Perangai Syaitan Pihak Berkuasa China Didedahkan



Tahanan diseksa seperti binatang, Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan
BEIJING: Dirotan pada punggung, dikenakan renjatan elektrik pada alat kemaluan dan tahanan wanita diseksa sambil berbogel.
Itu merupakan pengakuan seorang bekas pegawai polis China menerusi satu laporan yang menceritakan bagaimana dia memukul dan menyeksa tahanan lelaki serta wanita termasuk etnik Uighur yang ditahan pihak berkuasa negara ini.
Lapor Daily Mail, bekas pegawai polis berusia 39 tahun itu hanya mahu dikenali sebagai Jiang kerana dia bimbang dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan China kerana lantang bersuara.
Jiang merupakan anggota pasukan keselamatan pertama China yang berani mendedahkan tindakan kekejaman republik itu selain menawarkan bukti wujudnya aktiviti pembersihan etnik terhadap penduduk Uighur di Xinjiang.
“Di dalam bilik tahanan, sekurang-kurangnya tiga pegawai polis akan menyeksa tahanan, sama ada menendang dan menumbuk mereka atau disebat menggunakan cemeti.
“Tali pinggang merupakan ‘alat’ paling ditakuti oleh tahanan kerana ramai dalam kalangan mereka yang tidak tahan dipukul dengan tali pinggang, malah ada yang mati,” katanya.
Jiang juga memberitahu, selepas dipukul, mata dan mulut tahanan akan bengkak sehinggakan mereka tidak boleh melihat, selain darah memenuhi seluruh muka.
Lebih malang, ada juga tahanan kehilangan mata akibat dipukul.
“Dalam keadaan luka penuh di muka dan darah mengalir, kami akan menyimbah air ke arah tahanan untuk ‘menyedarkan’ mereka, selain tidak membenarkan mereka tidur selama beberapa hari.
“Jika tertidur, mereka akan dipukul dan beberapa hari kemudian, tahanan dibawa ke hospital untuk merawat semua luka,” ujarnya.
Menurut Jiang, satu lagi seksaan yang paling ditakuti tahanan adalah renjatan elektrik pada alat kemaluan, tidak kira lelaki atau perempuan, mereka pasti akan merasainya.
Katanya, tahanan wanita turut diseksa dalam keadaan berbogel dengan kedua tangan mereka dipasang gari keluli yang ketat.
Semasa disoal siasat, tangan tahanan yang bergari akan dihentak kuat beberapa kali di atas meja sehingga ada dalam kalangan mereka menangis sehingga tidak keluarkan suara.
Jelas Jiang, tahanan kanak-kanak seawal usia 14 tahun turut tidak terlepas seksaan kejam pihak berkuasa China.
“Tiada belas kasihan terhadap tahanan, tidak kira mereka masih muda atau tua. Semuanya akan rasa seksaan ngeri.
“Ada juga pegawai keselamatan menggunakan tukul untuk mematahkan kaki tahanan, tidak memberi makanan atau menyimbah air sejuk ketika mereka dibogelkan,” jelasnya.
Testimoni mengejutkan Jiang dianggap besar dan amat berpengaruh kerana dia berasal daripada keluarga pegawai polis yang berikrar untuk janji setia dengan Perlembagaan China.
“Jiang percaya dia melakukan tugas sebagai anggota polis yang sebenar, ditambah dengan propaganda kerajaan kononnya menjadi tugas polis untuk memerangi pemberontakan pengganas, pemisah dan militan Islam.
“Propaganda itu secara tidak langsung menutup sikap kemanusiaan banyak anggota polis sehingga mereka sanggup menyeksa tahanan dengan cara yang tidak boleh digambarkan,” jelas laporan itu.
Jiang memaklumkan, dia sering melihat penduduk Uighur menjadi sasaran dan mangsa kekejaman polis secara rutin, selain turut menunjukkan beberapa dokumen rasmi sulit, bahan polis dan gambar untuk menyokong keterangannya.
Dokumen itu termasuk arahan rasmi dikeluarkan pada akhir 2015 bagi menyampaikan perintah Presiden Xi Jinping kepada semua pasukan polis untuk memantau, menyoal siasat dan berkongsi maklumat mengenai ‘individu yang membimbangkan’ yang didakwa Jiang merupakan kod bagi penduduk Uighur.
Sementara itu, seorang penyelidik kanan mengenai isu China di Human Rights Watch, Maya Wang berkata, pendedahan bekas pegawai polis itu secara tidak langsung ‘menambah koleksi testimoni mengerikan’ mengenai tahanan yang diseksa, saksi serta imej satelit pembangunan pusat tahanan dalam skala besar-besaran sedia ada.
“Kesemua itu menunjukkan jenayah terhadap kemanusiaan oleh kerajaan China,” katanya. Utusan
Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan
Baca Artikel Menarik :
Janji Menteri, DBKL belum sempurna Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut Syafiq lamar Mimi Lana? Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video) Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video) Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam Layari Laman Facebook MYKMU
Khairy mengaku guna 4 jin

The post Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/18/perangai-syaitan-pihak-berkuasa-china-didedahkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Berkuasa Pun Dah Buta

Pihak Berkuasa Pun Dah Buta

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 207 hits
Mana SOP Masih ada pemimpin bodoh yang hulur tangan untuk bersalam dan ada macai baghal yang salam dan cium Bila terdesak kuarantin di rumah dan bedah tulang punggung Sijil sakit peristiwa Kencing sandiwara Tak perlu tunggu gelap
Sajat Cetus Kontroversi Lagi Dakwa Dirinya Di Raba Pihak Berkuasa Agama Januari Lalu

Sajat Cetus Kontroversi Lagi Dakwa Dirinya Di Raba Pihak Berkuasa Agama Januari Lalu

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 233 hits
PETALING JAYA Kontroversi yang melanda usahawan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat tidak berakhir di negara sendiri sebaliknya kisahnya kini mula mendapat perhatian media antarabangsa Menerusi temu bual bersama The New York Times S...
Rakyat Jangan Lalai Pihak Berkuasa Akan Ambil Tindakan Hishammuddin

Rakyat Jangan Lalai Pihak Berkuasa Akan Ambil Tindakan Hishammuddin

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 313 hits
Rakyat jangan lalai pihak berkuasa akan ambil tindakan Hishammuddin Rakyat diingatkan supaya tidak bersikap sambalewa susulan kelonggaran diberi kerajaan termasuk kebenaran merentas negeri kerana mereka masih tertakluk kepada pematuhan pros...
Indonesia Dump China To Regain Thomas Cup After 19 Years

Indonesia Dump China To Regain Thomas Cup After 19 Years

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 229 hits
Anthony Sinisuka Ginting gave Indonesia a winning start defeating Lu Guang Zu 18 21 21 14 21 16 PETALING JAYA Indonesia ended a 19 year wait to regain the Thomas Cup when they thrashed China 3 0 in the final in Aarhus Denmark today Anthony ...
Rumah Cuba Dimasuki Pihak Hometown Cha Cha Cha Beri Notis Buat Pengunjung Set Penggambaran

Rumah Cuba Dimasuki Pihak Hometown Cha Cha Cha Beri Notis Buat Pengunjung Set Penggambaran

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 422 hits
Dek terlalu popular ramai yang mahu melawat kawasan penggambaran drama Hometown Cha Cha Cha Kalau anda perasan banyak video yang dimuat naik di TikTok dan platform media sosial lain yang menunjukkan ramai peminat berada di perkampungan itu ...
Pendedahan Berani Mati Oleh Bekas Pegawai Polis China Bagaimana Etnik Uighur Diseksa

Pendedahan Berani Mati Oleh Bekas Pegawai Polis China Bagaimana Etnik Uighur Diseksa

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 349 hits
Seorang bekas pegawai polis China menerusi satu laporan telah menceritakan bagaimana dia memukul dan menyeksa semua tahanan etnik Uighur Kekejaman itu dilakukan terhadap semua etnik Uighur yang ditahan oleh pihak berkuasa tidak kira lelaki ...
China Laporkan Kasus Tertinggi Covid 19 Setelah Lebih Dari Sebulan

China Laporkan Kasus Tertinggi Covid 19 Setelah Lebih Dari Sebulan

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 223 hits
Komisi Kesehatan Nasional juga mengumumkan 12 kasus impor baru pada Jumat sehingga total infeksi Covid 19 di China daratan menjadi 50 tidak ada kematian
Teleskop Angkasa James Webb Teleskop Paling Berkuasa Paling Besar Pernah Dibina Nasa

Teleskop Angkasa James Webb Teleskop Paling Berkuasa Paling Besar Pernah Dibina Nasa

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 605 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKalau bercakap tentang teleskop pasti ada yang membayangkan teleskop yang berada di atas tripod dan menghala ke arah langit malam Sebenarnya ada banyak jenis dan saiz teleskop yang terdapat di dunia ini An...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada