Perangai Pemimpin Pas Macam Abu Jahal Kata Nik Omar


Posted by admin June 29, 2019

YANG Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan perbuatan menjatuhkan hukum tanpa sebab munasabah, adalah perangai Abu Jahal dan Abu Lahab.

Ahad lalu, ketika ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-65 di Kuantan, Ketua Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Salleh secara terbuka menyuarakan pendirian parti itu bahawa ‘wajib’ menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Susulan kenyataan kontroversi itu, Ustaz Nik Omar berkata, penerangan mendalam perlu dilakukan jika mahu menyebut ‘wajib’ dari sudut politik supaya tidak menimbulkan keresahan kepada rakyat di negara ini.

“Kalau mereka keluarkan kenyataan seperti itu, kita juga boleh sebut bahawa ‘wajib’ juga untuk kita mempertahankan kerajaan yang ada sekarang ini.

“Apabila sesuatu perkara itu disebut ‘wajib’, itu bermakna perkara yang lain akan jatuh hukum sebagai ‘haram’.

“Jadi, jangan hanya sebut wajib dan terhenti setakat itu. Penjelasan secara terperinci perlu dilakukan dan kita juga kena faham maksud Fastabiqul Khairat (berlumba-lumba membuat kebaikan).

“Apabila kita hendak melakukan sebarang kebaikan, kita juga kena mengiktiraf peranan individu dan organisasi lain yang mempunyai tanggungjawab sama untuk membangunkan sesebuah negara termasuk Malaysia,” katanya ketika ditanya media berhubung isu itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Yadim, di pejabatnya, hari ini yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yadim.

Mengulas lanjut, Ustaz Nik Omar berkata, kenyataan berkenaan keluar daripada pihak parti politik dan kebiasaanya mereka mahu mendapatkan sokongan rakyat.

“Walau apa pun, kita kena berkerja keras menjalankan tanggungjawab kita sebagaimana tuntutan Allah.

“Pada masa sama, kita juga harus menonjolkan kedudukan masing-masing termasuk di Yadim untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang sememangnya memberi perhatian serius kepada pembangunan negara termasuk pembangunan Islam itu sendiri.

“Contoh paling jelas adalah, kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan pembangunan Islam daripada RM1.1 bilion kepada RM1.2 bilion iaitu pertambahan sebanyak RM100 juta.

“Itu salah satu gambaran jelas dan kami lihat Kementerian (Hal Ehwal Agama) begitu bersungguh-sungguh memastikan cita-cita ini berjaya dengan mewujudkan beberapa kluster utama dan Yadim juga diberi mandat menjayakan kluster dakwah,” tambahnya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/perangai-pemimpin-pas-macam-abu-jahal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajib Jatuhkan Ph Perangai Abu Jahal Dan Abu Lahab Kata Nik Omar

Wajib Jatuhkan Ph Perangai Abu Jahal Dan Abu Lahab Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 677 hits
AKMAL MANAF Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan perbuatan menjatuhkan hukum tanpa sebab munasabah adalah perangai Abu Jahal dan Abu Lahab Ahad lalu ketika ucapan penggulungan Muktamar Pas...
Awas Keris Baru Pembunuh Jiwa Kata Pahlawan Pas

Awas Keris Baru Pembunuh Jiwa Kata Pahlawan Pas

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 362 hits
MUKTAMAR PAS Berpakaian lengkap seperti pahlawan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini berkata pada zaman sekarang keris bukan lagi sebilah besi yang tajam Sebaliknya kata Tuan Ibrahim bentuk keris pada era ini sudah bertukar...
Darah Munafik Dah Ditapis Dari Pas Kata Penyajak

Darah Munafik Dah Ditapis Dari Pas Kata Penyajak

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 422 hits
MUKTAMAR PAS Dalam sajak yang dibaca ketika selingan majlis Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke 60 yang berlangsung hari ini pendeklamasi memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana menapis darah darah munafik daripada PAS pada 2015 Namun dalam...
Awas Negara Boleh Punah Kata Pas

Awas Negara Boleh Punah Kata Pas

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 306 hits
MUKTAMAR PAS Negara ini boleh punah jika budaya membiarkan sesiapa saya membuat pengakuan maksiat tanpa dibendung kata timbalan presiden PAS Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man ketika parti itu tidak campur tangan dengan isu panas yang membayangi...
Setpol Anwar Ibrahim Kata Pelakon Video Tu Memang Nampak Macam Azmin Ali

Setpol Anwar Ibrahim Kata Pelakon Video Tu Memang Nampak Macam Azmin Ali

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1430 hits
Isk isk kau ni saja jer nak buat Azmin Ali naik darah tinggi apatah lagi bos kau si Anwar Ibrahim tu Kot ya pun nak bercakap tu biarlah berlapik Ini kau sound setepek memang nampak macam muka Azmin Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak setiau...
Pemimpin Pas Puji Fmt Beri Liputan Adil Muktamar

Pemimpin Pas Puji Fmt Beri Liputan Adil Muktamar

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 237 hits
Wartawan membuat liputan Muktamar PAS ke 65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang di Kuantan KUANTAN Seorang pemimpin kanan PAS hari ini memuji liputan berita sepanjang muktamar parti itu di sini sambil membuat perbandingan dengan sebua...
Jerat Yang Tipah Koya Pasang Bukan Setakat Bersihkan Nama Pas Tapi Buat Ramai Pemimpin Ph Berpeluh

Jerat Yang Tipah Koya Pasang Bukan Setakat Bersihkan Nama Pas Tapi Buat Ramai Pemimpin Ph Berpeluh

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 614 hits
Cuba baca senarai 41 nama individu dan entiti yang di tuntut untuk pulangkan duit yang di dakwa dari 1MDB Kalau tak di pulangkan katanya akan berhadapan tindakan undang undang rimba kerajaan PH Dah dua tiga kali admin teliti senarai nama tu...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tabiat Harian Ini Boleh Ganggu Tidur Anak Mama Pama Wajib Ambil Tahu

Dah Tau Apa Yang Tok Menilik Tapak Tangan

Bagaimana Saya Menjana Jualan Lebih Rm10 000 Sebulan Di Lazada

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir

Jana Income 3k 10k Sebulan Dengan Jual Ebook Sendiri