Perasan Tak Dalam Sehari Ada 4 5 Kali Anak Datang Kat Kita Inilah Namanya Cuddle Time


Kesibukan kita sebagai ibu bapa dalam masa yang sama terpaksa kerja dari rumah kadang-kadang membuatkan kita terlupa sepatutnya ada masa-masa yang kita perlu luangkan bersama anak-anak.
Ada masanya anak datang menganggu kita disaat kita sibuk dengan urusan bukan kerana dia sengaja ingin membuat kita bertambah stress tapi sebenarnya dia hanya perlukan 10 minit perhatian dari kita. Ikuti perkongsian ini.

Ibu-ibu perasan tak, dalam sehari tu akan ada 4 hingga 5 kali anak datang pada kita. Tiba-tiba je dia datang menyendeng kat kita. Tarik tangan lah, pegang muka kita suruh pandang dia lah.
Dia peluk kita, cium kita. Kadang kalau tangan tengah pegang mainan, dia bagi pada kita. Padahal tadi dia tengah sibuk main.
Haaa, Inilah namanya ‘cuddle time’.
Saat-saat yang anak nak sangat kita bagi perhatian pada dia. Nak bermanja gedik-gedik dengan kita. Tapi tempoh bermanja ni tak lama pun. Paling lama pun setakat 10 minit je dia duduk lepak dengan kita.
Dah puas dapat apa dia nak, dia lari lah sibuk dengan aktiviti dia semula.
Okay, ‘cuddle time’ anak-anak ni sebenarnya kan waktu yang paling efektif dan tepat untuk kita buat aktiviti yang positif untuk anak-anak. Sebab waktu ni dia tengah datang serah diri pada kita.

Dia nak sentuhan dan rangsangan daripada kita. Otak dia pun dalam keadaan yang relaks dan tenang. Jadinya, ‘cuddle time’ inilah waktu yang terbaik kita nak :
1) ajar anak bercakap
2) tegur salah anak
3) pesan perkara baik-baik atau nasihat pada anak
Otak anak yang tengah relaks ni jadi disebabkan oleh adanya gelombang alpha. Gelombang alpha yang buatkan otak anak clear dari sebarang kekusutan, bantu untuk create creativity anak dan sediakan otak anak untuk terima sesuatu yang positif.

Otak anak memang tengah fokus waktu ni. Jadinya, ibu dan ayah jangan lepaskan peluang ni untuk beritahu atau ajar anak sesuatu yang baik. Tinggalkan sekejap kerja yang kita buat. Jauhkan dulu gadget yang tengah kita sibukkan.
Untuk anak yang masih dalam training bercakap, yang tengah kumpul kosa kata (vocabulary) dalam kamus otak dia, gunakan ‘cuddle time’ ini dengan sebaiknya.
Macam zaty beritahu sebelum ni, kita gunakan teknik conversation atau storytelling. Sambil-sambil peluk dan cium anak tu, sambil kita bersembang dengan dia.
Fayyadh PENAT ke ni?
Fayyadh PENAT buat apa tadi?
Fayyadh PENAT main apa tu?
Cuba cerita kat ummi kenapa Fayyadh PENAT.
Fayyadh rehat kat ummi ye bagi hilang PENAT.

Dan macam biasa, no respons melainkan dok tunjuk muka manja dia. But its ok, otak dia tengah serap apa yang kita bualkan tadi.
Untuk anak-anak yang dah faham keadaan, dah pandai bercakap dan faham apa kita cakap, ‘cuddle time’ inilah masa yang palingggg bagus nak tegur salah anak-anak atau nak pesan perkara yang baik-baik.
Kalau tadi anak ada buat silap, kita buang rasa ‘hangin’ dan marah kita, peluk dia dan tegur secara lembut dan penuh kasih sayang.
“Kenapa tadi abang mengamuk sampai baling mainan abang? Abang tak takut ke kalau mainan tu rosak? Kalau dah rosak nanti tak boleh main dah. Ummi tak beli mainan baru dah tau kat abang.
Kalau abang nak apa-apa, abang cakap elok-elok dengan ummi. Kalau ummi kata tunggu sekejap, abang sabar lah sikit. Tunggu ummi siapkan kerja ummi dulu. Lepastu ummi layanlah abang main. Abang kan anak soleh. Sayang ummi, sayang abi. Abang suka kan dengar cakap ummi.”
Atau nak pesan, nasihat anak kita :
“Abang, ingat tau. Nanti kalau kita pergi mall, ummi tak beli mainan abang. Kita pergi jalan-jalan je. Mainan abang kan dah banyak kat rumah. Yang dekat mall tu mainan orang lain punya. Bukan abang punya.”
Cuma satu yang perlu kita ingat, penerimaan anak-anak pada apa yang kita cakap dan ajar tak semestinya berkesan waktu tu juga. Masih tetap bergantung pada tahap kematangan dan perkembangan otak anak.
Jarang sangat bila sekali cakap anak dah terus boleh ingat atau behave. Biasanya mungkin 10 kali cakap benda yang sama. Ada yang perlukan beratus kali peringatan baru boleh lekat kat otak dia.
Bergantung.
Yang penting kita ibu dan ayah jangan cepat mengalah untuk ajar dan terus didik anak-anak. Berpesan-pesan kita dengan kesabaran pada perkara kebaikan. Lagi-lagi pada anak sendiri.
Alangkan kita pun banyak kali diingatkan supaya solat di awal waktu, yang dituntut sangat-sangat dalam Islam. Pun banyaknya tak buat. Ni kan budak, pesan sekali terus amal. Jawapannya memang tak lah kan?
Sabar dan buat, buat, buat je. Jalan terus, jalan lurus.
Kredit : Ezzaty Suffian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Perasan Tak, Dalam Sehari Ada 4-5 Kali Anak Datang Kat Kita? Inilah Namanya ‘Cuddle Time’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perasan-tak-dalam-sehari-ada-4-5-kali-anak-datang-kat-kita-inilah-namanya-cuddle-time/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah Dari Zero Sekarang Cekap Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah Dari Zero Sekarang Cekap Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 292 hits
Saat dapat tahu bakal bergelar ibu bapa pastinya kita berjanji dengan pasangan untuk membesar dan mendidik anak dengan baik Tambah pula masing masing tiada pengalaman jadi pastinya kita akan cuba sedaya mungkin untuk menjaga anak pertama de...
Anak Usia 2 Tahun Perlu Lebih Zat Dari Makanan Susu Hanya 2 Gelas Sehari Sahaja

Anak Usia 2 Tahun Perlu Lebih Zat Dari Makanan Susu Hanya 2 Gelas Sehari Sahaja

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 286 hits
Susu terkenal sebagai minuman sihat yang kaya dengan nutrien Selain berkhasiat dalam membantu menguatkan tulang dan gigi susu juga adalah minuman baik yang menyokong pergerakan otot pembelajaran dan memori Pun begitu kebanyakan ibu bapa ber...
Terlalu Banyak Bercakap Suami Hentak Kepala Isteri Ke Dinding Berkali Kali Sampai Mati Di Depan Anak Anaknya

Terlalu Banyak Bercakap Suami Hentak Kepala Isteri Ke Dinding Berkali Kali Sampai Mati Di Depan Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 346 hits
The ReporterSeorang lelaki Mesir didakwa membunuh isterinya di hadapan anak anak mereka kerana terlalu banyak bercakap Menurut siasatan polis suspek mengaku mereka bertengkar dan dia membunuh isterinya kerana bengang dengan mangsa yang terl...
Buat Isyarat Bye Tepuk Tangan Seawal Setahun Bagus Pakar Kongsi 7 Tanda Anak Delay Cakap

Buat Isyarat Bye Tepuk Tangan Seawal Setahun Bagus Pakar Kongsi 7 Tanda Anak Delay Cakap

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 228 hits
Biasa kita dengar orang cakap anak lelaki lambat sikit bercakap berbanding anak perempuan Seolah olah wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak kanak lewat bercakap Sebenarnya cepat atau...
Hari Kedua Luka Dah Kering Boleh Senyum Happy Lepas Sunat Anak Dr Fitri Haris Makin Tidur Lena

Hari Kedua Luka Dah Kering Boleh Senyum Happy Lepas Sunat Anak Dr Fitri Haris Makin Tidur Lena

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 240 hits
Membuat keputusan untuk menyunatkan anak lelakinya pada awal usia mendapat pelbagai reaksi dari wargamaya Namun kata Dr Fitri Haris yang membuat keputusan untuk menyunatkan anak kecilnya itu pada usia dua bulan setakat ini keadaan anaknya s...
Hadiri Tadika Antarabangsa Elit Jun Jihyun Dilapor Bayar Yuran Anak Lebih Rm120k Setahun

Hadiri Tadika Antarabangsa Elit Jun Jihyun Dilapor Bayar Yuran Anak Lebih Rm120k Setahun

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 305 hits
Popular hampir berbelas tahun lamanya sudah pasti Jun Ji hyun berjaya memiliki kehidupan yang selesa dengan segala pendapatan yang diterimanya ARTIKEL BERKAITAN Selepas mendapat perhatian kerana menjadi selebriti Korea dengan pendapatan ter...
Saya Nak Sangat Dia Panggil Saya Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih Pasangan Mahu Dengar Anak Bercakap

Saya Nak Sangat Dia Panggil Saya Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih Pasangan Mahu Dengar Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 296 hits
Pernah atau tidak sesekali mama papa rasa yang anak terlalu bising Asyik bercakap tanpa henti macam macam soalan yang dia ajukan pada kita Nak melayan pun sampai penat Memang itu lumrahnya bila anak nak membesar ada saja yang dia ingin tahu...
Rindu Masakan Ibu Genap 30 Hari Pemergian Arwah Sarah Shuib Anak Terus Kuat

Rindu Masakan Ibu Genap 30 Hari Pemergian Arwah Sarah Shuib Anak Terus Kuat

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 303 hits
Sekejap je dah genap 30 hari pemergian penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin Kehilangannya sungguh dirasai seluruh rakyat Malaysia baru baru ini Siapa sangka kematiannya sangat dicemburui kerana ramai yang mendoakan dan menceritakan kebai...
Jangan Kecam Mak Ayah Bawa Anak Keluar Main Mungkin Rumah Dia Bertingkat Mya Cadangkan Ambik Vaksin Tambahan Untuk Anak

Jangan Kecam Mak Ayah Bawa Anak Keluar Main Mungkin Rumah Dia Bertingkat Mya Cadangkan Ambik Vaksin Tambahan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 390 hits
Pengacara TV Mya Zulkifli berkongsi pandangan tentang kesihatan mental dan fizikal kanak kanak yang banyak terganggu setelah berbulan bulan lamanya terkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan Akhirnya terdapat sedikit kelonggaran dalam SOP...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba