Saya Beri Najib Rosmah Hadiah Barang Kemas Kereta Mewah Dan Hartanah Deepak


Ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, mengakui beliau menghadiahkan barangan mewah bernilai jutaan ringgit kepada pasangan itu demi mendapatkan kontrak kerajaan.
Deepak Jaikishan menerusi temubual dengan sebuah stesen penyiaran berita antarabangsa yang belum disiarkan mendakwa beliau memberi pasangan itu wang tunai, barang kemas, kereta mewah dan hartanah di Malaysia serta United Kingdom yang berjumlah hampir RM300 juta.
“Saya sudah diberikan pelbagai kontrak dan beliau menuntut beberapa ganjaran,” kata Deepak yang memfailkan saman RM656 juta terhadap Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor serta 2 yang lain baru-baru ini, atas dakwaan wujud campur tangan dalam perjanjian hartanah menyebabkan syarikatnya mengalami kerugian besar.
Katanya, antara hadiah yang diberikan kepada Rosmah ialah sebuah kereta Bentley Flying Spur berharga hampir RM2 juta di Malaysia serta sebuah rumah di negara ini.
Beliau turut menamakan 2 saudara pasangan itu yang nama mereka digunakan untuk mendaftarkan kereta dan rumah terbabit.
Deepak yang mendakwa mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaannya berkata, beliau “ditipu” sebanyak 2 kali dan aduannya diabaikan pihak berkuasa.
“Mereka tidak boleh buat apa-apa. Jika anda kenal Datin Rosmah, beliau boleh jadi sangat kejam, pegawai kanan kerajaan pun boleh dipecat.”
Katanya, satu daripada kontrak itu membabitkan penginapan pelajar tajaan kerajaan di luar negara.
“Kontrak itu bernilai RM4.5 bilion, tetapi ia dibatalkan,” katanya dalam rakaman wawancara yang dibocorkan dalam media sosial dan dilihat FMT.
Satu lagi kontrak dikaitkan dengan saman difailkannya pada 12 Oktober terhadap Najib, Rosmah, Boustead Holdings dan Bakti Wira Development Sdn Bhd, berhubung satu perjanjian hartanah yang didakwanya menyebabkan kerugian kepada syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.
“Selepas membayar wang untuk tanah itu, ia dijual kepada syarikat lain. Saya buat laporan dan sekali lagi, tiada apa yang berlaku.”
Deepak berkata, beliau bukan satu-satunya mangsa ahli Parlimen Pekan itu kerana ada ramai ahli perniagaan sedia membuat pendedahan di mahkamah.
Najib ketika dihubungi menyangkal dakwaan itu tidak berasas dan “rekaan semata-mata”.
“Dakwaannya terhadap kami tidak logik dan tidak lebih daripada cubaan untuk memfitnah melalui pemfailan saman sivil ini. Kami akan melawan habis-habisan,” katanya kepada FMT.
Najib berkata, Boustead dan anak syarikatnya, Bakti Wira Development turut menepis dakwaan Deepak sebagai “tidak berasas, remeh, menyakitkan hati dan tidak wajar”. – Sumber FMT
MESTI BACA: Altantuya: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK TONTON: Video Najib kena ‘grill’ Mary Ann Jolley wartawan Al-Jazeera
DIKEMASKINI: Akhirnya Najib mengaku cuma agak derma RM2.6 bilion
KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.
KLIK BACA: Arab Saudi nafi kerajaan mereka bagi derma 2.6 bilion kepada Najib
KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir
KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Saya beri Najib, Rosmah hadiah barang kemas, kereta mewah dan hartanah – Deepak appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/189773/saya-beri-najib-rosmah-hadiah-barang-kemas-kereta-mewah-dan-hartanah-deepak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Ada Bukti Deepak Cabar Najib Rosmah Lawan Di Mahkamah

Saya Ada Bukti Deepak Cabar Najib Rosmah Lawan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 418 hits
19 Okt 2018 Peniaga permaidani Deepak Jaikishian mencabar Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk berdepan dengannya di mahkamah dan bukannya mengarahkan peguam mereka untuk membatalkan samannya Mendakwa mempunya...
Mahkamah Arah Deepak Serah Notis Pada Najib Rosmah

Mahkamah Arah Deepak Serah Notis Pada Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 327 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan ahli perniagaan J Deepak untuk menyampaikan notis pihak ketiga kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan tujuh yang lain dalam kes saman yang difailkan oleh keluarga penyiasat ...
Deepak Saman Najib Rosmah Atas Dakwaan Tort Konspirasi Lebih Rm600 Juta

Deepak Saman Najib Rosmah Atas Dakwaan Tort Konspirasi Lebih Rm600 Juta

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 336 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor KUALA LUMPUR Ahli perniagaan J R Deepak Jaikishan memfailkan saman menuntut ganti rugi lebih RM600 juta terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Na...
Kena Lagi Deepak Saman Najib Rosmah Rm52 6 Juta

Kena Lagi Deepak Saman Najib Rosmah Rm52 6 Juta

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 496 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor melantik peguam David Matthew untuk mewakili pasangan itu dalam kes saman RM52 6 juta yang difailkan saudagar karpet Deepak Jaikishian adik lelakinya Rajesh Jaik...
Rosmah Dua Anak Tiba Beri Keterangan Barang Kemas Kepada Polis

Rosmah Dua Anak Tiba Beri Keterangan Barang Kemas Kepada Polis

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 296 hits
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya Norashman Najib dan Riza Aziz tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Menara KPJ Jalan Tun Razak di sini sebentar tadi Rosmah dan anak lelakinya tiba kira kira jam ...
Polis Soal Rosmah Dan Anak Mana Dapat Barang Kemas

Polis Soal Rosmah Dan Anak Mana Dapat Barang Kemas

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 342 hits
Rosmah Mansor Riza Aziz dan Norashman disoal siasat polis berkenaan barang kemas ratusan juta ringgit yang dirampas dikediaman dikaitkan dengan Najib Foto BestFBKL KUALA LUMPUR Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Polis Diraja Mal...
Altantuya Case Police Recorded Deepak S Statement Regarding Najib Rosmah

Altantuya Case Police Recorded Deepak S Statement Regarding Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 401 hits
The police are working to complete their probe into the alleged involvement of former premier Najib Abdul Razak and his wife Rosmah Mansor in the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu said inspector general of police Fuzi Harun ...
Deepak Gets To File Third Party Claims Against Najib Rosmah

Deepak Gets To File Third Party Claims Against Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 331 hits
The High Court in Kuala Lumpur today directed lawyers representing controversial carpet trader Deepak Jaikishian to serve his third party claims against former premier Najib Abdul Razak his wife Rosmah Mansor and six others within the next ...
Aaron Aziz Menang Kereta Nissan Teana Dan Barang Kemas

Aaron Aziz Menang Kereta Nissan Teana Dan Barang Kemas

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 823 hits
Dengan undian peminat sebanyak 87 669 undian Aaron Aziz telah di tabalkan sebagai Artis Paling Popular Berita Harian 2012 dan telah merangkul tropi kemenangan barang kemas bernilai RM250 ribu dari Rafflesia dan sebuah kereta Nissan Teana ya...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today