Penyelidik Upm Temui Gula Trehalulosa Dalam Madu Kelulut Baik Untuk Kesihatan


MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membuat penemuan gula ‘trehalulosa’ dalam madu kelulut sebagai gula utama yang tidak terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam madu yang dihasilkan oleh lebah lain.
‘Trehalulosa’ itu ditemui dalam semasa penyelidikan mengenai profil gula madu kelulut dijalankan oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Dr. Norhasnida Zawawi bersama Profesor Madya Dr. Mary Fletcher dari University of Queensland Australia serta ahli kumpulan penyelidikan lain makmal Queensland Alliance of Agriculture and Food Innovation, Australia.
“Kami menguji madu dari dua spesies lebah asli Malaysia (Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica), dua Australia (Tetragonula carbonaria dan Tetragonula hockingsi) dan satu Brazil (Tetragonisca angustula) dan mendapati 13 sehingga 44g gula trehalulosa didapati dalam semua madu itu, bukannya gula maltosa seperti yang difikirkan sebelum ini,” kata Dr. Norhasnida.
Beliau berkata, madu kelulut yang dikaji dari Malaysia daripada spesis G. thoracica mempunyai kandungan ‘trehalulosa’ paling tinggi iaitu 84% daripada berat madu.
Katanya, trehalulose adalah gula dengan indeks glisemik rendah (GI) bernilai 32 sahaja, dan tidak dijumpai sebagai komponen utama dalam makanan lain.
Beliau juga berkata, gula trehalulosa itu mempunyai kemanisan sehingga 70% daripada kemanisan gula sukrosa tetapi jika dimakan dengan jumlah yang sepatutnya, ia boleh digunakan untuk mencegah penyakit diabetes.
“Sebelum ini, secara tradisional, masyarakat di Malaysia telah menggunakan madu ini untuk pesakit diabetes tetapi daripada segi sains kita belum dapat membuktikan dengan jelas faktor yang boleh menyebabkan kesan itu.
“Sekarang kita tahu bahawa nilai GI madu yang lebih rendah ini boleh menjadi satu daripada faktor yang menyumbang kepada tuntutan itu kerana setelah trehalulosa memasuki sistem penghadaman, ia akan diserap dalam darah secara perlahan dan tidak akan menaikkan glukosa darah seperti gula biasa," katanya.
Dr. Norhasnida ZawawiBeliau berkata, perkara yang juga menarik mengenai gula trehalulosa ialah ia bersifat akariogenik, dan oleh itu tidak menjadi punca kerosakan gigi.
Menurutnya, penemuan gula trehalulosa itu telah diterbitkan dalam jurnal keluaranSpringer Nature: Scientific Reports https://rdcu.be/b5Mh3.
Dr. Norhasnida berkata, penemuan itu akan mengukuhkan pasaran madu lebah kelulut dan meningkatkan permintaan terhadapnya di peringkat antarabangsa.
Justeru, katanya, industri madu kelulut negara akan berkembang dengan lebih pesat yang akan meningkatkan pulangan kepada penternak kelulut di Malaysia.
Katanya, bagaimanapun nilai komersial yang tinggi juga menjadikannya madu itu berisiko untuk dipalsukan, seperti penjualanan madu yang telah dicampur dengan bahan lain, atau mencairkan produk berkenaan.
"Tetapi berdasarkan kajian ini, kita akan dapat menguji ketulenan madu kelulut yang dijual dipasaran, selain membantu industri dan pihak berwajib untuk menetapkan standard makanan yang sesuai bagi madu ini, berbeza dengan piawai sedia ada,” katanya yang juga ahli Jawatankuasa Pembentukan Piawai Madu Kelulut di Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Beliau berharap, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan menubuhkan Institut Penyelidikan Lebah Kelulut Malaysia bagi menggiatkan lagi kajian mengenai lebah dan madu kelulut sebagai makanan yang berpotensi menjadi komoditi negara.
Kajian itu sebahagiannya dibiayai Kementerian Pendidikan Tinggi melalui geran penyelidikan Geran Putra (No. 9568900) tetapi dijalankan di University of Queensland ketika Dr. Norhasnida menjalani cuti sabatikal sebelum dilantik sebagai Honorary Senior Fellow di situ.
Kajian selanjutnya kini dijalankannya di Makmal Makanan Fungsian, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/penyelidik-upm-temui-gula-trehalulosa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rawatan Kesihatan Di Malaysia Jauh Lebih Baik Berbanding As Dan Eropah

Rawatan Kesihatan Di Malaysia Jauh Lebih Baik Berbanding As Dan Eropah

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 268 hits
Walaupun mungkin ada yang berpendapat sistem kesihatan di Malaysia belum cukup baik namun lelaki warga asing Paul Penders melalui hantarannya di Facebook tampil memuji sistem kesihatan di negara ini Tulisan itu dibuat beliau selepas difaham...
Bikin Heboh Mendagri Bilang Jenazah Pasien Covid 19 Lebih Baik Dibakar

Bikin Heboh Mendagri Bilang Jenazah Pasien Covid 19 Lebih Baik Dibakar

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 190 hits
Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian menilai cara terbaik untuk menangani jenazah pasien positif virus corona yakni dengan cara dibakar ketimbang dimakamkan Hal itu bertujuan agar virus corona yang menginfeksi jenazah turut mati karena terba...
Semuanya Baik Sahaja Kandungan Diari Goo Hara Didedahkan Netizen Hiba Baca Luahan Hatinya

Semuanya Baik Sahaja Kandungan Diari Goo Hara Didedahkan Netizen Hiba Baca Luahan Hatinya

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 239 hits
Selepas hampir setahun kematian selebriti Goo Ha ra rancangan Spotlight di bawah saluran JTBC telah menyelongkar dengan lebih mendalam mengenai gadis tersebut semasa hayatnya selain menyiasat kisah perlawanan undang undang di antara keluarg...
Senarai Nama Bayi Perempuan 2020 Yang Mempunyai Makna Yang Baik Dalam Islam

Senarai Nama Bayi Perempuan 2020 Yang Mempunyai Makna Yang Baik Dalam Islam

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 532 hits
SENARAI NAMA BAYI PEREMPUAN 2020 YANG MEMPUNYAI MAKNA YANG BAIK Tahun ni ramai juga kawan kawan saya yang hamil Alhamdulillah Tahniah semuanya Yang belum ada rezeki tak pe la Rezeki ni Allah bagi dengan macam2 cara Bersyukur la semuanya Mas...
Semua Yang Baik Dari Tuhan Bukan Sawit Sahaja

Semua Yang Baik Dari Tuhan Bukan Sawit Sahaja

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 224 hits
Saya telah bergerak untuk mengubah kempen itu kepada yang lebih baik insya Allah namanya iaitu Sawit Anugerah Tuhan Jawab Khairuddin Dalam pada itu Hanipa mengalu alukan penukaran cogankata untuk tujuan kempen tetapi mesti dilakukan dengan ...
Pelukis Kaya Mati 8 Suspek Utama Mahu Rebut Harta Drama Komedi Gelap Chip In Mula Dengan Rating Baik

Pelukis Kaya Mati 8 Suspek Utama Mahu Rebut Harta Drama Komedi Gelap Chip In Mula Dengan Rating Baik

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 390 hits
Tahu tak apa itu komedi gelap Ia adalah hiburan yang mengangkat isu yang tidak menyelesakan atau pun pantang larang yang susah untuk dibincangkan Kalau anda nak tengok K Drama yang membawa tema sebegini anda wajib menonton drama terbaru di ...
Kita Baik Ramai Sayang Abam Bocey

Kita Baik Ramai Sayang Abam Bocey

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 212 hits
Kita Baik Ramai Sayang Abam Bocey Assalamualaikum dan Hai Dua tiga hari ni terasa sangat kehilangan seorang anak seni yang sentiasa menceriakan hari kita Satu demi satu kebaikkan arwah Abam di perlihatkan untuk menjadi pengajaran dan ikutan...
Lebih Baik Lah Kau Meninggal Dari Menyusahkan Orang Ramai Yang Lain

Lebih Baik Lah Kau Meninggal Dari Menyusahkan Orang Ramai Yang Lain

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 226 hits
Wanita gelang pink sedang dirawat di hospital AKAI TAK DAK Sinar Harian Julai 22 2020 00 09 08 Durasi 1 minit 21 saatSaringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin mendapati wanita tersebut positif COVID 19 Gambar media sosialIPOH Seora...
Jkn Kesan Kontak Rapat Anggota Kesihatan Positif Covid 19

Jkn Kesan Kontak Rapat Anggota Kesihatan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 247 hits
IPOH Jabatan Kesihatan Negeri Perak sedang menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat COVID 19 termasuk semua pesakit yang dirawat seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sini Pengarah Kesihatan negeri D...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Fam What Happened To The World Cup Tickets

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Filem Reversi



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Kad Hari Raya Koleksi Idea Dan Rekabentuk Menarik

Masum 2024 Senarai Sukan Dan Tarikh Pertandingan

Tanda Tanda Kolesterol Tinggi Dan Cara Cara Mengurangkan Kolesterol Ke Paras Normal

Paling Kejam Bawa Mayat Ke Bank Untuk Apply Loan 3400 Walaweeiii

Pak Ngah Balik

Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Kak Zah