Penyingkiran Mahathir Oleh Ph Kini Bermula

Seperti ditulis sebelum ini, Mahathir menggunakan Sidang Media selepas Parlimen untuk memperkena Anwar bagi mengistiharkan bahawa BERSATU masih dalam PH. Tapi Anwar cerdik dia tak datang. Mat Sabu dan Shafie kena cucuk hidung.
Anwar yang kena kencing 2 kali oleh Mahathir sudah membaca gerak-gerak Mahathir. Anwar Ibrahim berkata, beliau kini ialah pengerusi  Pakatan Harapan (PH), jawatan yang dipegang Dr Mahathir Mohamad sebelum  PPBM meninggalkan gabungan itu. “Saya nak beritahu bahawa dalam keputusan Pakatan Harapan, saya sekarang pengerusi PH dan ketua pembangkang.
“Walaupun ada usaha-usaha atau orang lain yang mahu mencabar  kedudukan itu, tetapi (itu) konsensus yang dicapai dalam PH,” katanya  dalam video dimuat naik ke Facebook baru-baru ini.
Mahathir boleh bersama PH dalam beberapa kenyataan bersama tetapi bukan parti kompenan PH. Kini Mahathir pula terkena. Baharu nampak bijak Anwar, kalau tidak bodoh memanjang!
-------------------
Sidang akhbar Bersatu, bukan PH - SaifuddinPakatan  Harapan (PH) memutuskan pemimpin parti-parti gabungan itu akan  mengeluarkan kenyataan media bersama berhubung sidang Dewan Rakyat,  manakala sidang media yang diadakan semalam adalah mengenai kedudukan  Bersatu dalam krisis politik semasa, kata Setiausaha Agung PKR,  Saifuddin Nasution.Menurutnya, keputusan itu dicapai semasa mesyuarat PH pada hujung minggu lalu.
Saifuddin  Nasution berkata demikian ketika cuba menjelaskan ketidakhadiran  Presiden PKR Anwar Ibrahim pada sidang media semalam. Malah tidak ada  seorangpun wakil PKR yang hadir.
"Persetujuan di mesyuarat PH  adalah untuk membuat kenyataan media bersama PH sebaliknya sidang media  adalah untuk menerangkan isu dalaman Bersatu.
"Mesyuarat  PH dan Tun M (Dr Mahathir) serta Shafie (Apdal) dipengerusikan Anwar  semalam (17 Mei) bersetuju untuk membuat kenyataan bersama (pada 18  Mei).

"Mereka  juga bersetuju untuk Mahathir mengadakan sidang media di Yayasan  Kepimpinan Perdana untuk menerangkan kedudukan Bersatu," kata Saifuddin  ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Saifuddin ,  kehadiran Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP  Lim  Guan Eng pada sidang akhbar itu adalah sebagai memberi sokongan moral  kepada  Mahathir. Hadir bersama adalah Presiden Warisan Mohd Shafie  Apdal.
"Saya hadir di mesyuarat dua hari yang lalu, Tun M  (Mahathir) menjelaskan panjang lebar kenapa Muhyiddin Yassin dikatakan  melakukan kesilapan.
"Antara perkara dibangkit olehnya bahawa  Muhyiddin Yassin tidak mendapat mandat majlis tertinggi Bersatu untuk  membawa parti itu keluar PH dan Tun M dan Bersatu akan terus bersama PH.
"PH menghormati hak Tun M sebagai pengerusi Bersatu untuk terangkan kepada media berhubung kedudukan parti itu," kata Saifuddin.
Katanya,  Anwar selaku ketua pembangkang telah memaklumkan kepada Dr Mahathir  bahawa beliau tidak dapat hadir ke sidang media itu.

"Anwar telah memaklumkan tidak hadir dan Mahathir, Shafie dan pimpinan PH sedia maklum.
"Komitmen Anwar dan PKR ialah membantu PH dan blok pembangkang untuk mengembalikan semula mandat rakyat," katanya.
"Mereka komited untuk mengukuhkan kerjasama PH, Bersatu dan Warisan dan bersiap sedia mengambil alih kerajaan," kaatnya.
Malaysiakini semalam melaporkan Anwar tidak menghadiri sidang media bersama PH dengan Dr Mahathir serta Warisan di Putrajaya.
Sementara  itu, bercakap sebagai sumber, seorang wakil rakyat PKR memberitahu  Anwar mendapat jemputan untuk menghadiri sidang media berkenaan - yang  diadakan beberapa jam selepas sidang parlimen ditangguhkan.
Bagaimanapun, katanya, Anwar enggan menghadiri sidang media tersebut.
Menurut sumber itu lagi, Anwar memberitahu pemimpin PKR bahawa dia tak mahu dipergunakan oleh Mahathir.

Bagaimanapun  Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, yang dihubungi berkata ahli  parlimen Port Dickson itu perlu menghadiri sesi temu bual dengan New York Times.
Sidang  Dewan Rakyat semalam menyaksikan Muhyiddin selaku perdana menteri  mempunyai sokongan 113 ahli parlimen berbanding kekuatan pembangkang  dengan 109 kerusi wakil rakyat. 
MR :  Atok kian tersempit, Bersatu Selongor suruh dia pergi..
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/penyingkiran-mahathir-oleh-ph-kini.html