika Zahid Hamidi yang ingin bertemu Hadi, pertemuan itu tentulah berlaku di tempat pilihan Hadi dan bukan di kediaman Zahid Hamidi.
Di sebalik Hadi sebelum ini pernah menggelar UMNO sebagai itik patah kaki, beliau kini nampaknya sanggup menebalkan muka datang menemui Zahid Hamidi sambil menghulurkan tangan untuk bekerjasama semula bagi menghadapi PRU15 akan datang.
Jika dahulu beliau membawa keluar Pas daripada MN melalui pintu belakang dan secara senyap-senyap semata-mata untuk menyertai PN, sekarang secara senyap-senyap juga beliau bertemu Zahid Hamidi tanpa pengetahuan PN.
Tidaklah sukar untuk menjangka bahawa Hadi bertemu Zahid Hamidi itu adalah petunjuk kecenderungan Pas yang sudah tidak tertahan lagi untuk keluar dan meninggalkan PN.
Kenapa semua ini berlaku?
Tidak lain sebabnya ialah kerana Mahiaddin Md Yasin yang merupakan Presiden Bersatu dan Pengerusi PN bukan lagi Perdana Menteri sekarang ini.
Kalaulah Mahiaddin masih lagi Perdana Menteri, bukan saja UMNO akan kekal dilabelnya sebagai itik patah kaki atau macam-macam label buruk yang lain, malah tentulah mustahil beliau sanggup mencari Zahid Hamidi untuk bertemu bagi membincangkan soal kerjasama.
Di sini jelas bahawa Pas adalah parti yang tak boleh pakai, tiada kesetiaan dan hanya memikirkan kelangsungan nikmat berjawatan dalam kerajaan, termasuk jawatan yang tak payah buat kerja dan hanya makan gaji buta.
Kemaruknya Pas kepada jawatan dan kedudukan dalam kerajaan boleh kata mengalahkan penganggur yang sudah berpuluh tahun tidak beroleh pekerjaan.
Tetapi, huluran tangan Pas kepada UMNO untuk bekerjasama itu tidaklah mudah disambut begitu saja kerana Zahid Hamidi tentulah tidak lupa semua kecurangan serta ketidaksetiaan Pas ketika berada dalam MN sebelum ini.
Sebab itu, beliau meletakkan tiga syarat jika Pas ingin bekerjasama semula dengan UMNO
Tiga syarat tersebut ialah Pas mesti keluar daripada PN, memutuskan semua hubungan dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi berpisah sepenuhnya dengan Bersatu dan PN.
Sanggupkah Hadi memenuhi tiga syarat itu?
Sekali pandang, memang terlihat syarat-syarat tersebut amat berat untuk Pas penuhi.
Ada pula yang berkata, tidak mungkin Pas sanggup meninggalkan Mahiaddin yang begitu berjasa besar kerana beliaulah yang mula-mula membawa parti itu ke dalam kerajaan, melantiknya sebagai duta dan mencadangkan gelaran Tan Sri kepadanya.
Tetapi benarkah Hadi begitu teguh jiwa dan pendiriannya?
Dalam hal ini, percayalah bahawa keutamaan Pas sekarang ialah untuk kekal dalam kerajaan serta memenangi sebanyak mungkin kerusi wakil rakyat.
Maka, demi ingin kekal menikmati kedudukan dalam kerajaan dan keseronokan berjawatan dengan gaji lumayan itu, adalah dijangka pilihan akhir Pas ialah meninggalkan Bersatu dan PN untuk memilih bersama UMNO semula.
Pas kini sedar BN yang ditunjangi UMNO lebih mempunyai harapan dan peluang membentuk kerajaan berbanding Bersatu dan PN.
Hanya dengan menumpang kekuatan UMNO dan BN sajalah Pas dapat mengekalkan kenikmatan hidup dunia yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini.
Dengan bersama Bersatu dan PN, Pas sedar nikmat dunia mereka bakal terlepas begitu saja.
Sampai hatikah Pas meninggalkan Mahiaddin, Bersatu dan keluar daripada PN?
Jangan risau tuan-tuan – Pas sentiasa ada dalil, siap dengan hadis-hadis pilihan sekali untuk menghalalkan tindakannya itu dan mereka akan terus mendabik dada mengatakan pilihan yang dibuat adalah betul dan selari dengan tuntutan Islam. – ShahbudinHusin 03/09/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/percayalaholeh-kerana-mahiaddin-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahiaddin Betul Bila Kata Bn Musuh Pn Sanggahan Pas Hanya Tunjuk Ia Parti Kemaruk Jawatan

Mahiaddin Betul Bila Kata Bn Musuh Pn Sanggahan Pas Hanya Tunjuk Ia Parti Kemaruk Jawatan

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 173 hits
Kenyataan Pengerusi PN Mahiaddin Md Yasin yang meletakkan BN sebagai musuh mereka dalam PRU15 akan datang adalah betul dan tepat Ini kerana meskipun sekarang ini BN dan PN sedang bersama sama dalam membentuk kerajaan hubungan itu secara aut...
Umno Akan Anjur Perhimpunan Raksasa Jika Pas Keluar Pn

Umno Akan Anjur Perhimpunan Raksasa Jika Pas Keluar Pn

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 182 hits
Anne Muhammad dan Shahrul ShahabudinKUALA LUMPUR Umno akan menganjurkan perhimpunan raksaksa bersama PAS sekiranya parti Islam itu memutuskan hubungan Perikatan Nasional Memetik sumber Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara te...
Umno Orders Ceasefire With Pas After Zahid Hadi Meeting

Umno Orders Ceasefire With Pas After Zahid Hadi Meeting

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 233 hits
Umno has ordered its cyber troopers to observe a ceasefire with PAS for the time being This following a meeting between Umno president Ahmad Zahid Hamidi and his PAS counterpart Abdul Hadi Awang said a party source No final decision was mad...
Kesombongan Hadi Akan Membawa Padah Pada Pas Ph Berjaya Tanpa Pas

Kesombongan Hadi Akan Membawa Padah Pada Pas Ph Berjaya Tanpa Pas

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 202 hits
Seronok juga baca berita tentang orang yang suka cakap merapu ni Boleh menghadirkan ketawa bila baca Hadi nak kata Amanah akan melutut kepada PAS walaupun aku bukan lagi ahli Amanah tapi aku tak rasa itu mungkin berlaku Aku tinggalkan Amana...
Hadi Pas Ruled States Will Not Go For Early Elections

Hadi Pas Ruled States Will Not Go For Early Elections

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 208 hits
PAS which leads the state governments of Kelantan Terengganu and Kedah announced that it will not push for the dissolution of the state legislatures anytime soon According to its president Abdul Hadi Awang this was to ensure the states can ...
Muhyiddin And Hadi Meet As Bersatu Pas Tensions Simmer

Muhyiddin And Hadi Meet As Bersatu Pas Tensions Simmer

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 154 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin met his PAS counterpart Abdul Hadi Awang informally last night This followed apparent disagreement between the two parties on the contents of Muhyiddin s speech during Bersatu s sixth anniversary event on ...
Hadi Pas Choosing Between Umno And Bersatu Will Cause Imperfect Politics

Hadi Pas Choosing Between Umno And Bersatu Will Cause Imperfect Politics

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 211 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has alluded that the party prefers to stick to its stance of facing the 15th general election together with Umno and Bersatu The Marang MP pointed out that an ummah unity limited to PAS with Umno or PAS with B...
Rm90m For Pas Hadi Claims Suicidal For Umno To Fund Own Destruction

Rm90m For Pas Hadi Claims Suicidal For Umno To Fund Own Destruction

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 222 hits
Handing tens of millions of ringgit to PAS would have been suicidal for Umno as it would allow the former to capture the entire nation according to the Islamist party s president Abdul Hadi Awang The Marang MP said this in dismissing the al...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii