Teleskop Angkasa James Webb Teleskop Paling Berkuasa Paling Besar Pernah Dibina Nasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau bercakap tentang teleskop, pasti ada yang membayangkan teleskop yang berada di atas tripod dan menghala ke arah langit malam. Sebenarnya ada banyak jenis dan saiz teleskop yang terdapat di dunia ini.  Antara teleskop yang popular sudah tentunya teleskop Hubble dimana ia memberikan pelbagai imej-imej angkasa yang unik dan sukar dilihat teleskop di Bumi

Kali ini adalah perkongsian mengenai sebuah teleskop yang sedang dalam fasa akhir sebelum dilancarkan di lokasinya. Sebelum itu, satu fakta yang anda perlu tahu, teleskop di angkasa lebih elok dan berkualiti cerapannya kerana tiada gangguan atmosfera Bumi.  Kebanyakan teleskop yang besar di Bumi terletak di lokasi yang berkdudukan tinggi kerana atmosfera Bumi yang rendah

Baiklah, untuk artikel kali ini anda akan mengetahui tentang :-Pembangunan Teleskop Angkasa James WebbLokasi dan orbit teleskopCiri-Ciri UtamaMisi UtamaPerbandingan Hubble dan James Webb

TELESKOP ANGKASA JAMES WEBB
Teleskop Angkasa James Webb dalam pembangunan
Teleskop Angkasa James Webb akan menjadi teleskop terbesar, paling berkuasa dan paling kompleks pernah dibina dan dilancarkan di angkasa. Teleskop Angkasa James Webb (juga dikenali sebagai JWST atau Webb) akan menjadi teleskop inframerah besar dengan ukuran cermin utamanya sebesar 6.5 meter. Teleskop ini akan dilancarkan menggunakan roket Ariane 5 di French Guiana pada tahun 2021. 
CIRI-CIRI UTAMA TELESKOP ANGKASA JAMES WEBB
Teleskop Angkasa James Webb merupakan hasil kolaborasi NASA-ESA-CSA yang dirancangkan untuk menggantikan Teleskop Angkasa Hubble. Webb dijadualkan akan dilancarkan pada Disember 2021 ini dan akan memberikan imej inframerah yang lebih baik dan lebih sensitif berbanding Hubble dan akan membolehkan pelbagai penyelidikan di dalam bidang astronomi dan kosmologi, termasuklah memerhatikan peristiwa dan objek paling jauh di alam semesta, seperti pembentukan  galaksi yang pertama, dan ciri atmosfera terperinci dari planet di dalam sistem bintang lain yang berpotensi dihuni. 
Ciri utama Webb yang paling besar adalah penghalang cahaya matahari (sunshield) yang dibina sebesar gelanggang tenis, terdiri daripada 5 lapisan yang akan mengurangkan haba dari Matahari sehingga 1,000,000 kali lebih sejuk. 
Imej lakaran artis pelancaran Webb ke lokasinya
4 alat teleskop, kamera dan spektrometer yang mempunyai alat pengesan untuk merakam isyarat yang sangat samar. Satu alat (NIRSpec) yang mempunyai 'microshutters' yang dapat diprogramkan, membolehkan pencerapan kepada 100 objek secara serentak. Webb juga mempunyai 'cryocooler' iaitu penyejuk yang dapat mengurangkan suhu alat pengesan inframerah pertengahan instrumen lain (MIRI) sehingga -233 °C supaya alatan ini dapat berfungsi dengan baik

Teleskop Angkasa James Webb dijangkakan beratnya adalah separuh daripada Teleskop Angkasa Hubble, dengan cermin utamanya, reflektor bersalut emas beryllium dengan diameter 6.5 meter akan memiliki luas 6 kali lebih besar iaitu 25.4 m² dengan 18 cermin berbentuk heksagon yang boleh dilipat

PEMBANGUNAN TELESKOP

Webb merupakan hasil kolaborasi antarabangsa iaitu kerjasama antara NASA, Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan juga Agensi Angkasa Kanada (CSA). NASA, ESA, CSA telah berkolaborasi sejak 1996 membangunkan teleskop ini. Webb  sebelum ini dikenali sebagai Next Generation Space Telescope" (NGST), kemudian dinamakan semula pada September 2002 bersempena nama bekas pentadbir NASA, James Webb. 
Pembangunan dimulakan sejak tahun 1996 dimana perancangan awal akan dilancarkan pada taHun 2007 dengan anggaran bajet sebanyak USD$ 500 juta, tetapi projek ini mengalami kelewatan dan kos yang berlebihan, dan direka bentuk semula pada tahun 2005. 
Pelindung cahaya ketika sesi ujian
Akhirnya pada akhir tahun 2016, pembinaan Webb telah selesai dan fasa pengujian pun bermula. Pada bulan Mac 2018, NASA menunda pelancarannya setelah pelindung cahaya matahari teleskop itu terkoyak ketika latihan. Pelancaran ditangguhkan sekali lagi pada bulan Jun 2018 cadangan beberapa pihak yang membuat tinjauan.  
Kerja-kerja integrasi dan pengujian teleskop ini ditangguhkan pula pada bulan Mac 2020 kerana pandemik Covid-19, menunda tarikh pelancaran. Setelah kerja-kerja disambung semula, NASA mengumumkan tarikh pelancaran iaitu pada 31 Oktober 2021. Masalah pada roket Ariane 5 telah menunda pelancaran teleskop ini ke tarikh 18 Disember 2021. 
Anggaran kos pembangunan teleskop ini pada tahun 2020 telah meningkat kepada lebih USD$ 10 billion tetapi pada tahun 2021, kos kembali berada bawah USD$ 10 billion. 
Baca Juga : Bagaimana Misi Apollo 11 Pergi ke Bulan pada tahun 1969?
MISI UTAMA TELESKOP ANGKASA JAMES WEBB
Webb akan menjadi pencerap utama untuk dekad berikutnya, memberikan perkhidmatan kepada ahli astronomi seluruh dunia. Ia akan mengkaji setiap fasa dalam sejarah alam semesta, bermula dari selepas Big Bang, kepada pembentukan sistem bintang yang dapat menyokong kehidupan di planet seperti Bumi, kepada evolusi sistem Suria kita sendiri. 
Cermin utama Webb yang perlu dilipat untuk muat ke dalam muatan roket
Teleskop Angkasa James Webb dibangunkan untuk EMPAT tujuan utama 🠋
🔭 mencari cahaya dari bintang dan galaksi pertama yang terbentuk di dalam alam semesta selepas Big Bang🔭 mengkaji pembentukan dan evolusi galaksi🔭 memahami pembentukan bintang dan sistem planet🔭 mengkaji sistem planet dan asal-usul kehidupan
Matlamat ini dapat dicapai dengan lebih berkesan dengan pencerapan cahaya inframerah dekat dan bukannya gelombang cahaya optik. Atas sebab ini, instrumen pada teleskop ini tidak akan mengukur cahaya optik atau ultraviolet seperti Hubble, tetapi akan mempunyai kapasiti yang lebih besar dengan melakukan astronomi inframerah

Kedudukan dan lokasi Webb setelah dilancarkan
ORBIT & LOKASI
Teleskop Angkasa James Webb akan beroperasi berhampiran Bumi-Matahari L2 (titik Lagrange), iaitu kira-kira 1.5 juta kilometer di luar orbit Bumi. Sebagai perbandingan, Hubble mengorbit 550 kilometer di atas permukaan Bumi  manakala Bulan pula berada pada jarak sekitar 400,000 kilometer dari Bumi

Jarak yang jauh ini menjadikan operasi membaik pulih atau menambah baik Webb selepas dilancarkan adalah hampir mustahil. 
via GIPHY [ Lokasi dan kedudukan orbit halo Webb mengelilingi matahari ]
Objek yang berada pada titik Lagrange ini dapat mengorbit Matahari selari dengan Bumi, membolehkan teleskop ini berada pada kedudukan tetap dan menggunakan pelindung matahari tunggal untuk mengahalan haba dan cahaya dari Matahari dan juga Bumi. Kedudukan ini akan mengekalkan suhu teleskop ini pada sekitar -233 °C, sesuai untuk pencerapan inframerah. 
Webb bagaimanapun tidak akan berada tepat pada titik L2, tetapi akan mengelilinginya pada orbit halo. Orbit halo di titik L2 menghindari bayang-bayang Bumi dan Bulan, mengekalkan persekitaran dan suhu yang sesuai. 
Kedudukan 5 titik langrage, Webb akan berada berhampiran titik L2
Teleskop ini akan mengelilingi titik L2 dalam orbit halo, dengan radiusnya sekitar 800,000 kilometer, dan mengambil masa setengah tahun untuk selesai mengorbit. Disebabkan L2 hanyalah titik keseimbangan tanpa tarikan graviti, orbit halo bukanlah pada orbit biasa, tetapi orbitnya mengelilingi Matahari, dan orbit halo boleh dianggap sebagai orbit yang dikawal untuk berada tetap berhampiran titik L2. 
Setelah Webb dilancarkan, ia akan mengambil masa sebulan untuk berada di lokasi orbitnya, dan perlahan-lahan akan terbuka mengikut bentuk sebenar berbanding bentuk yang dilipat ketika di dalam roket.  NASA berpendapat operasi saintifik pertama akan dijalankan adalah kira-kira setengah tahun selepas dilancarkan dan akan menjadi alat pencerapan utam agensi angkasa tersebut. 
PELINDUNG CAHAYA (SUNSHIELD)
Bagaimana pelindung cahaya berfungsi
Unit pelindung cahaya matahari dibina dan dibangunkan di fasiliti Northrop Grumman, California pada tahun 2014. Untuk membolehkan pencerapan dalam spektrum inframerah, Webb perlu berada pada suhu sekitar -223.2 °C, jika tidak, sinaran inframerah dari teleskop itu sendiri akan memberi masalah pada pencerapan. 
Oleh itu, ia menggunakan pelindung cahaya yang besar untuk menghalang haba dan cahaya dari Matahari, Bumi dan Bulan. Pelindung cahaya matahari ini direka untuk dilipat sebanyak 12 kali sehingga saiz yang boleh muat di dalam roket Ariane 5. Ia akan dibuka apabila telah berada di titik L2. 
Baca Juga : Bagaimana Manusia Membina Penempatan di Planet Marikh?
HUBBLE VS  JAMES WEBB
via GIPHY [ Perbezaan saiz cermin dan diameter keseluruhan kedua-dua teleskop berbanding saiz manusia ]
Teleskop Angkasa Hubble sehingga kini memberikan pelbagai imej angkasa sejak mula operasinya pada awal tahun 90-an. Tetapi selepas ini Webb akan menjadi teleskop yang lebih sesuai dan berkuasa untuk mencerap lebih jauh berbanding pendahulunya

Webb adalah lebih sensitif dan berupaya jangkauan gelombang lebih panjang berbanding Hubble, bermakdus, ia berupaya melihat lebih jauh, lebih lama ke belakang berbanding Hubble. Ini juga bererti Webb berupaya untuk melihat pembentukan beberapa galaksi pertama yang selama ini tidak dapat dicerap

Perbezaan jenis cahaya yang dicerap
Pencerapan : Cara teleskop ini mencerap alam semesta juga berbeza. Walaupun teleskop Hubble mencerap cahaya optik dan UV, Webb pula akan mencerap cahaya inframerah. Ini merupakan jenis cahaya yang dipancarkan oleh objek yang paling jauh di angkasa

Saiz : Inovasi Webb yang terbesar adalah cerminnya yang cukup besar, dimana ia digunakan untuk memerangkap cahaya dari bahagian dan kawasan paling jauh di alam semesta ini. Cerminnya berdiameter 21.3 kaki lebih besar berbanding cermin di Hubble, iaitu berdiameter 7.8 kaki

Keseluruhan unit teleskop ini juga adalah lebih besar daripada Hubble, dimana pelindung cahaya matahari yang besar digunakan untuk menghalang teleskop ini menjadi panas daripada terdedah pada Matahari. 
Perbezaan jarak Hubble, Bulan dan Webb
Lokasi : Kedua-dua teleskop ini juga akan berada pada lokasi berlainan di angkasa. Hubble beroperasi di orbit rendah Bumi iaitu pada ketinggian sekitar 530 kilometer

Webb pula tidak akan berada di orbit Bumi. Sebaliknya, ia mengorbit Matahari  pada jarak 1.5 juta kilometer dari planet Bumi. Lebih menarik, teleskop ini cukup sensitif sehinggakan pelindung cahaya bukan sahaja melindungi dari cahaya dan haba dari Matahari tetapi juga dari Bumi dan Bulan. 
NANTIKAN PELANCARAN TELESKOP INI ...
Selesai sudah perkongsian mengenai Teleskop Angkasa James Webb ini. Sama-sama kita nantikan pelancarannya yang telah ditetapkan pada Disember 2021 ini. Smeoga tiada sebarang penundaan lagi dan pelancarannya berjalan lancar. Tak sabar nak lihat hasil gambar cerapan teleskop ini


RUJUKANhttps://www.jwst.nasa.gov/https://www.newsweek.com/james-webb-telescope-vs-hubble-nasa-observatory-step-closer-launch-1623566#:~:text=The%20James%20Webb%20Telescope%20is,have%20so%20far%20been%20unobserved.https://en.wikipedia.org/wiki/James_Webb_Space_TelescopeGoogle Image


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/10/teleskop-angkasa-james-webb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ilmuwan China Besar Kemungkinan Virus Corona Sudah Ada Di As Sejak September 2019

Ilmuwan China Besar Kemungkinan Virus Corona Sudah Ada Di As Sejak September 2019

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 178 hits
Mereka menyimpulkan ada 50 persen kemungkinan kasus pertama terjadi AS antara Agustus dan Oktober 2019 lebih awal dari data resmi
Hampir Sama 100 Pernah Tertukar Kakak Adik Terpaksa Timbang Semula Sebab Keliru

Hampir Sama 100 Pernah Tertukar Kakak Adik Terpaksa Timbang Semula Sebab Keliru

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 319 hits
Ramai yang geram melihat keletah anak kembar yang membesar sama sama Malah tak kurang juga yang teringin untuk memilikinya Mungkin bagi pasangan yang ada baka kembar kemungkinan untuk mendapat anak kembar itu tinggi Tertukar Buku Rekod Kesi...
Makin Pandang Makin Sayang Tak Pernah Jemu Inilah Doa Terbaik Suami Isteri Kena Amalkan

Makin Pandang Makin Sayang Tak Pernah Jemu Inilah Doa Terbaik Suami Isteri Kena Amalkan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 264 hits
Bahagianya kalau kita selalu menghargai pasangan kan Kita sendiri boleh merasai rasa kasih dan sayang itu kalau saling merindui dan mendoakan antara satu sama lain Tak dinafikan bila dah lama berkahwin ada masanya kita terlupa nak tunjukkan...
Big Money Behind Cigarette Smuggling Takkan Tak Ada Orang Besar Terlibat

Big Money Behind Cigarette Smuggling Takkan Tak Ada Orang Besar Terlibat

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 268 hits
First the news This is from Free Malaysia Today here PJ Smugglers offload Thai bound cigarettes into M sia in small boatscargo loaded on lorries and sold to local agentsnew smuggling tactic adopted in May after govt measures showed resultsi...
Terberanak Ketika Buang Air Besar Bayi Maut

Terberanak Ketika Buang Air Besar Bayi Maut

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 212 hits
Terberanak ketika buang air besar bayi maut Bayi baru lahir maut jatuh dalam mangkuk tandas Bayi yang baru dilahirkan maut terjatuh ke dalam mangkuk tandas selepas ibunya yang mengandung tujuh bulan secara tidak sengaja melahirkannya ketika...
Tak Perlu Tanya Abang Besar Dalam Isu Aukus

Tak Perlu Tanya Abang Besar Dalam Isu Aukus

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 270 hits
Salah satu dari lima prinsip asas pertahanan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan adalah Keneutralan aktivis iaitu mengamalkan dasar berkecuali dan mempromosikan kerjasama dengan memberi penekanan terhadap keterangkuman dan perkong...
Dah Lama Gaji Kakitangan Awam Tidak Pernah Dikaji Dan Dinaik Kan

Dah Lama Gaji Kakitangan Awam Tidak Pernah Dikaji Dan Dinaik Kan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 236 hits
Guru banyak berkorban wajar dibayar gaji lebih tinggi October 15 2021Webinar mengenai peranan pendidik diberitahu peluang kenaikan pangkat bagi guru lazimnya berdasarkan tempoh berkhidmat dan bukan merit PETALING JAYA Guru wajar dibayar gaj...
Menjelang Prn Melaka Pas Pernah Khianat Bersatu Memang Mahu Kuburkan Umno

Menjelang Prn Melaka Pas Pernah Khianat Bersatu Memang Mahu Kuburkan Umno

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 262 hits
SHAHBUDIN HUSINMalam ini akan berlangsung mesyuarat MT Umno yang antara lain akan membuat ketetapan berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu dan Pas dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi Sementara Bersa...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach