Perbezaan Jadikan Warna Indah
PERBEZAAN JADIKAN WARNA INDAH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. TABIAT YANG tidak baik, tolong buang jauh-jauh. Tidak pun ubah. Tapi, nak berubah ni bukan senang. Melainkan kuat semangat. Bersungguh-sungguh. Kalau tak nanti, "hangat-hangat tahi ayam" jadinya. Sekejap dah sejuk.
Semakin tua semakin sejuk. Sejuk cara berfikir dan pergaulan. Ini PC. Orang lain mungkin ada pendekatan yang berbeza-beza. Sejuknya macam mana?. Sekarang kalau boleh malas nak fikir yang berat-berat. Malas dah nak bergaul bersembang yang beratnya cuma nampak salah, kurang dan aib orang. Entah, rasa malas la. Sejuk. Rasa nak menjauh. Bukan rasa "baik sangat".. jauh sekali "alim atau solehah" sangat. Cuma lama-lama sedar dan semakin tebal rasa takut pada azab-Nya. Risau taubat belum cukup dah mati. Bila sembang nak kencang.. nak melangit.. nak tunjuk hebat.. mood PC nak sembang terus turun. M..a..l..a..s nak layan.
Mati akal juga PC sekarang ni bila malas nak layan nak buat macam mana?. Menjarak. Dulu okey je. Layankan. Sekarang rasa lain. Sebab PC fikir macam ni... aku buat baik cuma sedikit.. tapi aku padam pahala sendiri dengan sengaja.. kan kerja sia-sia. Kerja bodoh. Bodohnya aku ni. Hidup kat dunia ni walau 100 tahun.. sebenarnya sekejap. Hidup dalam kubur lagi lebih lama sangat-sangat. Sedangkan hidup kat SANA sandarannya amal kebaikan masa hidup di dunia...
Sambal sardin. Ayam masak kari. Satu meja. Berbeza mahunya tekak mengisi dan mengenyangkan perut.
Sambal sardin
Ayam masak kari
Dunia sementara. Jangan asyik membanding-bandingkan. Satu mak bapak pun perangai anak-anak tak sama. Ada yang lebih ni.. ada yang kurang itu. Kuih yang disukat.. ditimbang.. diadun dalam satu adunan pun tak semua sama pada penghujung hasilnya. Timbang?.. kadang meleset juga. Ini pun satu hal. Kenapa ya mesti ada saja perangai suka banding-bandingkan. Macam manalah anak-anak tak rasa jauh hati.. dari kecil sudah dibanding-bandingkan sesama adik-beradik. Jangan cipta memori pedih dan pahit. Jangan jadi punca anak-anak hidup dalam kesakitan kerana dibanding-bandingkan. Perbezaan jadikan warna indah. Warna warni.
Hitam memang gelap.. tapi waktu malam yang hitam gelap pekat masa rehatnya kita. Siang memang terang. Namun waktu siang kita berkerja keras dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Semua ada peranan dan bahagian masing-masing. Tidak dan bukan masa menuding atau mencari-cari untuk membanding. Ada perbezaan?.. jadikan warna indah dalam kehidupan sekeluarga. Jangan bina tembok dan jurang.
NOTA PC : letih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.perducinta.com/2025/11/perbezaan-jadikan-warna-indah.html