Penyokong Bossku Mahu Najib Muhyiddin Kembali Bersatu



(Astro Awani) – Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak atau dikenali sebagai ‘Bossku’ meletakkan harapan agar bekas Perdana Menteri itu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka lembaran baharu, dan bergerak bersama demi negara serta rakyat.
Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berpandangan, Malaysia akan lebih hebat jika dua bekas pemimpin nombor satu negara itu, bersatu ketika rakyat sedang berdepan masalah ekonomi dan kos sara hidup.
Beliau menyuarakan perkara itu selepas Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendoakan kesembuhan Najib yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat COVID-19, semalam.
“Negara akan menjadi lebih hebat jika dua figura ini bergabung.
“Saya yakin harga bahan keperluan asas akan naik lebih tinggi apabila minyak diesel ditarik subsidi dan cukai perkhidmatan (SST) naik 8 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, sudah tujuh tahun penyokong tegar Najib menanti saat tersebut, dan akhirnya ia ‘terlerai’ selepas Muhyiddin secara terbuka mendoakan Najib.
Dalam pada itu, Ketua Cawangan UMNO Kampung Melayu Batu Caves Selatan itu yakin UMNO akan kembali kukuh, selain Najib berada semula di arena politik tanah air sekiranya bersama dengan PN.
“Kita tunggu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang tetapi momentum harus kita mainkan.
“Kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), percayalah kita akan gembleng tenaga untuk bersama PN. Ayuh kita ke sana, jangan tunggu lagi.
“Ingatlah, berpeganglah dengan tali Allah, janganlah kamu bercerai-berai. Insya-Allah, Muhyiddin dan Najib akan bergabung kali ini,” katanya.
Pada Jumaat, Muhyiddin buat pertama kali secara terbuka bertanya khabar dan mendoakan kesihatan Najib, yang kini disahkan positif COVID-19.
Kemas kini yang dimuat naik Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikut-pengikut laman sosialnya, yang antaranya turut memuji sikap Muhyiddin yang prihatin terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Keretakan hubungan antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dengan Najib, bukan lagi rahsia umum terutamanya selepas beliau memilih untuk ‘melawan’ bekas ‘boss’nya itu melalui pendedahan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rentetan daripada itu, pada 2015 Muhyiddin terpaksa membayar harga yang mahal apabila disingkirkan daripada jawatannya ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.
Najib kini sudah 14 bulan menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Berhad.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/11/06/penyokong-bossku-mahu-najib-muhyiddin-kembali-bersatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Open To Working With Najib Dr M Again Says Bersatu Man

Muhyiddin Open To Working With Najib Dr M Again Says Bersatu Man

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 220 hits
Muhyiddin Yassin is gracious and willing to work with anyone including Najib Razak and Dr Mahathir Mohamad says a Bersatu leader PETALING JAYA A Bersatu leader has not ruled out the possibility of party president Muhyiddin Yassin joining fo...
Penyokong Palsu Najib Gagal Lagi

Penyokong Palsu Najib Gagal Lagi

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 157 hits
Oleh Adam Malik Cubaan demi cubaan dibuat oleh pelbagai pihak untuk menonjolkan diri pergunakan nama Najib Razak Keberadaan Datuk Seri Najib Razak dalam penjara membuatkan pelbagai pihak mahu ambil kesempatan menonjolkan diri sebagai penyel...
Umno Insiders Downplay Muhyiddin Najib Reunion

Umno Insiders Downplay Muhyiddin Najib Reunion

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 129 hits
Former Umno president Najib Razak fell out with his deputy Muhyiddin Yassin in 2015 leading to the latter s sacking from the party and government PETALING JAYA Umno leaders have poured cold water on a reunion between former prime ministers ...
Masa Depan Politik Muhyiddin Dan Ppbm Malap Bossku Tempat Berpaut

Masa Depan Politik Muhyiddin Dan Ppbm Malap Bossku Tempat Berpaut

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 163 hits
oleh Adam MalikTawar Kerjasama dengan Najib muslihat terbaru Parti Bersatu setelah berkeadaan tersepit Parti BERSATU kini berada didalam keadaan sangat tersepit Perebutan kuasa pending kes Muhyiddin bakal turun naik mahkamah akaun PPBM yang...
Adun Bersatu Perbaharui Ikrar Baiah Depan Muhyiddin

Adun Bersatu Perbaharui Ikrar Baiah Depan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 266 hits
MalaysakiniBersatu hari ini mengakui langkah mereka mengambil alih kerajaan pusat terganggu ekoran langkah empat ahli parlimen mereka memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berkata per...
Bersatu Terus Dibolosi Gol Sendiri

Bersatu Terus Dibolosi Gol Sendiri

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 142 hits
Hishamuddin AunJika Parti Pribumi Bersatu Malaysia berharap keputusan menggantung dua Ahli Parlimennya kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai satu pengajaran maka parti itu ternyata gagal Daripada asalnya cuma satu kemudian ...
Melayu Bersatu

Melayu Bersatu

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 223 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Rupa rupanya ada orang Melayu yang berpendapat Melayu tak mungkin bersatu 2 Oleh itu tak usahlah cuba menyatu orang Melayu 3 Ia tak akan berjaya 4 Mereka yang berpendapat seperti ini tentu akan tolak sebarang u...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025