Peraturan Pkp4 Terbatal Dengan Bermulanya Pkp Bersyarat Hari Ini Ismail Sabri



Peraturan-peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan fasa empat (PKP4) sebelum ini terbatal dengan bermulanya PKP Bersyarat (PKPB) hari ini sebagai PKP fasa lima (PKP5), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru itu, katanya semua pihak perlu mematuhi peraturan di bawah PKP5.


“Jika ada pihak tertentu yang masih mahu mengikut peraturan PKP4, ia adalah salah, kerana ia telah pun diganti dengan peraturan baharu PKP5.

“Sekarang semua negeri tertakluk pada PKP5, saya harap mereka (di peringkat negeri) sedar perkara ini, perlu patuh kepada PKP5 ini,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini hari ini.

Pelaksanaan PKPB atau PKP5 yang bermula hari ini menyaksikan hampir kesemua sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.




PKPB juga membolehkan empat individu serumah dan sekeluarga dalam satu kenderaan untuk keluar bagi tujuan keperluan penting berbanding hanya dua orang dalam PKP4.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tetap terpakai dalam PKP5 dan hukuman kepada yang ingkar akan tetap dikenakan seperti PKP sebelumnya.

“Akta tetap sama. Hukuman kepada yang ingkar ialah kompaun tak lebih RM1,000, penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali dan perniagaan yang tidak mengikuti SOP yang ditetapkan, premis mereka boleh ditutup,” katanya.

Ismail Sabri berkata orang ramai yang nampak dengan jelas pengingkaran pematuhan prosedur operasi standard di bawah PKPB boleh membuat laporan di balai polis berdekatan dan pejabat pihak berkuasa tempatan seperti majlis daerah, majlis perbandaran dan lain-lain.



Jelasnya cara lain untuk membuat aduan ialah melalui hotline Majlis Keselamatan Negara (MKN) di nombor 03-88882010 ataupun melalui myGCC 03-80008000 yang beroperasi 24 jam.

“Jika aduan yang ingin disampaikan ialah mengenai kementerian tertentu, boleh terus laporkan kepada kementerian-kementerian yang berkaitan,” katanya lagi.

Ismail Sabri menambah beliau percaya ramai yang akan membantu kerajaan dalam memastikan semua pihak mengutamakan pematuhan SOP.

“Kalau boleh ambil gambar. Kalau ambil video lagi bagus. Lebih terbukti apa yang dilaporkan. Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu kerajaan memastikan pematuhan  SOP di bawah PKPB,” katanya lagi.

Mengulas mengenai jadual pergerakan rentas negeri dari kampung halaman bermula Khamis hingga Ahad ini,  katanya mana-mana individu yang terlepas pada tempoh tarikh yang ditetapkan itu perlu melaporkan atau mendapat kebenaran daripada pihak polis untuk pergerakan mereka.

“Sebelum ini sudah ada yang merentas negeri perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak polis. Selepas daripada tarikh yang ditetapkan itu, bergantung kepada pihak polis untuk membenarkan pergerakan. Kami telah memberi pengecualian selama empat hari itu, jadi seboleh-bolehnya gunakanlah tempoh empat hari itu untuk kembali ke tempat kerja ataupun sebaliknya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata tidak ada lagi syarat pergerakan dalam radius 10 km sepanjang tempoh berkuatkuasanya PKPB, namun pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata semalam Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia telah menahan 401 individu ingkar PKP,  yang merangkumi 331 individu direman dan 70 individu dijamin polis.

Katanya jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP setakat semalam adalah seramai 24,081 individu.

Tambahnya, setakat hari ini, sebanyak 244 pusat kuarantin telah beroperasi di mana 18,218 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib dan semalam seramai 265 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/peraturan-pkp4-terbatal-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Masih Dilaksana Tindakan Diambil Kepada Yang Ingkar Ismail Sabri

Pkp Masih Dilaksana Tindakan Diambil Kepada Yang Ingkar Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 330 hits
Penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan sedia ada masih tetap dilaksanakan walaupun perintah kawalan pergerakan bersyarat diperkenalkan Isnin ini Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob menegaskan Akta 342 berkuatkuasa sepanjang tempoh PKPB ya...
Ismail Sabri Pkp Tidak Di Tarik Balik Ia Hanya Di Longgarkan

Ismail Sabri Pkp Tidak Di Tarik Balik Ia Hanya Di Longgarkan

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Kelonggaran bersyarat yang dikenakan kerajaan semalam tidak bermakna Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik Sebaliknya tegas Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PKP tetap diteruskan seperti mula mula dikuatkuasakan ...
Pkp Polis Tetapkan 7 10 Mei Sebagai Jadual Pemohon Pulang Bekerja Ismail Sabri

Pkp Polis Tetapkan 7 10 Mei Sebagai Jadual Pemohon Pulang Bekerja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 336 hits
PDRM menerima lebih 500 000 permohonan orang ramai di kampung untuk pulang ke bandar kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Jelasnya bagi pergerakan pekerja pekerja yang masih berada di kampung halaman kebenaran bergerak bergantung kepada k...
Kita Tentukan Pkp Tamat Awal Atau Dilanjutkan Ismail Sabri

Kita Tentukan Pkp Tamat Awal Atau Dilanjutkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 301 hits
Ismail Sabri YaakobKUALA LUMPUR Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh ditamatkan awal atau terus bersambung terletak pada rakyat berdasarkan sejauh mana mereka patuh dengan peraturan ditetapkan kerajaan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sa...
Hanya 400 Rakyat Malaysia Di Singapura Dibenar Pulang Setiap Hari Kata Ismail Sabri

Hanya 400 Rakyat Malaysia Di Singapura Dibenar Pulang Setiap Hari Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 247 hits
Hanya 400 rakyat Malaysia di Singapura dibenar pulang setiap hari kata Ismail Sabri
Pkpd Ketujuh Di Selayang Baru Gombak Bermula Hari Ini Ismail Sabri

Pkpd Ketujuh Di Selayang Baru Gombak Bermula Hari Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 588 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan hari ini mengumumkan satu lagi kawasan yang diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan kawasan Selayan...
Bos Dipenjara 7 Hari Didenda Rm10 000 Sebab Suruh Staf Masuk Kerja Masa Pkp

Bos Dipenjara 7 Hari Didenda Rm10 000 Sebab Suruh Staf Masuk Kerja Masa Pkp

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 330 hits
Seorang pengarah syarikat kilang kitar semula didenda RM10 000 dan dipenjara tujuh hari selepas mengaku bersalah membenarkan pekerjanya bekerja tanpa kebenaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tertuduh Ong Lin Tjong 39 membuat peng...
School Bus Operators Have No Right To Demand Fees Says Ismail Sabri

School Bus Operators Have No Right To Demand Fees Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 413 hits
PETALING JAYA School bus operators should not demand fees from parents as schools are still closed says Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob He said operators should not demand fees for services not rendered I will bring forward t...
Selangor Ubah Suai Pkp Bersyarat Sediakan Garis Panduan Ketat

Selangor Ubah Suai Pkp Bersyarat Sediakan Garis Panduan Ketat

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 639 hits
SHAH ALAM 3 MEI Selangor mengubah suai garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi memperketatkan kawalan susulan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi bermula esok 4 Mei kata Dato Seri Amirudin Shari Dato Menteri Besar berk...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live