Peralihan Kuasa Kabur Runsingkan Komuniti Perniagaan



Pelan peralihan kuasa di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih belum jelas merunsingkan komuniti perniagaan dan pelabur.

Ini diakui Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Datuk Tan Cheng Kiat yang mendakwa kebimbangan itu berasas kerana polisi negara pasti akan berubah setiap kali pemimpin bertukar.

“Kita maklum Tun (Mahathir) akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar tiba sehingga kini tiada tarikh yang tepat diberikan jadi ia menyukarkan komuniti perniagaan dan pelabur untuk membuat perancangan masa depan.

“Kita tahu setiap kali pemimpin bertukar, polisi negara juga akan berubah. Ini meningkatkan kebimbangan kepada kami,” katanya semasa menjadi panelis dalam sesi Mewujudkan Hubungan Perniagaan dan Kerajaan di Forum Ekonomi Kebangsaan 2019 di sini..

Sesi dikendalikan oleh Ahli Parlimen Jeli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Bajet, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ketika Mustapa meminta para peserta yang merupakan wakil perniagaan mengangkat tangan sekiranya bersetuju dengan kenyataan Cheng Kiat, semua mengangkat tangan tanpa ragu.

Para panelis yang terdiri daripada Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia (MAICCI), Datuk N. Gobalanrishnan, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Lim Kuang Sia turut bersetuju ‘perang politik’ di negara ini adalah keterlaluan sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

“Kami berharap perang politik di Malaysia dihentikan kerana ianya tidak berkesudahan. Kami komuniti perniagaan amat berharap kerajaan melakukan perubahan untuk membuka jalan kepada kami untuk berniaga,” kata Gobalanrishnan.

Malah Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Tan Sri Ter Leong Yap yang diminta Mustapa naik ke pentas untuk berkongsi pandangannya terhadap isu tersebut memberi contoh apa yang berlaku di Indonesia selepas Pilihan Raya Umum (PEMILU) berakhir beberapa bulan lalu.

Katanya, Presiden Joko Widodo dan pencabarnya, Prabowo Subianto sanggup bertemu dan bersetuju melupakan pertelagahan seterusnya menumpukan kepada pembangunan negara mereka.

“Kita sepatutnya melupakan perbezaan politik dan bekerjasama untuk memberi fokus kepada perkara yang lebih penting.

“Kita boleh tunggu tiga atau empat tahun lagi untuk bercakap soal politik kerana sekarang adalah masanya untuk fokus kepada pertumbuhan ekonomi dan langkah-langkah untuk menyelesaikan pelbagai isu yang masih belum selesai sejak sekian lama.

“Tambahan pula, tekanan luaran seperti perkembangan perlahan ekonomi global dan perang perdagangan menyebabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara juga terjejas,” tegasnya. Forum Ekonomi Kebangsaan 2019 dianjurkan oleh NCCIM.-MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/08/peralihan-kuasa-kabur-runsingkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Memulakan Perniagaan Produk Kecantikan Sendiri

Cara Memulakan Perniagaan Produk Kecantikan Sendiri

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 581 hits
Ramai yang pasang angan angan besar nak jadi seperti Dato Vida dan Dato Aliff Syukri Nak ada produk jenama sendiri dan nak jadi boss urus perniagaan sendiri ada sesetangah orang ni tak suka kerja dibawah orang lain Ada yang nak mengarah pek...
Pakatan Harapan Lancar Kempen Boikot Perniagaan Cina

Pakatan Harapan Lancar Kempen Boikot Perniagaan Cina

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 379 hits
Ringkas cerita kempen yang pada mulanya tidak wujud bertukar menjadi satu kempen yang berjaya oleh kerana Mahathir Kit Siang Guan Eng Anwar dan Saifuddin Merekalah yang telah mengumumkan kempen itu dan ini telah menyebabkan ianya menjadi po...
Tengku Hassanal Rebut Peluang Timba Ilmu Di Kolej Komuniti

Tengku Hassanal Rebut Peluang Timba Ilmu Di Kolej Komuniti

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 581 hits
KUANTAN Rakyat Pahang dinasihatkan merebut peluang menamba ilmu khususnya dalam bidang kemahiran yang ditawarkan Kolej Kemuniti di negeri ini Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah bertitah pendidikan meru...
Jalur Gemilang Diedar Persatuan Kepolisan Komuniti

Jalur Gemilang Diedar Persatuan Kepolisan Komuniti

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 481 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mahfud Md Ungkap Ada Orang Arab Radikal Kabur Ke Indonesia Bawa Jutaan Dolar

Mahfud Md Ungkap Ada Orang Arab Radikal Kabur Ke Indonesia Bawa Jutaan Dolar

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 304 hits
Ahli hukum tata negara itu menjelaskan diantara indikasi pesantren terpapar radikalisme biasanya tertutup atau bersifat eksklusif dari orang luar Di pesantren itu juga dilarang memberikan penghormatan kepada Bendera Merah Putih dan lambang ...
Semarak Bulan Kebangsaan Polis Komuniti Sama Sama Semai Semangat Cintakan Negara

Semarak Bulan Kebangsaan Polis Komuniti Sama Sama Semai Semangat Cintakan Negara

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 322 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bengkel Digital Membantu Mengembangkan Perniagaan Usahawan Kecil Sederhana

Bengkel Digital Membantu Mengembangkan Perniagaan Usahawan Kecil Sederhana

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 527 hits
Assalamualaikum Setiap orang ada pelbagai cara untuk menambah pendapatan ekonomi keluarga atau diri sendiri Tak kiralah perniagaan itu kecil sederhana atau besar semuanya dapat menjana pendapatan Macam Cik Nor sekarang sudah bekerja sendiri...
3 Cara Tukarkan Perniagaan Kecil Anda Menjadi Besar

3 Cara Tukarkan Perniagaan Kecil Anda Menjadi Besar

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 325 hits
Sudah tentu perusahaan yang besar seperti pasaraya borong boleh memberikan harga yang lebih murah dan berpatutan berbanding perusahaan atau perniagaan yang kecil Sebagai peniaga kecil pasti anda sedar yang anda sentiasa terperangkap dengan ...
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo

It Takes More Than Just A Badge To Instil Patriotism

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran