Perak Tidak Halang Aktiviti Penceramah Bebas Termasuk Dr Zakir


Bernama Dr.Zakir Naik
SERI ISKANDAR – Kerajaan Negeri Perak tidak menghalang mana-mana penceramah bebas termasuk Dr Zakir Naik untuk menjalankan aktiviti di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, bagaimanapun pihaknya perlu meneliti setiap permohonan program yang diadakan bagi memastikan tujuannya tidak menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

“Setakat ini tiada sebarang permohonan untuk membawa Dr Zakir ke Perak jadi tidak timbul soal Perak membenarkan atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Parit di Seri Iskandar hari ini yang disempurnakan Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah) Datuk Salahuddin Ayub.

Asmuni yang juga Pengerusi Amanah Perak berkata, pihaknya akan hanya menentukan kelulusan kebenaran sekiranya terdapat permohonan penceramah bebas itu di negeri ini.

“Kalau ada kita kena lihat siapa yang memohon dan apa tujuannya bukan sahaja membabitkan Dr Zakir tetapi mana-mana pihak dengan mengambil kira lokasi program sama ada di masjid atau tempat awam,” katanya.

Jumaat lepas, Dr Zakir memberi keterangan polis di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam susulan beberapa kenyataan kontroversi.

Sementara itu, Salahuddin berkata, Amanah berpegang pada perjanjian bahawa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Keputusan itu sudah termaktub dalam perjanjian awal Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh dan Anwar sebagai pengganti selepas itu,” katanya.

Salahuddin berkata, penjelasan itu dibuat selepas banyak pihak terutama di peringkat pimpinan yang mahu Amanah mengemukakan pendirian tentang perkara itu.

“Kita menerima Tun Dr Mahathir ketika itu sebagai pengerusi PH maka kita bersama-sama secara konsensus telah menulis perjanjian itu bahawa Perdana Menteri ketujuh adalah Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri kelapan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak timbul masalah hendak fikir kembali atau membuat cadangan baharu. Perjanjian itu masih kekal dan Amanah akan pastikan kita masih berpegang lagi kepada perjanjian,” katanya.

Bagaimanapun Salahuddin berkata, tempoh peralihan jawatan perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar tidak dibincangkan secara spesifik dalam perjanjian itu yang disaksikan pimpinan tertinggi dalam Bersatu, Amanah, PKR dan DAP.  – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/perak-tidak-halang-aktiviti-penceramah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Halang Zakir Naik Ceramah Jejas Usaha Reformasi Demokrasi

Halang Zakir Naik Ceramah Jejas Usaha Reformasi Demokrasi

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 249 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Kerajaan digesa berpegang kepada dasar keterbukaan dan dialog IsmaBANGI Tindakan menghalang Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah di seluruh negara adalah langkah ke belakang sekali gus memenangkan puak bukan Islam yang...
Melaka Turut Halang Zakir Naik Beri Ceramah

Melaka Turut Halang Zakir Naik Beri Ceramah

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 418 hits
Melaka turut halang Zakir Naik beri ceramah Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Aug 2019 11 40AM
Isu Dr Zakir Naik Penceramah Itu Tidak Akan Dihantar Pulang

Isu Dr Zakir Naik Penceramah Itu Tidak Akan Dihantar Pulang

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 403 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Malaysia Tidak Boleh Usir Zakir Pendakwah Bebas Isu Berdepan Ancaman Bunuh

Malaysia Tidak Boleh Usir Zakir Pendakwah Bebas Isu Berdepan Ancaman Bunuh

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 343 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tidak Wajar Usir Zakir Mufti Perak

Tidak Wajar Usir Zakir Mufti Perak

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 831 hits
Isu pendakwah bebas Dr Zakir Naik yang dituduh mengeluarkan kenyataan mencetuskan ketegangan kaum sebenarnya timbul disebabkan salah persepsi daripada golongan tertentu yang tidak menyenangi kehadiran beliau Ini termasuk sentimen kurang sen...
Mufti Perak Tak Setuju Tindakan Halau Zakir Naik

Mufti Perak Tak Setuju Tindakan Halau Zakir Naik

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 392 hits
IPOH Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria tidak bersetuju dengan tindakan menghalau Dr Zakir Naik keluar dari negara ini
Pahang Tidak Halang Dr Zakir Naik Berdakwah

Pahang Tidak Halang Dr Zakir Naik Berdakwah

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 338 hits
TIDAK sempurna iman seseorang itu sekiranya tidak mengasihi umat Islam lain kerana dalam agama kita diseru membuat kebaikan demi keamanan dan perpaduan Sebagai negara Islam kenapa kita tidak boleh menyampaikan ajaran Islam sedangkan ia dipe...
Malunya Kaum Ku Kerana Dunia Mereka Halang Dr Zakir Bercakap Pasal Ugama

Malunya Kaum Ku Kerana Dunia Mereka Halang Dr Zakir Bercakap Pasal Ugama

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 299 hits
Terkini berita belum disahkanZAKIR MOHON MAAF apa pula REAKSI mereka Rule of law ambillah ke atasnya denda atau penjara Dia tidak atasi undang dia JUGA ada peguam penyokong pengaruh Mana dia kebebasan bersuara Mana dia undang hasutan Amalka...
Zakir Naik Tidak Dibenarkan Ceramah Termasuk Di Media Sosial Kata Kpn

Zakir Naik Tidak Dibenarkan Ceramah Termasuk Di Media Sosial Kata Kpn

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 480 hits
Datuk Seri Abdul Hamid BadorDr Zakir Naik tidak dibenarkan memberi ceramah di semua medium termasuk media sosial Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata kepada Bernama larangan Dr Zakir Naik memberi ceramah di seluruh negara...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd