Penyokong Doa Najib Rosmah Selamat Dari Kezaliman Yang Menimpa Nabi
Penyokong Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor tetap istiqamah dan setia menunggu kemunculan pemimpin kesayangan mereka di mahkamah semalam yang didakwa atas tuduhan pecah amanah RM6 bilion terutamanya untuk membayar hutang 1MDB.
Penyokong tersebut dilapor Malaysiakini membacakan doa untuk keselamatan Najib sebelum beliau menaiki Proton Perdana meninggalkan kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.
“Ya Allah, ya Tuhan kami, macam mana kau selamatkan Nabi Nuh, begitulah kau selamatkan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor serta keluarganya di dunia sampai akhirat,” rayu seorang penyokong Najib yang mengetuai bacaan doa tersebut.
Selain Nuh, mereka turut mendoakan agar Najib dan keluarganya diselamatkan daripada kezaliman seperti menimpa Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad (SAW).
“Ya Allah, kau tunjukkanlah kezaliman yang mereka lakukan ini. Ini terlalu zalim, ya Allah!” kata lelaki yang mengetuai bacaan doa itu lagi, sebelum diaminkan oleh beberapa penyokong yang lain.
Najib yang merupakan bekas menteri kewangan dilihat turut menadah tangan di pintu keretanya sambil bersalaman dengan penyokong-penyokong setianya sebelum meninggalkan mahkamah.
Nota Ana Ghoib: Sudah terbalik agaknya akal dan lidah penyokong Najib juga Rosmah.
Mereka sebenarnya lebih kepada bersikap seperti anak Nabi Nuh malah jauh panggang dari api untuk menyamakan ujian hidup mereka seumpama yang dihadapi para Nabi Ulul Azmi.
Nasihat bapa yang berusia ratusan tahun tak diendahkan dan difikirnya selamat mendaki setinggi-tinggi gunung kuasa sampai pernah Najib sendiri bermadah jika runtuh langit berkeping-keping sekalipun dirinya tidak akan melepaskan jawatan PM.
Orang tua Mahathir yang menjulang Najib diejek ‘kepala bapak kau kutty’ dan diagah, ditarik kemudahan serta diancam malah menurut cerita sampai mengigil Tun Siti Hasmah dipanggil polis hanya kerana menyertai perhimpunan aman.
Untuk makluman, Allah menegur Nabi Nuh kerana mendoakan anaknya justeru beliau tidak tahu apa yang dilakukan anak itu dibelakangnya.
Kita juga tidak tahu apa dilakukan Najib Rosmah dibelakang kita tetapi jika melihat penampilan dan rampasan harta – mengingatkan kita pula kepada taktik QARUN memperdaya penyokong dengan kekayaan yang sengaja dipamer-pamer.
Dari ketinggian 35 ribu kaki dilangit akhirnya Najib Rosmah jatuh terpacak dibumi menghadapi pengadilan.
Didoakan mereka dibicarakan dengan adil dan jika bersalah dihukum seperti rakyat biasa. Jika bebas moga boleh mereka melancong keluar negara dan dengan duit simpanan bolehlah membeli kereta idaman ‘The Beast’ seperti kepunyaan Trump.
Susunan risalah @Berita Mimpi – Ana Ghoib Hud’s
DIKEMASKINI: Najib dan Irwan didakwa di mahkamah pecah amanah 6 bilion termasukw wang BR1M
KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir
KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak, kasino- Zaid Ibrahim bengong!
KLIK BACA: Shafee: Kami dianiaya Najib Rosmah didakwa guna CD
KLIK BACA: Tunjuk bukti Zahid tak salah 45 tuduhan – Dr Mahathir
KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno
The post Penyokong doa Najib, Rosmah selamat dari kezaliman yang menimpa Nabi appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/189706/penyokong-doa-najib-rosmah-selamat-dari-kezaliman-yang-menimpa-nabi/