Perbezaan Antara Halia Tua Dan Halia Muda
Semalam ke pasar beli barang dapur yang dah menyusut untuk minggu depan. Tambah stok ayam, ikan, sayur dengan biskut anak-anak. Diaorang ni masa rehat antara kelas PdPR tu asyik nak mengunyah je. Kejap-kejap ke dapur cari roti ke biskut ke alas perut. Nak kata tak sarapan tak pula. Mungkin masa belajar buat perut jadi lapar agaknya.
Okey berbalik cerita pasal ke pasar tu nak cari halia juga sebenarnya. Masa belek-belek tu hampir semua yang dijual adalah dari jenis halia muda. Saya nak cari halia tua untuk memasak bukan halia muda. Kalau korang nak tahu halia ialah sejenis rempah berakar dengan rasa pedas serta tumbuh di negara yang bercuaca panas termasuk di Asia Tenggara, China, India, Afrika dan juga rantau Caribbean.
Dalam masyarakat Asia umumnya halia digunakan secara meluas untuk tujuan masakan dan juga perubatan. Antara kebaikan halia kepada kesihatan termasuklah membantu penghadaman dan menyingkirkan angin dalam badan. Selain itu halia juga sering digunakan untuk mengurangkan sakit tekak dan juga melegakan sakit kepala.
Perbezaan Antara Halia Tua dan Halia Muda :
Halia muda ni biasanya warnanya lebih terang dari halia tua. Halia muda juga mempunyai kulit lebih licin daripada halia tua.Kalau halia tua pula mempunyai warnanya yang sedikit gelap berbanding halia muda.Halia tua juga mempunyai tekstur kulit yang lebih kasar dari halia muda.
Kredit gambar : Shopee (Halia tua) , Shopee (Halia muda)
Kegunaan Halia Dalam Masakan :Dari segi kegunaan dalam masakan halia tua lebih sesuai digunakan dalam masakan seperti jenis yang berempah seperti digunakan dalam rendang dan juga masakan yang berkuah seperti kari ayam atau daging. Manakala halia muda pula lebih baik digunakan dalam masakan seperti nasi ayam, masakan jenis stim seperti stim ikan dan juga bubur kerana sifatnya yang kurang pedas.
Tapi kadangkala saya pun mana yang ada je saya guna hehe. Teringat pula masa dekat kampung kalau mak saya pesan beli halia mesti kena halia tua. Lagi-lagi kalau masa nak merendang sebelum Syawal menjelang tiba tu. Kalau tak dapat halia tua macam tak lengkap rendang daging Minang mak saya.
Jadi korang guna halia yang mana dekat rumah? Halia muda ke halia tua?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eksplorasilea.com/2021/08/perbezaan-antara-halia-tua-dan-halia-muda.html