Perang Sparta Athens Sengketa Paling Lama Di Dunia Akhirnya Tamat Selepas 2500 Tahun


Tahukah anda bahawa terdapat satu perang saudara yang telah berlangsung dengan begitu lama selama 2500 tahun yang tidak pernah berakhir "secara rasmi" akhirnya tamat hanya pada tahun 1996?!


Perang Peloponnesia yang berlaku pada tahun 431 hingga 404 SM antara dua negeri Greek iaitu Athens dan Sparta, merupakan zaman yang sangat penting dalam sejarah dunia.

Peperangan Peloponnesia ini telah dilancarkan antara Liga Delian yang diketuai oleh Athens terhadap Liga Peloponnesia yang diketuai oleh Sparta.

Ahli sejarah telah membahagikan perang ini dalam tiga fasa iaitu:

Fasa Pertama - Perang Archidamia, di mana Sparta melancarkan serangan ke atas Attica sementara tentera laut Athens menyerang pantai Peloponnese. Ia berlangsung selama 10 tahun dan tamat pada 421 SM setelah perjanjian Peace of Nicias ditandatangani.

Fasa Kedua - Athens menghantar pasukan ekspedisi yang besar untuk menyerang Syracuse, Sicily pada tahun 415 SM. Serangan itu gagal dan berakhir pada 413 SM.

Fasa Ketiga - Dikenali sebagai Perang Decelean atau Perang Ionia. Pada waktu ini Sparta menerima sokongan daripada Empayar Achaemenid dalam pemberontakan yang berlaku di negara-negara jajahan Athens di Laut Aegean dan Ionia. Kekalahan armada Athens dalam Pertempuran Aegospotami telah mengakhiri peperangan ini.

Zaman Emas

Athens yang merupakan negara semi-demokratik telah meminjamkan begitu banyak idea-idea kepada Rom dan tamadun barat moden secara keseluruhan.

Manakala Sparta pula adalah negeri ketenteraan profesional yang tidak ada tolok bandingnya di medan perang pada masa itu, yang berperang untuk mengawal Greece dan Basin Mediterranean Timur.

Apabila peperangan besar ini tamat, "Zaman Emas" Athens juga telah berakhir, begitu juga dengan kawalan Sparta terhadap semenanjung Greek dan persekitarannya, juga berakhir tidak lama selepas itu.

Ketika Peperangan Peloponnesia sedang berlangsung, Athens telah dilanda oleh wabak disebabkan oleh pengepungan yang dilakukan oleh tentera Sparta.

Kota Athenia yang indah itu dicemari oleh penyakit, kebuluran dan kemarau yang teruk.

Penduduk Athens melompat kegembiraan apabila pemimpin kedua-dua negeri itu bersetuju untuk mengakhiri perang.

Bersetuju untuk berdamai

Thucydides yang terkenal kerana menulis mengenai Peperangan Peloponnesia memberitahu bahawa, duta Sparta telah memberikan syarat penyerahan kepada duta Athens.

Pada keesokan harinya, duta-duta Athens telah membentangkan syarat-syarat yang ditawarkan oleh Lacedaemonia (Sparta) untuk berdamai di hadapan Dewan Undangan.

Theramenes menjadi wakil bagi duta-duta itu menggesa agar pemerintahan Athens mematuhi tawaran Sparta dan meruntuhkan tembok mereka bagi mengakhiri kebuluran dan kematian akibat wabak.

Walaupun ada ahli Dewan Undangan tidak bersetuju dengan Theramenes, jumlah yang jauh lebih besar menyokongnya, nereka akhirnya bersetuju untuk berdamai namun, tiada perjanjian rasmi yang ditandatangani atau rekod mengenainya yang pernah dijumpai.

Golongan bangsawan Athens telah mengundi untuk mengakhiri perang yang berlangsung selama 27 tahun itu.

Akibat peperangan itu juga, kedua-dua negara telah hancur dan tidak pernah sama lagi seperti sebelumnya.

Zaman kemuncak tamadun manusia telah berakhir di Athens, manakala kekuatan ketenteraan Sparta yang berada dikemuncak tetapi tidak lama selepas itu mula menurun.

Manakala di kawasan pergunungan utara Greece, satu kuasa baru telah muncul. Kuasa baru yang dimaksudkan ini ialah Macedonia.

Di bawah raja-raja Archelaus, Amyntas III dan anaknya Philip II, Macedonia perlahan-lahan menjadi kerajaan paling berkuasa di Mediterania dan salah satu kerajaan paling berkuasa di dunia.

Di bawah pemerintahan anak kepada Philip iaitu Alexander III, Macedonia buat seketika telah menjadi empayar paling berkuasa di Eropah dan Timur tengah.

Perkara ini sedikit sebanyak dibantu oleh kekalahan Athens dan kuasa ketenteraan Sparta yang semakin lemah semasa Peperangan Peloponnesia.

Berakhirnya perang secara rasmi selepas selama 2500 tahun

Pada tahun 1996, kedua-dua Datuk Bandar Athens dan Sparta telah memutuskan bahawa peperangan yang telah berlaku selama 2,500 antara mereka harus berakhir.

Masyarakat Yunani di Greece dan masyarakat Yunani di Diaspora memberitahu bahawa, terdapat banyak perbezaan antara penduduk Athens dan Sparta sehingga hari ini.

Perkara seperti ini berlaku dan akan terus menjadi persaingan yang tidak jelas dalam membanding-bandingkan warisan sejarah mereka.

Namun akhirnya, Athens dan Sparta telah bersetuju untuk menamatkan perang paling lama di dunia ini secara rasmi.

Pada 12 Mac 1996, jurucakap Athens iaitu Vassilias Tayagas mengumumkan bahawa, "Tahun ini menandakan berakhirnya Perang Peloponnesia yang berlangsung selama 25 abad. Perjanjian damai yang simbolik ini adalah cara untuk kami memperingati bagaimana penghujung persengketaan ini."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kisah Perang Thermopylae Disebalik '300' Tentera SpartanSejarah Perang Etnik Iban Di Sarawak
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/perang-sparta-athens-berakhir-selepas-2500-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak 1 Tahun Meninggal Dunia Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok

Kanak Kanak 1 Tahun Meninggal Dunia Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 380 hits
Anak 1 Tahun Pergi Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok Apa Relx Alpha Buat Sampai 50 000 Perokok Berhenti Merokok Pilihan Menarik dan Selamat Untuk Perokok Sebagai seorang perokok adakah anda mempunyai perasaa...
Budak 2 Tahun Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Selepas Tertinggal Dalam Kereta 2 Jam

Budak 2 Tahun Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Selepas Tertinggal Dalam Kereta 2 Jam

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 397 hits
Seorang kanak kanak berusia dua tahun 10 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam sebuah kereta pada 22 Julai lalu Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata mangsa ditemui tidak sedarkan diri setelah ditinggalkan d...
5 Tahun Terakhir Pemda Dan Kepolisian Paling Banyak Dilaporkan Ke Ombudsman

5 Tahun Terakhir Pemda Dan Kepolisian Paling Banyak Dilaporkan Ke Ombudsman

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 182 hits
Ombudsman RI melakukan rapat koordinasi dengan Kementerian Dalam Negeri pihak Kantor Staf Presiden dan seluruh Kementerian Koordinator Rapat untuk memberikan peringatan terhadap pelaksanaan rekomendasi Ombudsman saran serta tindakan korekti...
Akhirnya Adun Beserah Akui Dulu Dia Tidak Tahu Apa2 Tentang Lynas Dia Tahu Selepas Berkawan Dengan Umno

Akhirnya Adun Beserah Akui Dulu Dia Tidak Tahu Apa2 Tentang Lynas Dia Tahu Selepas Berkawan Dengan Umno

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 533 hits
Adun Beserah pun akhirnya mengaku dulu dia tak tahu apa2 tentang Lynas dan dia pun ikut sama pengaruh budak2 dia melawan Lynas Bukan sikit budak2 dia berkorban menentang Lynas dulu Tapi kini dia mengaku salah Bila dah bersama Umno tak pelik...
Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 661 hits
MALAM Ahad lalu bertempat di kediaman rasminya di Seksyen 7 Shah Alam pada malam Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempamerkan pengaruh politiknya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menuturkan Saya tidak kisah saya tiada...
Akhirnya Firman Dedah Nilai Sebenar Berlian Yang Dihadiahkan Vida Selepas Buat Semakan

Akhirnya Firman Dedah Nilai Sebenar Berlian Yang Dihadiahkan Vida Selepas Buat Semakan

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 248 hits
Penyanyi Indonesia Firman Siagan yang membuat dakwaan menerima berlian palsu daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida sebagai hadiah Gegar Vaganza musim keempat Julai lalu menukar kenyataannya pada Khamis Akhirnya Firm...
Merasa Jadi Orang Paling Kesepian Di Dunia Ini Nih 9 Lagu Yang Cocok Untuk Menemani Sepimu

Merasa Jadi Orang Paling Kesepian Di Dunia Ini Nih 9 Lagu Yang Cocok Untuk Menemani Sepimu

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 328 hits
Nggak usah merasa paling kesepian di dunia ini deh Banyak kok yang lebih menderita karena kesepian
Sambal Belacan Dunia Antara Hidangan Air Tangan Tunku Azizah Yang Paling Di Cari

Sambal Belacan Dunia Antara Hidangan Air Tangan Tunku Azizah Yang Paling Di Cari

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 1039 hits
Sambal Belacan Dunia Antara Hidangan Air Tangan Tunku Azizah Yang Paling Di CariSERING disajikan pelbagai juadah di restoran dan hotel terkemuka ramai pasti tertanya tertanya apakah menu santapan harian Yang di Pertuan Agong dan Raja Permai...
Menunggu 51 Tahun Pria Ini Akhirnya Nikahi Cinta Pertama Ini 6 Alasan Telat Menikah Itu Nggak Hina

Menunggu 51 Tahun Pria Ini Akhirnya Nikahi Cinta Pertama Ini 6 Alasan Telat Menikah Itu Nggak Hina

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 236 hits
Sudah hampir menikah tapi tidak jadi demi menunggu cinta pertama eh akhirnya kesampaian juga Yang berakhir bahagia bukan cuma dongeng saja ternyata
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia