Perang Poster Anti Pakatan Harapan Penuhi Kawasan Awam
 Nizam Zain    Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya dicemari dengan poster Pakatan Harapan (PH) Penindas Kakitangan Awam.KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) Penindas Kakitangan Awam, itu  antara kandungan poster yang digantung di beberapa lokasi berasingan  sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dipercayai dipasang pihak tertentu  sejak malam semalam.
Sumber MalaysiaGazette memberitahu, perang poster itu melibatkan  lebih 20 lokasi penting termasuk pentadbiran kerajaan, pejabat pihak  berkuasa, institusi perubatan, pusat pendidikan, pejabat parti politik,  pejabat media dan medan selera.
Poster Pakatan Harapan (PH) Penindas Kakitangan Awam.Lebih memeranjatkan apabila poster itu didakwa dipasang di  belakang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagar Ibu Pejabat Kontinjen  Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Balai Polis  Putrajaya dan masjid berhampiran IPD Subang Jaya.
Poster yang terpampang wajah tiga pemimpin pembangkang mirip Lim Guan  Eng, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung di  persimpangan ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) atau  pejabat SUK Selangor, pejabat Perbendaharaan serta Lembaga Hasil Dalam  Negeri (LHDN) di Jalan Duta, di sini.
Selain itu, poster itu turut dipasang di pagar Majlis Perbandaran  Kajang (MPKj), Mahkamah Kajang, bulatan depan pintu utama Universiti  Tenaga Nasional (Uniten), pintu masuk Universiti Putra Malaysia (UPM)  dan Kg Datuk Abu Bakar Baginda.
Selain itu, poster itu didakwa turut dipasang di Precint 14,  Persiaran Diplomatik, berhampiran food truck dan pasaraya Mydin,  Putrajaya.
Jejantas berhampiran Hospital Shah Alam dicemari dengan poster Pakatan Harapan (PH) Penindas Kakitangan Awam.Antara hospital yang menjadi sasaran poster ini ialah berhampiran  persimpangan Hospital Serdang, jejantas bersebelahan Hospital Shah Alam  dan pagar utama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Pintu masuk ke Medan Selera Tanglin Kuala Lumpur dicemari dengan Poster Pakatan Harapan (PH) Penindas Kakitangan Awam.Tidak terkecuali jejantas Puchong Intan, persimpangan masuk ke ibu  pejabat The Star, hadapan pagar ibu pejabat PKR, Sekolah Menengah  Kebangsaan Kiaramas dan Medan Selera Tanglin, di sini.
Setakat ini, tiada mana-mana pihak yang bertanggungjawab menggantung poster terbabit. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/perang-poster-anti-pakatan-harapan.html