Perbuatan Jemaah Semasa Khatib Membaca Doa




Apa perlu dilakukan semasa khatib membaca doa ketika khutbah Jumaat? Perlukah angkat tangan berdoa dan mengaminkan doa itu? Umumnya, mengangkat tangan ketika berdoa ini sunah. Inilah yang kita sering lakukan. 
Hadis bermaksud: "Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia, apabila hambanya mengangkat tangan kapadanya, ia tidak akan menolak dengan tangan kosong" (Riwayat Al-Tirmizi no: 3556, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Tirmizi).

Akan tetapi, berbeza keadaan ketika doa disampaikan khatib semasa membaca khutbah Jumaat.
Mengikut riwayat, mengangkat tangan semasa berdoa di dalam khutbah Jumaat bagi khatib bukanlah sunah. Sebaliknya, sudah memadai bagi khatib sekadar menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk.
Malah para sahabat mengutuk khatib mengangkat tangan ketika berdoa semasa membaca khutbah.
Imam Muslim telah meriwayatkan: "Dari Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika di atas mimbar mengangkat tangan dan berkata: “Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan.
“Aku melihat Rasulullah tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya." (Hadis riwayat Muslim)
Manakala dalam Abu Daud pula: "Dari Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika di atas mimbar mengangkat tangan apabila melakukan doa pada hari Jumaat, dan berkata:
“Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya." 
Berkata Imam al-Nawawi di dalam mensyarah hadis ini: “Ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain.
“Di dalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadis ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.”
Jemaah juga tidak digalakkan mengangkat tangan semasa khatib membaca doa, kerana makmun (yang mendengar khutbah) adalah mengikut imam (khatib).

Akan tetapi jika Imam berdoa agar diturunkan hujan pada hari Jumaat semasa beliau di atas mimbar, maka adalah menjadi sunnah mengangkat tangan dan begitu juga keadaan makmunnya, disunatkan mengangkat tangan.
Syiekh Ibn Utsaimin mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat tangan jika khatib sedang mendoakan agar diturunkan hujan (istisqaa) di mana Rasulullah pernah mengangkat tangannya ketika berdoa kepada Allah meminta hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut mengangkat tangan. 
Menurut beliau, di dalam situasi lain tidak disunatkan mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah. [Fataawa Arkaan al-Islam, ms 392].

Beberapa ulama mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan orang-orang yang bersolat mengangkat tangan mereka bagi mengaminkan doa imam, dan disebut oleh Ibnu Abidin sesungguhnya jika mereka melakukannya maka mereka dosa ke atas yang sahih
Begitu jugalah halnya kepada mereka yang mengangkat tangan mereka ketika imam duduk di antara dua khutbah.
Berdoa di dalam khutbah Jumaat adalah thabit dari Nabi SAW di mana ia mendoakan ke atas mukminin dan mukminat.
Di dalam Fatwa no:6396, Faatwa Lajhah Daa'imah LilBuhtuth Al-Ilmiyah wa Al-Ifta' (8/233) mengatakan bahawa menyebut 'Amin' pada doa tidaklah mengapa.
Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz: "Mengangkat tangan tidak disyarakkan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, sama ada imam atau makmum jemaah tersebut.
“Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut 'amin' semasa imam berdoa, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar)." (Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339)
Kesimpulannya ialah mengangkat tangan untuk berdoa semasa imam duduk antara dua khutbah dan juga semasa imam membaca doa tidaklah terdapat di dalam syarak, malah ulama mengatakan ia adalah perbuatan bidah.  

Doa boleh dibaca pada masa imam sedang duduk di antara dua khutbah dengan secara perlahan tanpa mengangkat tangan dan 'amin' boleh dibaca secara perlahan semasa imam membaca doa.
Pun begitu, jika ada yang masih ‘degil’ meneruskan amalan yang biasa itu, mengangkat tangan ketika khatib membaca khutbah, usahlah kita berbalah mengenainya. 
Begitulah juga jangan ‘dihina’ dan dipandang serong terhadap mereka. Apa yang penting, kita perlu memberi tahu yang benar.

Sesungguhnya dalam soal agama tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa mengikut apa yang benar.
Jika dilakukan sesuka hati dan berdasarkan kepada apa yang kita fikirkan tanpa berdasarkan apa yangditetapkan oleh al-Quran dan hadis, maka rosaklah agama.
Marilah kita melakukan apa yang betul berdasarkan apa yang dikehendaki oleh agama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2021/08/dhc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Nabi Allah Sulaiman A S

Doa Nabi Allah Sulaiman A S

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 369 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai pembaca semua Bonde kongsikan disini malam ini Doa Nabi Sulaiman Doa Nabi Allah Sulaiman A S Doa Nabi Allah Sulaiman A S 1 Kegunaan Doa Nabi Allah This is a content summary only Visit my website for ful...
Ini Pun Satu Hal Yang P Lantik Tukang Baca Doa Pasai Pa Tak Ada Dah Ka Yang Cerdik Dalam Parti Lebai Nih

Ini Pun Satu Hal Yang P Lantik Tukang Baca Doa Pasai Pa Tak Ada Dah Ka Yang Cerdik Dalam Parti Lebai Nih

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 163 hits
Panas Khairol Najib gesa MB rombak Exco Perak yang gagal tunjuk prestasi baikSeptember 2 2021 Pemuda Amanah Perak menyarankan kepada Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad untuk melakukan rombakan terhadap anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Neg...
Bahaya Penyakit Ain Elak Kongsi Gambar Bayi Di Media Sosial Amalkan Doa Pelindung Ini

Bahaya Penyakit Ain Elak Kongsi Gambar Bayi Di Media Sosial Amalkan Doa Pelindung Ini

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 368 hits
Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib Ianya adalah satu pandangan manusia yang penuh dengan rasa takjub dan cemburu sehingga ia boleh memberikan kesan buruk kepada individu yang dipandang Hadis nabi ada menyebut Penyakit...
Penyanyi Janji Manismu Aishah Kategori 4 Positif Covid 19 Mohon Doa Peminat

Penyanyi Janji Manismu Aishah Kategori 4 Positif Covid 19 Mohon Doa Peminat

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 350 hits
MALAYSIA DATELINEPenyanyi Janji Manismu Aishah difahamkan kini berada pada tahap 4 positif Covid 19 setelah dimasukkan ke Hospital Ampang sejak dua malam lepas Paras oksigen penyanyi nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin itu agak kurang stabi...
Hadith Doa Hari Ini 1 September 2021 23 Muharram 1443h Rabu

Hadith Doa Hari Ini 1 September 2021 23 Muharram 1443h Rabu

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 258 hits
Hadist Hari Ini Rabu 23 Muharrom 1443 Dari Sayyidina Abu Hurairah berkata Ada seorang lelaki datang kepada Baginda Rasulullah lalu berkata Ya Rasulullah siapakah orang yang paling berhak untuk saya persahabati dengan sebaik baiknya yakni si...
Jangan Lupa Ucapkan Terima Kasih Ditambah Dengan Doa

Jangan Lupa Ucapkan Terima Kasih Ditambah Dengan Doa

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 204 hits
Jangan lupa ucapkan terima kasih lebih lebih lagi sambil mendoakan Terima Kasih Yah Dalam situs web Kompasiana disebutkan Terima kasih terdiri atas dua kata tetapi satu makna Terima berarti kita mendapatkan sesuatu yang bernilai baik bagi k...
Dem4m 0ksigen Tak Aishah P0sitif C0vldl9 Mohon Doa Orang Ramai

Dem4m 0ksigen Tak Aishah P0sitif C0vldl9 Mohon Doa Orang Ramai

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 335 hits
Selepas meng4lami gej4la dem4m panas dan sempvt penyanyi Aishah mengesahkan dirinya kini positif v1rus C0vldl9 Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin 56 telah memuat naik sebuah video menerusi akaun Instagramnya yang menunjukkan...
Lepas Solat Inilah Doa Isteri Untuk Suami Rezeki Makin Murah Hubungan Makin Cantik

Lepas Solat Inilah Doa Isteri Untuk Suami Rezeki Makin Murah Hubungan Makin Cantik

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 327 hits
Siapa lagi yang nak doakan suami kalau bukan isteri kan Selagi isteri doakan suami dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kepada Allah SWT rezekinya pasti terbentang luas Jangan pernah letih untuk mendoakan hanya yang terbaik untuk suami tersa...
Membaca Makna Busana Adat Bali Dikenakan Puan Maharani Dalam Sidang Paripurna

Membaca Makna Busana Adat Bali Dikenakan Puan Maharani Dalam Sidang Paripurna

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 162 hits
Sementara itu Pengajar Komunikasi Politik Universitas Indonesia Ari Junaedi menilai busana yang dikenakan Ketua DPR RI Puan Maharani pada sidang paripurna DPR RI 16 Agustus 2021 sebagai apresiasi kepada Bali propinsi yang paling cepat menca...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin