Perak Kedah Perlis Dijangka Negeri Paling Panas Pada Paras 37 38 Darjah Celsius




Malaysia tidak akan berdepan dengan cuaca panas melampau seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 dengan suhu yang tertinggi berada pada paras 40 Darjah Celsius.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geo Fizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Hisham Mohd Anip berkata suhu tertinggi dijangka dicatatkan adalah sekitar 37 hingga 38 darjah Celsius melibatkan beberapa negeri di utara iaitu iaitu Perak, Kedah dan Perlis.

Katanya, cuaca panas yang dijangka berlarutan sehingga Mei adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut.

“Kebiasaannya kalau kita tengok rekod-rekod kita, suhu paling panas dialami di negeri-negeri utara seperti di Kedah, Perlis, Perak dan mungkin juga di pedalaman Kelantan dan Pahang.

“Yang paling tinggi kebiasaannya adalah 37 - 38 darjah Celcius, tapi pernah berlaku sehingga 40 darjah Celsius, itu pun sekali sahaja pada tahun 1998 disebabkan pada ketika itu kita ada El Nino yang kuat.



“Memandangkan kini keadaan atmosfera kita bukan dipengaruhi oleh El Nino kuat, jadi kita tidak jangka akan sampai 40 (darjah Celsius), sekitar 38 (darjah Celsius) itu jangkaan kita,” katanya kepada Astro AWANI, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah yang dijangka berterusan hingga hujung April ini.

Katanya, suhu di negeri-negeri lain dijangka berada pada paras antara 35 hingga 36 darjah Celsius.

Bagaimanapun, monsun yang melanda negara ketika ini yang membawa cuaca panas dan kering tidak akan menyebabkan kemarau panjang.

“Kalau ikut kepada fasa cuaca kita sekarang, semalam ada beberapa kawasan mengalami hujan di Selangor dan Perak dan dijangkakan beberapa hari ini akan hujan berterusan sehingga pertengahan Mei disebabkan fasa peralihan monsun.

"Jadi kita tidak jangkakan akan berlaku kemarau dalam fasa peralihan monsun ini. Banyak kawasan akan menerima hujan,” katanya.

Ditanya mengenai fenomena El Nino yang dijangka melanda Sabah, Dr Hisham berkata ia masih dikategorikan pada tahap lemah dan tidak memberi impak signifikan kepada cuaca di negara ketika ini.



Katanya, kesan El Nino hanya akan dirasai di kawasan Sabah berikutan negeri itu terletak di barat pasifik.

“Bila kita bercakap mengenai El Nino ia ada indeks yang dipantau oleh badan antarabangsa. Bila lemah itu ia berdasarkan suhu dan keadaan laut di tengah pasifik. Kalau lemah itu maknanya suhu di tengah laut adalah 0.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa.

“Sederhana pula 1.0 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa, manakala kuat 1.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa. Jadi itu tahap (El Nino) dan sekarang ini apa yang dipantau oleh badan-badan antarabangsa sekitar 0.5 darjah Celsius,” ujarnya.

Terdahulu, organisasi meterologi dunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan 70 hingga 80 peratus kemungkinan El Nino melanda dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Jelasnya, keadaan El Nino di Malaysia masih dianggap normal dan tidak sehingga mencapai suhu ekstrem seperti kejadian El Nino pada 2016.

Bagaimanapun, Dr Hisham menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan mengurangkan aktiviti luar bagi mengelak terdedah kepada strok haba serta mengelakkan pembakaran terbuka.

“Dalam situasi sekarang ini, banyak tempat yang mengalami cuaca panas dan nasihat kami jangan berada di tempat terbuka terlalu lama dan terdedah kepada panas matahari. Kita tengok juga sekarang ini banyak kawasan-kawasan mula terbakar, jadi elakkan membuat pembakaran terbuka untuk elak situasi menjadi lebih teruk,” katanya.

Sumber : astro awani © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/perak-kedah-perlis-dijangka-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendang Dijangka Akan Cecah Suhu Gelombang Haba 37 40 Darjah Celsius

Pendang Dijangka Akan Cecah Suhu Gelombang Haba 37 40 Darjah Celsius

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 334 hits
17 Mac Status gelombang haba di sembilan negeri Semenanjung hari ini dilaporkan berada pada Tahap 1 yakni paras berjaga jaga manakala hanya kawasan Pendang di Kedah pada Tahap 2 iaitu suhu antara 37 dan 40 darjah Celsius Berdasa
Kerjasama Umno Pas Boleh Gugat K Jaan Negeri Perak Kedah

Kerjasama Umno Pas Boleh Gugat K Jaan Negeri Perak Kedah

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 494 hits
MALAYSIAKINI PAS memberi bayangan bahawa kerajaan negeri Perak yang ditadbir Pakatan Harapan hari ini boleh bertukar tangan sekiranya parti itu menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Barisan Nasional Portal Utusan Malaysia memetik Ke...
Kerajaan Campuran Pas Umno Di Empat Buah Negeri Perak Kedah Dalam Pemerhatian Viralhancing

Kerajaan Campuran Pas Umno Di Empat Buah Negeri Perak Kedah Dalam Pemerhatian Viralhancing

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 722 hits
JASIN UMNO bercadang untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional dan PAS ketika ini Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada PAS baru baru dan masih pa...
Angan Angan Pembangkang Negeri Perak

Angan Angan Pembangkang Negeri Perak

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 468 hits
Angan Angan Pembangkang Negeri Perak Dua pemimpin PH Perak hari ini mempertikaikan kenyataan Pemuda PAS negeri itu yang memberi bayangan kerajaan negeri mungkin bertukar tangan jika PAS dan BN bergabung Exco kanan Perak Asmuni Awi malah men...
Sah Bn Pas Cukup Kerusi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Perak Menurut Sumber Viralhancing

Sah Bn Pas Cukup Kerusi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Perak Menurut Sumber Viralhancing

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 633 hits
IPOH 11 Mei Barisan Nasional Perak mengumumkan telah memiliki bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sehubungan itu beliau akan memohon...
Bina Lebuh Raya Perak Kedah Bantu Majukan Baling Sik Mukhriz

Bina Lebuh Raya Perak Kedah Bantu Majukan Baling Sik Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 432 hits
KOTA BHARU Kerajaan Kedah mencadangkan pembinaan lebuh raya menghubungkan negeri itu dan Perak tanpa melalui Pulau Pinang yang dijangka memberi impak besar terhadap sosio ekonomi penduduk di pedalaman terutama di Baling Menteri Besar Kedah ...
Musim Panas Paras Empat Empangan Di Pahang Masih Baik

Musim Panas Paras Empat Empangan Di Pahang Masih Baik

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 371 hits
KUANTAN Empat empangan di Pahang yang membekalkan sumber air masih berada dalam paras yang baik kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman Beliau menambah empangan i...
Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 674 hits
KEADILAN DAILY Lepasan universiti berbangsa India paling teruk didiskriminasikan dalam permohonan kerja di sektor swasta demikian dapatan firma kajian sains sosial dan tingkah laku The Centre for Governance and Political Studies Cent GPS me...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku