Peralihan Kerajaan Tidak Ganggu Kkm Perangi Covid 19 Kp Kesihatan


Kuala Lumpur: Peralihan tampuk pucuk kepimpinan negara tidak mengganggu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daripada terus memerangi penularan kes COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengadakan perbincangan dengannya bagi memastikan penularan COVID-19 di negara ini dapat dikawal dan dibendung serta-merta.
”Hari pertama Perdana Menteri telah memanggil saya dan berbincang mengenai dua isu iaitu yang pertama mengenai rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan kedua golongan tabligh yang pulang ke kampung dan dijangkakan akan berlaku wabak di semua negeri.
”Ketika itu juga kita cuba gunakan kaedah kita dan libat urus dengan agensi lain contohnya pada 10 Mac kita maklumkan kalau boleh kita elakkan solat Jumaat kerana golongan tabligh telah pun balik ke kampung dan susulan itu negeri Perlis telah ambil tindakan tersebut dan pada 15 Mac pula kerajaan putuskan tidak ada solat Jumaat dalam tempoh dua minggu,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata demikian dalam program siaran langsung Temu Minda: Di Sebalik Tabir KKM Memerangi Wabak COVID-19 bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau juga berterima kasih kepada Perdana Menteri dan menteri berkaitan kerana mendengar hujah yang disaran KKM sehingga berjaya meyakinkan kerajaan untuk mengambil tindakan yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah iaitu mengisytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.
”Terima kasih kepada kepercayaan diberikan kepada penjawat awam, kerana apabila kita ada hujah yang kukuh dengan permodelan dan sebaginya, Perdana Menteri pun ambil keputusan untuk melaksanakan PKP yang pertama pada 18 Mac dan tindakan itu, walaupun negara jiran tidak laksanakan lagi dan kita adalah yang pertama dan cepat bertindak,” katanya.
Dr Noor Hisham percaya tindakan yang diambil kerajaan termasuk mengawal sempadan negara juga telah berjaya melandaikan lengkungan kes positif COVID-19 di negara ini, sekali gus mengalahkan unjuran JP Morgan mengenai kumulatif kes COVID-19 di Malaysia.
Bagi menjawab soalan Saifuddin mengenai warga kerja KKM yang meninggal dunia akibat COVID-19, Dr Noor Hisham berkata perkara itu merupakan kebimbangan pihaknya namun menjelaskan sehingga kini tiada kematian melibatkan mereka yang bertugas di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad merawat COVID-19.
”Jadi kita pastikan setiap daripada warga kerja KKM memakai peralatan perlindungan diri (PPE) semasa bertugas…kawasan yang paling selamat ialah mereka yang kerja di ICU dan wad.
”Ini kerana kita juga melakukan kajian iaitu antibodi dan sebagainya di mana lebih kurang 486 warga kementerian yang bekerja di ICU dan wad apabila kita ambil darah mereka dan buat kajian, didapati tiada seorang pun dijangkiti virus itu kerana mereka menggunakan kawalan infeksi, mengamalkan kebersihan dan pastikan mereka mengguna PPE dan sebaginya,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata pihaknya masih berusaha keras memerangi COVID-19 dan sentiasa mempelajari perkembangan terkini yang berlaku mengenai virus baharu itu.
Dalam temu bual itu, Saifuddin sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Noor Hisham yang disifatkannya sebagai ‘ensiklopedia berjalan’ dalam memerangi COVID-19 serta semua pasukan kesihatan dan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus membendung virus itu.
— BERNAMA
The post Peralihan Kerajaan Tidak Ganggu KKM Perangi Covid-19 – KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/04/peralihan-kerajaan-tidak-ganggu-kkm-perangi-covid-19-kp-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perokok Berisiko Tinggi Untuk Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Dijangkiti Covid 19 Kkm

Perokok Berisiko Tinggi Untuk Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Dijangkiti Covid 19 Kkm

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 265 hits
Putrajaya 31 Mei Perokok mempunyai risiko lebih tinggi mengalami komplikasi COVID 19 berbanding individu bukan perokok lapor Kementerian Kesihatan Hal ini menjadikan risiko kematian pesakit COVID 19 yang merokok adalah lebih tinggi berbandi...
Hanya Terengganu Perlis Dan Pulau Pinang Masih Kekal Negeri Zon Hijau Covid 19 Setakat 30 Mei Kkm

Hanya Terengganu Perlis Dan Pulau Pinang Masih Kekal Negeri Zon Hijau Covid 19 Setakat 30 Mei Kkm

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 338 hits
By Amira on Mei 31 2020Putrajaya 31 Mei Kementerian Kesihatan mengesahkan hanya tiga buah negeri kekal status sebagai zon hijau COVID 19 iaitu Terengganu Perlis dan Pulau Pinang setakat 30 Mei Dalam kemaskini terbaru KKM di laman Twitter ke...
Menteri Kesihatan Jumpa Mb Bincang Isu Covid 19

Menteri Kesihatan Jumpa Mb Bincang Isu Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 307 hits
SHAH ALAM 29 MEI Dato Menteri Besar Selangor mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bagi membincangkan usaha mencegah penularan Covid 19 Setiausaha Sulit kepada Dato Seri Amirudin Shari berkata pertemuan di K...
Kkm Akan Syor Buka Lebih Banyak Sektor Jika Kes Tempatan Covid 19 Kekal 1 Atau 2 Angka

Kkm Akan Syor Buka Lebih Banyak Sektor Jika Kes Tempatan Covid 19 Kekal 1 Atau 2 Angka

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 249 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan akan mengesyorkan kepada kerajaan supaya memberi kelonggaran kepada sektor lain seperti sukan dan pendidikan jika kes jangkitan Covid 19 tempatan kekal 1 atau ...
Covid 19 Kes Baharu Turun Berbanding Semalam 30 Kes Sahaja Hari Ini Kkm

Covid 19 Kes Baharu Turun Berbanding Semalam 30 Kes Sahaja Hari Ini Kkm

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 366 hits
Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 30 kes baharu jangkitan COVID 19 dicatatkan setakat hari ini Ketua pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan terkini adalah sebanyak 7 762 kes Se...
Covid 19 Kkm Senaraikan 4 Daerah Catat Kes Taburan Tertinggi Setakat 29 Mei

Covid 19 Kkm Senaraikan 4 Daerah Catat Kes Taburan Tertinggi Setakat 29 Mei

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 222 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi ciapannya di Twitter telah berkongsikan taburan kes positif Covid 19 mengikut daerah di Malaysia Menurut ciapan tersebut daerah di Cheras Hulu Langat Lembah Pantai dan Rembau mencatatkan kes Covid 19 ...
35 Pegawai Kanan Kerajaan Negatif Covid 19 Di Kuarantin

35 Pegawai Kanan Kerajaan Negatif Covid 19 Di Kuarantin

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 359 hits
PUTRAJAYA 23 MEI Kementerian Kesihatan mengesahkan seramai 35 pegawai kanan kerajaan diarah menjalani kuarantin diri selama 14 hari selepas menghadiri mesyuarat pacsa Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin...
Covid 19 Kerajaan Pn Gagal Persiapkan Rakyat Hadapi Syawal

Covid 19 Kerajaan Pn Gagal Persiapkan Rakyat Hadapi Syawal

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 317 hits
Pada 23 Mei 2020Kenyataan Media Bersama Nor Miswary Ramli dan Iskandar Fareez pada Jumaat 22 Mei 2020 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri Keput...
172 Kes Baharu Kkm Jangka Jumlah Kes Covid 19 Meningkat Esok Lusa

172 Kes Baharu Kkm Jangka Jumlah Kes Covid 19 Meningkat Esok Lusa

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 317 hits
172 kes baharu KKM jangka jumlah kes Covid 19 meningkat esok lusaMalaysia hari ini mencatatkan peningkatan kes positif wabak Covid 19 iaitu 172 kes baharu menjadikan kumulatif kes positif wabak berkenaan meningkat kepada 7 417 kes Ketua Pen...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Vivo Y200i Smartphone Specifications And Prices

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Pacific Senior Living Bersinar Semasa Sambutan Hari Raya

M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb