HahaPERBEZAAN ANTARA CARA LELAKI BERCAKAP & CARA PEREMPUAN BERCAKAPOrang lelaki akan mencelah perbualan atau percakapan seseorang apabila dirinya terasa dicabar. Ermmm, biasa lah, sesetengah lelaki ada yang ego nya tinggi, ada yang rendah. Lelaki ni pantang dicabar taw, so beware ok! Nak tunjuk hero lah kata kan.. Hehe. Contohnya, korang boleh lihat gelagat ini di sidang Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang mana kebanyakannya Yang Berhormat lelakilah yang selalu bangun, dan mencelah orang lain yang sedang memberikan ucapan ataupun berhujah.Jika korang nak lelaki itu terhibur semasa dia sedang bercerita, korang jangan lah sesekali mencelah percakapannya sehingga dia selesai bercakap. Sebaliknya bagi perempuan, mencelah semasa rakannya bercakap merupakan satu ikatan bagi mengeratkan lagi perhubungan dan menyatakan yang dia sedang mengikuti isu perbualan tersebut.Perempuan akan berusaha mempelbagaikan isu perbualan semata-mata untuk menghargai dan menghormati kesanggupan rakannya itu berbual dengannya.Jika perkara ni berlaku pada lelaki, tanpa perempuan sedari, ini telah menyebabkan lelaki menjadi 'bisu' dan menganggap perempuan itu biadap kerana telah mengganggu percakapannya.Percakapan lelaki berorientasikan 'penyelesaian masalah'. Oleh itu, dia mahu menyelesaikan isi percakapannya terlebih dahulu, sebelum dia membenarkan rakan perbualannya menokok tambah. Dia tidak mahu untuk bercakap sambil mendengar dalam satu masa.Imej imbasan otak menunjukkan bahawa sel-sel yang mengawal perbendaharaan kata bagi orang lelaki terletak di bahagian depan dan belakang otak kiri sahaja. Manakala bagi perempuan, sel-sel ini terdapat di hadapan dan belakang bagi kedua-dua bahagian otaknya. Ini menyebabkan orang perempuan lebih hebat dari sudut percakapan. Oh ya? HeheItu sebabnya, orang lelaki selesa menggunakan satu perkataan atau satu simbol yang boleh memberi makna yang banyak. Mereka lebih berminat mencipta dan menggunakan satu perkataan dan mendefinisikan perkataan itu mengikut keperluan kerjaya mereka. Contohnya S.O.P. adalah singkatan kepada Standard Operating Procedures. Malah, setiap ungkapan yang penting akan mendefinisikan mereka.Bagi orang perempuan, mereka tidak berminat cara definisi ini. Minda mereka yang boleh membaca bahasa badan orang lain secara emosi, tidak memerlukan kaedah definisi. Kebanyakan peguam berhujah di mahkamah menggunakan strategi pendefinisian sesuatu terma atau perkataan untuk mengalahkan lawannya. Ini adalah teknik yang digunakan oleh orang lelaki.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |