Penyelesaian Isu Domain Xyz Tidak Boleh Diakses
Pernahkah anda menghadapi masalah selepas membeli domain .xyz di laman web domain seller, laman web anda tidak boleh diakses? Server tidak bermasalah, tetapan DNS juga telah dibuat dengan betul, tetapi laman web anda tetap juga memaparkan error ” This site can’t be reached”?
Saya mungkin ada jawapannya.
domain .xyz tidak boleh diakses
Baru-baru ini saya ada membeli domain .xyz di NameCheap. Harga yang ditawarkan cukup murah iaitu USD1 untuk setahun. Itu bersamaan RM4.20 sahaja dan harga itu bagi saya memang tidak masuk akal dan tersangat murah.
Kebetulan pula saya juga sekarang sedang mengerjakan sebuah projek yang memerlukan saya untuk menyediakan domain tambahan untuk ditunjukkan laman web tersebut kepada pengguna. Jadi bagi saya tidaklah terasa rugi untuk membelinya.
Dipendekkan cerita, sebaik sahaja saya membeli domain tersebut di NameCheap, saya teruskan membuat tetapan DNS bagi menyambungkannya pada hosting saya. Sambungan tersebut tidak mempunyai masalah.
Namun begitu, beberapa hari kemudian, laman web saya yang ok tadi tidak boleh diakses dengan error pelik”xxx.xyz IP Address could not be found”. Kenapa pula ni?
Isu laman web tidak boleh dibuka
Memandangkan saya jadikan domain sebagai “addon domain”, jadi apa yang saya buat adalah reset tetapan domain ini dan buat semula tetapan asal. Saya fikirkan boleh. Eh ternyata masalah lain pula.
Error message yang keluar ketika cuba menyambungkan domain dengan hosting
Terdapat error message lain yang berbunyi “could not determine the nameserver IP address for xxxx.xyz. Please make sure that the domain is registered with a valid domain register”. Ahh sudah. Ini bukan masalah hosting ni. Mesti masalah domain.
Punca masalah terjadi?
Saya pelik dengan masalah ini. Jadi saya buatlah sedikit research tentang hal ini dan ternyata masalah ini adalah masalah global buat pemilik domain .xyz sama ada yang baru mendaftar atau sudah lama. Nak tau tak kenapa?
Saya difahamkan Domain .xyz antara domain yang cukup popular dikalangan spammer dan hacker dalam menjalankan modul operandinya. Oleh sebab itu, pengurus registry domain .xyz iaitu Generation XYZ mengambil tanggungjawab melakukan penapisan dan pengimbasan secara automatik menggunakan Spamhaus DBL bagi mengelakkan aktiviti spam berleluasa dengan memeriksa setiap domain yang berada di web.
Jadi jika domain anda disyaki melakukan kegiatan yang melanggar polisi yang ditetapkan mereka, kemungkinan besar domain anda diblock oleh pihak register iaitu GenXYZ itu sendiri. Sebab itulah domain saya diblock walaupun baru 2-3 hari dibeli.
Bagaimana unblock domain .xyz?
Respon pertama untuk pengesahan penghantaran tiket
Hal ini adalah sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Domain anda diblock untuk sementara waktu sahaja. Ini mungkin disebabkan oleh salah faham sistem mereka yang kurang cekap atau sengaja cari pasal. Apapun masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah.
Apa yang anda perlu buat adalah dengan menghantar tiket kepada pihak GenXYZ untuk menyelesaikan salah faham ini bersama dengan bukti aktiviti laman web anda. Tiket anda boleh dihantar menerusi pautan dibawah ini.
Unsuspend .xyz domain: Klik sini
Kebiasaannya tiket ini mengambil masa selama 48 jam untuk menerima maklumbalas. Maklumat tersebut akan diberitahu kepada anda menerusi email. Nak baca maklumbalas yang saya dapat selepas saya menghubungi pihak GenXYZ?
Maklumbalas pihak generation XYZ
Maklumbalas tiket daripada pihak GenXYZ
Selepas beberapa jam menunggu, mereka membalas kembali tiket saya dengan alasan kenapa domain saya diblock. Antara alasan mereka adalah.
Laman web saya tidak aktif.
Laman web saya disyaki spam oleh Spamhaus DBL.
Dua-dua alasan ini sangat tidak masuk akal memandangkan laman web saya ketika diblock itu masih lagi aktif dan ianya hanya HTML, CSS, Javascript. Tak ada payment gateway, tak ada server side scripting, tak ada apa-apa yang mencurigakan pun.
Walau bagaimanapun, mereka berjanji untuk menyelesaikan masalah saya dan domain ini boleh diakses dalam tempoh 24 jam. Selain daripada itu, maklumat WHOIS juga akan dikemaskini dalam tempoh masa itu.
Selepas mendapat maklumbalas tersebut, saya pun malas nak guna hosting personal saya. Jadi saya cuba menyambungkan kepada Github Pages saya untuk menguji sama ada domain itu sudah boleh digunakan atau tidak. Ternyata ia sudah boleh digunakan.
Kesimpulan
Menerusi pengalaman saya, dapat saya simpulkan GenXYZ sangat menjaga tepi kain pemilik domain XYZ. Kita terikat dengan polisi anti penyalahgunaan yang ditapis secara automatik oleh GenXYZ dengan menggunakan Spamhaus DBL.
Jadi jangan teruja sangat membeli domain yang murah. Ada harga yang kita perlu bayar dengan kemurahan itu iaitu polisi yang melindungi domain ini agak ketat. Tapi asalkan ia tidak mengganggu urusniaga kita, rasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
Baca juga: Beli web hosting dan domain di Jimat Hosting
Baca juga: Bayar di kedai menggunakan jam tangan dengan Samsung Pay
Diharapkan pengalaman saya ini dapat membantu buat mereka yang menghadapi masalah domain xyz yang tidak dapat diakses. Mesti anda tidak sangka bukan sebenarnya domain anda diblock oleh pihak register? Hahaha. Terima kasih sudi membaca.
The post Penyelesaian isu domain .xyz tidak boleh diakses appeared first on Azmir Shah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://azmirshah.com/domain-xyz-tidak-boleh-diakses/