Perang Israel Hamas Gagal Ph Bn


 

Israel sedang hembus nafas mereka yang terakhir
PENGAKUAN oleh wartawan Israel, Arie Syabith, dalam akhbar Israel Haerts.

1. Kita berhadapan dengan bangsa yang paling sukar dan gigih dalam sejarah, tidak ada pilihan untuk Israel kecuali untuk mencapai kemerdekaan mereka dan menamatkan penjajahan ini.

2. Di Israel tidak ada lagi rasa selamat untuk menulis atau membaca surat khabar dan lain-lain. Seperti yang diakui oleh Rogel Alvel, 2 tahun yang lalu bahawa yang paling selamat bagi Israel pada hari ini adalah untuk mempunyai pasport dan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan dan terbang ke San Francisco, Berlin atau Paris.

3. Pemimpin Jerman dan Amerika yang merupakan Nasionalis Ultra-Kanan, harus menyedari bahawa Israel sedang menghembuskan nafas mereka yang terakhir, dan kita harus mengambil 3 langkah ke belakang untuk melihat tenggelamnya Negara Israel.

4. Netanyahu, Baiden, Kusneir, Obama dan Clinton bukanlah orang-orang yang boleh menyelamatkan Israel, tetapi Israel sendiri dapat menyelamatkan dirinya dengan menjalankan dasar baru yang mengakui bahawa pemilik sebenar tanah Palestin adalah rakyat Palestin bukannya Israel.

5. Sejujurnya, Israel wujud di Palestin adalah hasil pembohongan dan penipuan yang dicipta oleh Gerakan Zionis Antarabangsa atas nama agama Yahudi sepanjang sejarah. Zionis berjaya menggunakan Isu kem Tahanan Hitler (Holocaust), sehingga menimbulkan simpati dunia terhadap orang Yahudi (anti-Semitik) dan dengan itu mengukuhkan tanggapan bahawa orang Yahudi harus kembali ke tanah yang dijanjikan (Palestin).

6. Seorang ahli arkeologi Tel Aviv yang hebat iaiy Vilnatisyen, di mana dalam penyelidikannya di Masjid Al-Aqsa untuk mencari gali tapak lokasi kuil Sulaiman di bawah Masjid Al-Aqsa, mendakwa bahawa ternyata ini adalah satu kebanggaan dan khurafat yang sengaja dibuat oleh Zionis selama beribu-ribu tahun. Beliau tidak menemui apa-apa di bawah Masjid Al-Aqsa kecuali hanya asasnya.

7. Pada tahun 1968 ahli arkeologi British, iaitu Catline Cabinos, yang mengetuai penggalian di Baitul Maqdis, diusir dari Israel kerana telah mendedahkan pembohongan Israel bahawa terdapat kuil Sulaiman di bawah Masjid Al-Aqsa, dan bahawa Palestin- Al-Aqsa tidak ada kaitan dengan Nabi Sulaiman.

8. Shabith telah membuat kesimpulan bahawa tidak ada masa depan bagi Israel kecuali meninggalkan tanah Palestin, kerana orang Yahudi tidak ada kaitan dengan tanah ini. Seperti pembohongan yang dibuat setakat ini.

9. Menurutnya, darah rakyat Palestin berbeza dengan darah negara lain di dunia. Kami telah menjajah mereka selama beberapa dekad, meracuni mereka dengan wanita, seks, muzik, dadah dan sebagainya, dengan harapan mereka akan melupakan negara dan bangsa mereka. Tetapi apa yang berlaku adalah pemberontakan dengan batu pada tahun 1987.

10. Kami memasukkan pejuang dan pemudanya ke penjara untuk memujuk mereka. Tetapi beberapa tahun kemudian selepas kami yakin mereka akan berubah, namun sebenarnya mereka datang dan menyerang kami dengan serangan bersenjata pada tahun 2000.

11. Kami mengepung mereka dengan penjara terbesar di dunia untuk mengehadkan makanan dan minuman mereka, lalu mereka lemah dan gila, tetapi kemudiannya mereka datang dengan tidak disangka-sangka dan menyerang kami dengan bom dan roket yang canggih. Walaupun dengan semua boikot dan pencerobohan yang telah kita lakukan.

12. Kami merangka strategi baru dan canggih untuk menghapuskannya perlahan-lahan dengan membina dinding duri dan elektrik dengan parit besar di antara kawasan kami dan mereka, tetapi tiba-tiba semalam mereka menyerang kami dari bawah parit yang kami gali dan membunuh beratus-ratus tentera kami. Mereka menyerang kami dengan kecerdasan mereka sehingga merosakkan rangkaian internet kami.

Sila sebarkan berita itu supaya orang Yahudi memahami apa yang berlaku dan siapa itu HAMAS!

(Penterjemah: KHAIRAN ARIF, Pemerhati Dunia Islam dan Arab) – HARAKAHDAILY 8/11/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perang Israel-HAMAS. & Gagal PH (DAPmadani)-BN.


Lihat komen ini..
(i) Al-hamdulillah! Padan, parlimen Turkiye `buang’ Coke dan Nestle. Di M'sia bagaimana, masih jadi barua Israel?

Presiden Tayyip Erdogan bertemu ahli parlimen di Parlimen Turkiye.- REUTERS
Di Angkara, Parlimen Turkiye mengeluarkan produk Coca-Cola dan Nestle daripada restoran parlimen kerana didakwa menyokong Israel dalam konflik di Gaza. Kedua-dua syarikat terbabit tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen. 
“Produk syarikat yang menyokong Israel tidak akan dijual di restoran, kafeteria dan rumah teh di parlimen,” kata Perhimpunan Kebangsaan Besar Turki, tanpa menyatakan identiti syarikat itu.
Speaker Parlimen, Numan Kurtulmus yang membuat keputusan itu menyatakan: “menyokong sensitiviti orang ramai mengenai memboikot produk syarikat yang secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka terhadap jenayah perang Israel (dan) pembunuhan orang yang tidak bersalah di Gaza.”
Sumber Parlimen berkata, minuman Coca-Cola dan kopi segera Nestle adalah satu-satunya jenama yang dikeluarkan dari menu, sambil menambah keputusan itu bertujuan untuk membalas “bantahan orang ramai terhadap syarikat-syarikat ini” kerana menyokong Israel. (Sumber REUTERS)


(ii) Ini suatu peringatan. Wajib rakyat M'sia tahu. 16 kelemahan dan kegagalan terkini K'jaan PH (DAPmadani)-BN.


CATATAN saya minggu ini, bagi saya kerajaan hari ini kerajaan yang sangat gagal, tidak kompeten dan kerajaan yang sangat lemah:
1. Kejatuhan nilai RM terburuk, tetapi kerajaan relaks saja, berkali-kali meletakkan faktor global antrabangsa dan menafikan kelemahan kerajaan.2. Hari ini Menteri hadir lewat sehingga soalan jawab lisan di Parlimen kena skip oleh Speaker.3. Beberapa kali Sidang Dewan tidak cukup korum.4. Menteri bukan portfolio terpaksa menjawab soalan di kamar khas.5. Kehadiran Menteri Timbalan Menteri sangat sedikit sepanjang sidang bajet ini kecuali ketika Perdana Menteri ke-10 (PMX) hadir.6. Kekosongan Menteri KPDN masih gagal di isi walaupun setelah 3 bulan, semua parti PH-BN duk berebut kerusi itu ke?7. Kerajaan PMX dimalukan apabila Sarawak menolak arahan Perdana Menteri mengenai penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan.8. DAP sanggah minggu Solidariti Palestin.9. Seramai 12 Ahli Parlimen PKR vs Menteri KPM isu minggu Solidariti Palestin.10. DAP Bagan mendesak Menteri mengenai sekolah vernakular.11. Menteri jadikan rakyat tikus makmal isu subsidi ayam, kalau ayam mahal subsidi bersasar baru akan dilaksanakan dengan sistem PADU yang entah bila akan siap.12. Kerajaan sentiasa menafikan keadaan sebenar ekonomi rakyat marhaen yang semakin teruk.13. Dasar gaji progresif yang dilaung-laungkan tidak masuk dalam dasar Belanjawan 2024, alasan buku dasar tebal sangat.14. Konon nak angkat agenda kebebasan media,  tetapi bila dah berkuasa cadang nak buat lesen kepada media sosial.15. Menteri Pelancongan kata dia mabuk tak apa sebab dia bukan-Islam, persoalannya sekarang di dalam PH memang terima ke menteri tidak berakhlak macam ni?16. KPM keluarkan poster Do’s N Don’ts Minggu Solidariti Palestin yang menimbulkan polemik dan kerisauan awam.
Saya ada banyak lagi senarai, nampaknya rakyat tidak perlukan lagi kerajaan gagal sebegini.YB NURUL AMIN HAMIDAhli Parlimen Padang Terap – HARAKAHDAILY 2/11/2023
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.




Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 
Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/11/perang-israel-hamas-gagal-ph-dapmadani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamas Beri Amaran Tentera Israel Akan Dibawa Pulang Dalam Beg Mayat

Hamas Beri Amaran Tentera Israel Akan Dibawa Pulang Dalam Beg Mayat

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 118 hits
MalaysiakiniSayap tentera Hamas Briged Izzuddin Al Qassam memberi amaran bahawa tentera Israel akan dibawa pulang ke rumah mereka dalam beg mayat hitam Gaza akan menjadi sumpahan sejarah buat Israel kata jurucakapnya Abu Obeida menurut Sout...
Erdogan Kami Akan Beritahu Seluruh Dunia Israel Adalah Penjenayah Perang

Erdogan Kami Akan Beritahu Seluruh Dunia Israel Adalah Penjenayah Perang

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 264 hits
REUTERS AAPresiden Turkiye Tayyip Erdogan memakai selendang dengan bendera Palestin dan Turki berdiri di atas pentas semasa perhimpunan yang dianjurkan oleh parti AKP sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza di Istanbul pada 28 Okt...
Israel Bunuh Pejuang Hamas Di Hospital Al Shifa

Israel Bunuh Pejuang Hamas Di Hospital Al Shifa

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 217 hits
BharianonlinePengeboman besar besaran oleh tentera Israel di utara Semenanjung Gaza hari ini Foto AFPGAZA Askar Israel membunuh beberapa pejuang Hamas dalam serbuan di hospital Al Shifa hari ini Ribuan orang awam Palestin termasuk pesakit y...
Israel Mengaku Bedil Kem Gaza Dakwa Mahu Tumpaskan Komander Hamas

Israel Mengaku Bedil Kem Gaza Dakwa Mahu Tumpaskan Komander Hamas

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 200 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Berpuluh puluh rakyat Palestin terbunuh selepas Israel meneruskan kekejaman dengan melancarkan serangan udara menyasarkan kem pelarian yang sarat dengan penduduk di Semenanjung Gaza semalam Tindakan itu menye...
20 Tentera Israel Bunuh Diri Termasuk Bakar Diri Sendiri Akibat Trauma Perang

20 Tentera Israel Bunuh Diri Termasuk Bakar Diri Sendiri Akibat Trauma Perang

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 462 hits
The Merdeka TimesANTARABANGSA 20 tentera Israel bunuh diri termasuk bakar diri sendiri akibat trauma perang Sebuah video menunjukkan bekas anggota tentera Israel berdepan trauma peperangan kembali tular di media sosial baru baru ini Ia dika...
Hadiri Ktt Oki Jokowi Akan Serukan Gencatan Senjata Israel Hamas

Hadiri Ktt Oki Jokowi Akan Serukan Gencatan Senjata Israel Hamas

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 158 hits
Usai menghadiri KTT OKI Jokowi dan delegasi terbatas akan melanjutkan perjalanan ke Washington DC
Anwar Hopes China Will Join Forces To Resolve Hamas Israel Conflict

Anwar Hopes China Will Join Forces To Resolve Hamas Israel Conflict

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 225 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim met with Chinese vice president Han Zheng who is on a four day visit to Malaysia at Perdana Putra PUTRAJAYA Prime Minister Anwar Ibrahim hopes China will help to ensure the Hamas Israel conflict can be resolved ...
No Hedging For Malaysia In Israel Hamas Conflict

No Hedging For Malaysia In Israel Hamas Conflict

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 279 hits
Malaysia is a clear supporter of the Palestinian cause and is unlikely to bend over backwards for Western powers The Israel Palestine conflict has always been an issue that united the political spectrum in Malaysia which is dominated by a M...
Angka Kematian Perang Di Gaza Cecah 11 240 Hamas

Angka Kematian Perang Di Gaza Cecah 11 240 Hamas

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 148 hits
BharianonlineSEMENANJUNG GAZA Angka kematian rakyat Palestin di Gaza mencecah 11 240 orang semalam selepas lebih lima minggu pertempuran antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas Menurut kerajaan Hamas antara yang maut ialah 4 630 kanak kana...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord