Perbezaan Adat Perpatih Negeri Sembilan Dan Adat Perpatih Minangkabau


Masyarakat luar, malah masyarakat Negeri Sembilan sendiri mutakhir ini seringkali beranggapan secara tidak tepat tentang Adat Perpatih yang misalnya, dengan tanggapan bahawa “Adat Perpatih berasal dari Minangkabau”.


Sebenarnya, Adat Perpatih di Negeri Sembilan adalah unik untuk amalan seumpamanya di Negeri Sembilan dan hanya di Negeri Sembilan sahaja.

Amalan Adat Perpatih di Minangkabau pula adalah sebenarnya merupakan Adat Luak 50.

Nombor 50 adalah bilangan ‘jurai’ di Minangkabau, sesuatu yang tiada kedapatan tentangnya di Negeri Sembilan.

Walaupun terdapat persamaan tentang amalan kedua adat ini tadi, tetapi perbezaannya amat jelas. Nama keduanya secara am adalah sama, ada persamaan, namun keduanya ada banyak perbezaan yang ketara.

Antaranya, amalan pembahagian tanah pusaka misalnya adalah sama dan masih bersifat matrilineal sama seperti Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Namun, Adat Perpatih di Minangkabau atau Adat Luak 50 tidak pula memiliki sistem Lembaga, tidak wujudnya Buapak, malah sistem pentadbiran ketua negeri di mana Undang melantik Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan bersandarkan undi mutlak oleh Undang Yang Empat tidak pernah wujud di Minangkabau.

Dari Minangkabau, ada 11 kumpulan dari sebelas kampung asalnya, datang membina hidup dan meneroka, membuka penempatan bermula dari wilayah yang kini digelar Negeri Sembilan.

Dahulu sebelum Negeri Sembilan wujud, jajahan sama merupakan sebahagian dari Melaka dan kemudiannya dikuasai Johor.

Setelah pemutusan kuasa dari Johor, Negeri Sembilan ditadbir sepenuhnya secara autonomi kepada lima Luak Tanah Mengandung yang diketuai Penghulu Luak dan Luak yang diketuai Undang Yang Empat.

Ini sekali gus menjadikan negeri ini bebas dan mengangkat sistem rajanya yang memiliki kedaulatan sendiri.

Suku mendatang iaitu 11 kumpulan dari 11 kampung inilah yang membentuk 11 suku, mempersetujui pula ke atas mereka untuk digubal satu bentuk undang-undang atau adat di dalam ruang lingkup adat mereka yang kini digelar Adat Perpatih setelah mereka membuka penempatan di sini.

Untuk rekod, terdapat dua gelombang kehadiran suku mendatang dari Minangkabau membuka penempatan di Negeri Sembilan, menganjur dari Kelang, Melaka sehingga ke Johor.

Gelombang pertama adalah sebelum 1773, iaitu sebelum ketibaan Raja Melewar, mungkin sejak seawal munculnya Melaka, manakala gelombang kedua adalah selepas Raja Melewar dijemput mentadbir Luak Tanah Mengandung sehinggalah pemutusan kuasa Negeri Sembilan untuk bebas dari Johor sehinggalah mungkin lewat 1900an.

Resam Melayu yang berkelana, usai berpetualang menetaplah mereka membuka kawasan buat berteduh dan menyusur air buat mereka mencari rezeki. Semakin luas dan besar keluarga, ia membentuk masyarakat.

Dengan msyarakat yang besar perlu ada pula undang-undang yang menjadi aturan hidup dan sosial mereka supaya mereka kekal bertamadun, maka muncullah Adat Perpatih.

Kecuali Suku Selemak Pahang yang memegang tampuk pentadbiran selaku Penghulu Luak Terachi (ini ada cerita menarik yang lain) Suku ke-12 iaitu Biduanda adalah satu-satunya suku yang diberikan mandat untuk memegang tampuk kuasa mentadbir semua ‘sembilan negeri’ di dalam Negeri Sembilan (empat Luak dan lima Luak Tanah Mengandung).

Suku Biduanda ini diberikan keistimewaan kerana suku mendatang tadi telah bercampur, bersosial dan berkeluarga pula dengan pribumi suku orang asal Sakai, Jakun, Semang, Temuan dan Semelai yang memang telah lama menetap di atas wilayah yang kini dipanggil Negeri Sembilan.

Percampuran antara keduanya inilah mewujudkan Suku Biduanda.

Yang diketahui, lelakinya adalah dari suku mendatang, manakala wanita pula dari kalangan suku orang asal.

Ini kerana resamnya di dalam Adat Perpatih, yang berkelana adalah lelaki, dan yang mengembangbiak zuriat adalah dari nasab wanita. Salah satu sebab mengapa Adat Perpatih bercirikan matrilineal.

Ringkasnya, sekalipun asasnya dari Minangkabau, Adat Perpatih di Negeri Sembilan berasal dari undang-undang adat tempatan di Negeri Sembilan setibanya masyarakat ini berkembang biak dan berzuriat di dalam wilayah adat Negeri Sembilan.

Tatacara dan susunan tertib bersuku ini tidak wujud di Minangkabau atau di dalam Adat Luak 50 mereka, satu lagi perbezaan ketara adat tersebut dengan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Jadi, sekalipun ada persamaan, perbezaan keduanya amat jelas dan besar, hinggakan tidaklah boleh dikatakan sepenuhnya bahawa Adat Perpatih berasal dari Minangkabau, walaupun ada perkaitan antara duanya.

Malah, perkaitan Adat Perpatih di Negeri Sembilan dengan Minangkabau sebenarnya adalah sepertiga dari keseluruhan sistem Adat Perpatih itu sendiri.

Selebihnya ia turut berkait dengan kerajaan Siak dan kerajaan Johor Lama.

Ini jelas dalam perbilangan Adat Perpatih yang berbunyi; “Bertali ke Siak, beraja ke Johor, bertuan ke Minangkabau.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Adat Yang Bertentangan Dengan Islam Tetapi Masih Di Amalkan5 Bidaah Paling Popular Ketika Majlis Perkahwinan!
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/02/adat-perpatih-negeri-sembilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hashtag Media Tawar Khidmat Jaga Media Sosial Negeri Sembilan Secara Percuma

Hashtag Media Tawar Khidmat Jaga Media Sosial Negeri Sembilan Secara Percuma

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 341 hits
Pengasas dan Pengarah Urusan Hashtag Media Mohd Zulhelmie menawarkan khidmat membantu menaikkan nilai aset media sosial Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan secara percuma selama setahun jika pengurusan tertinggi persatuan tersebut mahu Zulh...
Malik Ariff Ada Misi Bertemu Pasukan Negeri Kelahiran

Malik Ariff Ada Misi Bertemu Pasukan Negeri Kelahiran

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 371 hits
KUALA TERENGGANU Penyerang Terengganu FC Malik Mat Ariff mahu mengetepikan seketika pertalian persaudaraan dengan skuad negeri kelahirannya Pahang sebaliknya bertekad memperagakan aksi terbaik bertemu skuad Tok Gajah di Stadium Darul Makmur...
Danau Kaolin Belitung Danau Berwarna Biru Kekinian Yang Hits Di Negeri Laskar Pelangi

Danau Kaolin Belitung Danau Berwarna Biru Kekinian Yang Hits Di Negeri Laskar Pelangi

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 317 hits
Tapi harus hati hati karena tempat ini sejatinya adalah kawasan tambang aktif Jangan nekat turun tepi danau ya
Ombudsman Ingatkan Bulog Soal Ekspor Beras Jangan Sampai Korbankan Stok Dalam Negeri

Ombudsman Ingatkan Bulog Soal Ekspor Beras Jangan Sampai Korbankan Stok Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 249 hits
Direktur Utama Perum Badan Urusan Logistik Budi Waseso mengatakan pihaknya memiliki rencana mengekspor beras ke sejumlah negara tetangga pada pertengahan tahun ini Ombudsman RI menilai rencana tersebut perlu dikaji lebih cermat dan penuh ke...
Rm5 Juta Diperuntukkan Untuk Skim Bantuan Modal Tani Secara Tanpa Faedah Oleh Kerajaan Negeri Terengganu

Rm5 Juta Diperuntukkan Untuk Skim Bantuan Modal Tani Secara Tanpa Faedah Oleh Kerajaan Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 754 hits
Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan Skim Bantuan Modal Tani iaitu pinjaman modal secara tanpa faedah kepada rakyat negeri Terengganu Skim SBMT ini diperkenalkan bagi membantu rakyat bagi memulakan atau membesarkan lagi projek perta...
Februari Harga Tiket Pesawat Domestik Tetap Lebih Mahal Dibanding Luar Negeri

Februari Harga Tiket Pesawat Domestik Tetap Lebih Mahal Dibanding Luar Negeri

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 451 hits
Pengamat penerbangan Alvin Lie menilai bahwa murahnya harga tiket pesawat keluar negeri dikarenakan adanya beragam program promo dari pihak maskapai Promo lanjutnya wajar dilakukan pihak maskapai karena jumlah penumpang keluar negeri lebih ...
Bangsa Kedah Tak Ada Dalam Perlembagaan Negeri Kata Mukhriz

Bangsa Kedah Tak Ada Dalam Perlembagaan Negeri Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 257 hits
Bangsa Kedah tak ada dalam perlembagaan negeri kata Mukhriz Dikemas kini 34 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 6 Feb 20
Pusat Pentadbiran Negeri Sabah Tersergam Indah

Pusat Pentadbiran Negeri Sabah Tersergam Indah

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 1063 hits
Pusat Pentadbiran Negeri Sabah Tersergam Indah Asalamualaikum Salam Sejahtera Semuanya Apa Khabar Hujung minggu lalu dalam dua hari Etuza bertandang ke Kota Kinabalu Sabah Ada urusan di Kota Kinabalu antara nya memberi sokongan kepada anak ...
Kehebatan Beristerikan Wanita Negeri Suriah

Kehebatan Beristerikan Wanita Negeri Suriah

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 775 hits
SUATU hari saya pernah bertanya kepada asy Syeikh Kholid tentang wanita Suriah dengan segala keunggulannya berdasarkan keumumannya Inilah jawaban yang beliau berikan mungkin bisa dijadikan pertimbangan bagi lelaki yang menikahi wanita Suria...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Dinner Mee Kolok Masam Masam Manis Kat Paroq Vaie

Padang Besar Here We Come Part 1

Hardcover Rigid Box Chipboard Kotak Keras Simbol Kemewahan Kualiti Premium Untuk Jenama Anda

Strawberry Smoothie