Perbezaan Demokrasi Malaysia Dan Amerika



PADA 16 September 1963, iaitu ketika Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara berdaulat, Dewan Rakyat mempunyai 104 wakil dari Tanah Melayu, 16 dari Sabah, 24 mewakili Sarawak dan 15 lagi wakil Singapura. Asasnya pada ketika itu, Malaysia mempunyai 159 wakil rakyat bagi 159 kawasan Parlimen. Sementara Dewan Negara mempunyai 50 wakil kesemuanya.
Sejajar dengan pembangunan negara terutama sekali dari segi pertambahan penduduk dan memenuhi keperluan politik semasa, pertambahan wakil rakyat tercetus beberapa kali sehinggalah pada hari ini, Dewan Rakyat memiliki seramai 222 ahli kesemuanya. Setiap wakil rakyat ini mempunyai cabaran tersendiri kerana kawasan yang diwakili adalah berbeza luasnya dan juga bukan sahaja jumlah penduduk berbeza tetapi komposisi masyarakat juga berbeza.
Putrajaya dan Labuan hanya mempunyai satu kerusi Parlimen manakala Sarawak memiliki jumlah terbanyak, iaitu 31. Kuala Lumpur yang berkeluasan 243 kilometer (km) persegi diperuntukkan 11 kerusi Parlimen yang mewakili 1.8 juta penduduk manakala Pahang dengan keluasan 36,965 km persegi dengan 1.7 juta penduduk mempunyai 14 kerusi Parlimen, iaitu hanya tiga lebih daripada Kuala Lumpur walaupun perbezaan dari segi keluasan jauh berbeza.
Tidak syak lagi gabungan faktor jumlah penduduk serta keluasan negeri memainkan peranan penting dalam hal pembahagian kawasan Parlimen.
Terdapat negeri yang menagih pertambahan wakil rakyat atas dasar pertambahan penduduk atau pembangunan pesat.
Ada juga negeri mendakwa diperuntukan jumlah kerusi perlu mengikut faktor perundangan. Adakah permintaan daripada negeri ini sama ada adil atau tidak bergantung kepada sudut pandang masing-masing?
Dalam hal ini, menarik jika diambil contoh bagaimana Amerika Syarikat (AS) menentukan jumlah kerusi Parlimen setiap negeri melalui jumlah wakil dalam Dewan Perwakilan Kongres. Menarik dijadikan contoh kerana negara itu mempunyai 50 negeri dengan penduduk seramai 332 juta dan keluasan keseluruhan 9,526,468 km persegi.
Jika diambil kira ketiga-tiga faktor tersebut iaitu jumlah negeri, penduduk dan keluasan, secara logik jumlah perwakilan menjangkau ribuan ramainya. Jika jumlah perwakilan Dewan Rakyat boleh berubah tetapi di AS perlembagaan persekutuan negara itu mengehadkan jumlah Dewan Perwakilan kepada 435. Peruntukan jumlah wakil setiap negeri adalah berdasar kepada konsep pembahagian (apportion) jumlah penduduk setiap negeri.
 
PERANG REVOLUSI
Jumlah penduduk dikemas kini melalui banci penduduk yang dilaksana setiap 10 tahun. Mengikut kaedah pembahagian maka jumlah perwakilan boleh berubah setiap 10 tahun. Umpamanya banci 2010 Texas mempunyai 36 perwakilan tetapi banci 2020 menyaksikan pertambahan dua perwakilan. Sementara California pula mengalami nasib dikurangkan satu perwakilan kerana berlaku susutan jumlah penduduk dalam jangka masa tersebut.
Tetapi paling menarik, peruntukan perlembagaan dan perundangan mengenai pembahagian jumlah perwakilan tidak mengambil kira status setiap negeri ketika penubuhan AS. Umpamanya 13 negeri yang pada asalnya menubuhkan AS selepas isytihar merdeka daripada jajahan British selepas Perang Revolusi Amerika pada 1776 mempunyai hak sama seperti mana Alaska dan Hawaii yang hanya menyertai AS pada 1959.
Penggunaan kaedah pembahagian jumlah perwakilan adalah untuk memberi keadilan kepada negeri yang mempunyai jumlah penduduk sedikit seperti Wyoming dan untuk memastikan negeri mempunyai ramai penduduk seperti California tidak membolot jumlah perwakilan. Begitu jua keadilan sama rata digunakan dalam peruntukan kerusi Dewan Senat, iaitu setiap negeri diberi hak melantik dua senator tidak kira Rhode Island (keluasan lebih kurang Lembah Klang) iaitu negeri paling kecil keluasannya atau Alaska, negeri paling luas.
Menarik juga diberi perhatian, pilihan raya presiden yang dilaksanakan setiap empat tahun mengamalkan sistem electrol college dan bukan undi popular demi mengelak fenomena berat sebelah di mana presiden hanya dari negeri yang mempunyai ramai penduduk. Setiap negeri diperuntukan jumlah undi electrol college bersamaan dengan jumlah perwakilan dan senator yang dimiliki setiap negeri.
Memang benar sistem demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia dan AS berbeza kerana di negara tersebut, pemilihan presiden ditentukan secara langsung oleh undi daripada rakyat manakala perdana menteri di negara ini pula ditentukan oleh parti politik yang melepasi jumlah majoriti kerusi Parlimen dimenangi dan membentuk Kerajaan Persekutuan.
Tetapi asasnya adalah keadilan politik telah dipamerkan oleh AS melalui sistem pemilihan presiden, ahli Dewan Perwakilan dan Dewan Senat demi memberi peluang sama rata kepada semua negeri dan rakyatnya melunaskan tanggungjawab masing-masing. Memang bukan semuanya indah dalam hal demokrasi dan kesaksamaan politik di AS tetapi dalam hal tiga bentuk pemilihan yang menjadi tonggak demokrasi negara kuasa besar itu, banyak perkara sebenarnya yang boleh dijadikan iktibar tetapi mengikut acuan kita sendiri. – UTUSAN
PENULIS ialah geostrategis dan Felow Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR).
Perbezaan demokrasi Malaysia dan Amerika
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor Mahathir semua ‘taktau’ Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO] BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’ Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA Leissner sogok suami Zeti Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

The post Perbezaan demokrasi Malaysia dan Amerika appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/03/perbezaan-demokrasi-malaysia-dan-amerika/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taehyung Versi Malaysia Berambut Panjang Kerinting Hun Haqeem Dipuji Mirip V Bts

Taehyung Versi Malaysia Berambut Panjang Kerinting Hun Haqeem Dipuji Mirip V Bts

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 186 hits
Ada tak yang sedang layan drama di Astro iaitu Ulya Dini Mengangkat mengenai kisah seorang wanita cantik yang mengalami trauma semasa kecil kerana sering diejek dek tubuh badan yang sedikit gempal ianya nyata disukai penonton Malaysia meman...
Maritim Malaysia Pahang Aktifkan Operasinya Cari Kru Kapal Tangki Yang Hilang Jatuh Laut

Maritim Malaysia Pahang Aktifkan Operasinya Cari Kru Kapal Tangki Yang Hilang Jatuh Laut

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 211 hits
KUANTAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan seorang kru sebuah kapal tangki yang disyaki jatuh ke laut pada 10 30 malam tadi Pengarah Maritim Pahang Laksamana Pertama Marit...
Rakyat Malaysia Malas Membaca

Rakyat Malaysia Malas Membaca

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 138 hits
HAMDAN TAHAPerbicaraan Najib dalam dan luar negara Terdedah dengan macam macam kisah tapi rakyat malaysia ni jenis tak suka membaca dan hanya ambil tahu peringkat awal jer lepas tu tak ambil kisah dari segi kes dan fakta maka lahir lah peny...
Malaysia Ailing From Poor Labour Standards Minister Warns Of Blacklist Action

Malaysia Ailing From Poor Labour Standards Minister Warns Of Blacklist Action

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 161 hits
Human Resources Minister M Saravanan warned today that employers who declined to pay their domestic workers or mistreated them would be blacklisted forever Saravanan said this in reference to a recent news report where a worker had not been...
Menukar Ringgit Malaysia Ke Matawang Asing

Menukar Ringgit Malaysia Ke Matawang Asing

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 201 hits
Salah faham tentang membeli emas atau membuat pelaburan emas adalah anda terfikir anda telah menggunakan duit anda untuk berbelanja ia mungkin separuh benar jika anda membeli barang kemas Anda akan merasa kekurangan atau kehilangan duit ter...
Kedutaan Di Ukraine Akan Lindungi Rakyat Malaysia

Kedutaan Di Ukraine Akan Lindungi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 140 hits
Terdapat 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan negara di Kiev Ukraine tetapi 12 daripadanya sudah pulang ke tanah air PETALING JAYA Kedutaan Malaysia di Kiev akan memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di ...
Fuelled By Groupthink Nonsensical Views Find A Home In Malaysia

Fuelled By Groupthink Nonsensical Views Find A Home In Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 141 hits
In 1979 a social psychologist who focused on conducting research on human behaviour Irwing L Janis coined the term groupthink I believe that we need to fully understand this psychological phenomenon Mainly because in Malaysia it often seems...
Hiburan Bos Malaysia Paling Kedekut Bayar Gaji Di Asia Tenggara Kongres Kesatuan Sekerja

Hiburan Bos Malaysia Paling Kedekut Bayar Gaji Di Asia Tenggara Kongres Kesatuan Sekerja

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 621 hits
Lapor para majikan di Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar untuk membayar gaji pekerja sekaligus menjadikan bos bos ini sebagai antara majikan paling kedekut di Asia Tenggara Angka peratusan Malaysia ...
Santai Petang Belia Malaysia Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim

Santai Petang Belia Malaysia Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 154 hits
Tarikh Sabtu 26 Februari 2022Masa 3 00 petangLokasi Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah Port DicksonDijemput semua belia dan anak muda sama sama hadir bagi menjayakan sesi santai petang yang akan dihadiri YB Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua...
Filem Reeza Gtr

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Optimizing Gold Trading With The Moving Average Convergence Divergence Indicator

Kl Bird Park

Expert Malaysians Deeply Involved In Online Scams Human Trafficking

Zus Coffee With Ceo Latte

Absolute Thai Port Lepak Makan Sedap One Utama Damansara

Generate Unique Brand Names


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Other Coffee Approved

Doa Perbaiki Akhlak Diri Dan Urusan

Issam Alnajjar Hadal Ahbek Chord

Koi Tiwikarma Chord

Youtuber Ishowspeed Sumbang Rm235 000 Hadiah Kemenangannya Dari Mrbeast Kepada Tabung Kemanusiaan Palestin

Resipi Rojak Petis Sedap Begini Cara Buat Kuahnya Secara Homemade