Peraduan Makan Lengquas Menang Hadiah Bernilai Rm100 000
Peraduan Makan LengQuas dan Menang Hadiah Bernilai RM100,000 | Woww tak teruja ker kalau tengok hadiah yang sangat lumayan tu? Of coz la teruja kan. Mama sendiri pun kalau peraduan macam ni confirm la mama nak join masuk juga. Tambah hadiah yang ditawarkan sangat lumayan lagilah tak sabar nak sertai peraduan yang mudah ini. Mana la tahu rezeki terpijak kita kan. Nak tahu lebih detail boleh baca entri ni sampai habis ok.
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) hari ini telah melancarkan peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas. Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.
Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil bin Abd Lateff, peraduan ini adalah salah satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan
“Sejak mendapat liputan media pada Disember 2020, permintaan terhadap produk LengQuas semakin memberangsangkan. Jadi kami menganjurkan pertandingan ini untuk memeriahkan lagi penjualan produk LengQuas, lebih-lebih lagi apabila Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi.”
Tambahnya lagi, penyertaan untuk peraduan ini sangat mudah, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20, imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit pembelian sebagai bukti penyertaan.
Selain dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan. Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.
Untuk pengetahuan semua, LengQuas merupakan produk makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd, menawarkan hidangan segera lauk-pauk tradisional. Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan, Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia
Dengan harga serendah RM6 sehingga RM10 bergantung kepada pilihan sama ada ayam atau daging dan ianya sangat berbaloi-baloi serta memudahkan orang ramai untuk makan makanan kegemaran pada bila-bila masa. Ia sangat sesuai bagi orang yang tak sempat masak atau untuk travel ke luar negara. Cara yang sangat mudah hanya menggunakan oven sahaja untuk panaskan. Sangat mudah dan cepat
21 Menu Ready-To-Eat LengQuasBeef StewChiken GlazeDaging Lemak KuningKari DagingDaging Asam PedasDaging DendengKuah KacangDaging Masak HitamAyam Masak HitamRendang AyamAyam PercikParu Goreng BerladaSambal Ikan BilisAyam Masak MerahNasi Briyani Ayam RendangNasi Putih Daging Masak HitamNasi Minyak Ayam PercikNasi Hujan Panas Ayam KurmaNasi Briyani Ayam Masak MerahNasi Ayam KukusNasi Lemak Ikan Bilis
Untuk membuat pembelian produk LengQuas, pelanggan boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di 60 17-319 5764, atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas
Cara-Cara Menyertai Peraduan Makan Dan Menang LengQuas. Berbelanja minima RM20 untuk mana-mana produk LengQuas.Imbas kod QR yang tertera.Jawab soalan mudah yang diberikan. Selain itu, anda perlu menyimpan resit, ambil gambar resit untuk di muat naik di dalam borang dan bina satu slogan dengan kreatif. Jika lengkap semuanya dan korang berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000. Pemenang akan dihubungi bagi sesi cabutan hadiah. Peraduan ini bermula dari 1 April sehingga 30 Jun 2021. Selamat mencuba dan semoga berjaya
Untuk maklumat lanjut mengenai LengQuas boleh layari :-
Facebook : www.facebook.com/lengquas.officialInstagram : www.instagram.com/lengquas.official
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2021/04/peraduan-makan-lengquas-menang-hadiah.html