Penyebar Berita Palsu Vaksin Remaja Berdepan Tindakan Undang Undang


selangorkini.my
AGENDANASIONAL
Oktober 3, 2021
Petugas kesihatan memanggil pelajar untuk menerima suntikan pelalian dalam Program Vaksinasi Remaja 16 dan 17 tahun Daerah Kuala Selangor di Stadium Kuala Selangor pada 28 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BAGAN SERAI, 3 OKT: Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang menularkan video dan berita tidak benar mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja melibatkan pelajar sekolah di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata perbuatan tersebut bukan sahaja akan menganggu kelancaran program, malah akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa serta pelajar yang akan mengambil vaksin.

“Saya memberi amaran tegas kepada sesiapa (penyebar video dan berita tidak benar) kerana perkara itu (berita tidak benar) tidak baik ditularkan sedangkan kita mahu menyelamatkan pelajar dan kesihatan mereka serta tidak mahu program vaksin membabitkan pelajar terganggu.

“Saya ingatkan semua orang, jangan memandai-mandai hantar video yang tidak benar kerana ia menjadikan orang takut, risau dan bimbang kerana macam-macam kes tidak benar dilaporkan. Saya kesal dan sangat marah dengan perkara yang tidak benar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke rumah mangsa banjir dan menziarahi tiga anak yatim piatu Mohd Omar Mikail, 7, Mohd Zaiful Iman Zulkifli, 11, dan Amar Nordiana, 16, yang kematian kedua-dua ibu bapa mereka akibat Covid-19, di Kampung Tanjung Bugis semalam.

Noor Azmi mengulas video yang tular mengenai beberapa kejadian pelajar sekolah termasuk dakwaan seorang pelajar meninggalkan dunia di Ipoh selepas suntikan vaksin, baru-baru ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Bagan Serai berkata pihaknya mendapati tiada kematian membabitkan pelajar yang menerima suntikan vaksin setakat ini.

Justeru beliau meminta ibu bapa agar memantau keadaan anak-anak mereka yang sudah menerima suntikan vaksin dan segera membawa anak-anak mendapatkan rawatan di hospital serta melaporkan di aplikasi MySejahtera sekiranya mengalami sakit dada, sesak nafas atau jantung berdengup laju.

Menurutnya setakat ini, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga tidak melaporkan mengenai kesan sampingan pengambilan vaksin terhadap remaja.

“Saya akan pantau setiap hari jika ada laporan, kita akan secara terus dan telus memaklumkan untuk pengetahuan rakyat,” katanya.

-BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/penyebar-berita-palsu-vaksin-remaja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pick Remaja Tindakan Undang Undang Terhadap Penyebar Video Berita Tak Benar

Pick Remaja Tindakan Undang Undang Terhadap Penyebar Video Berita Tak Benar

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 232 hits
Tak mahu program vaksin babitkan pelajar terganggu BAGAN SERAI Tindakan undang undang akan dikenakan terhadap mana mana individu yang menularkan video dan berita tidak benar mengenai Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Remaja melibatkan p...
Remaja Meninggal Selepas Disuntik Vaksin Berita Palsu

Remaja Meninggal Selepas Disuntik Vaksin Berita Palsu

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 276 hits
suaramerdeka com29 9 2021 PENGARAH Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani MudinPENGARAH Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin menafikan dakwaan seorang remaja meninggal dunia selepas disuntik vaksin Covid 19 di Lahad Datu Penafian itu dibu...
Rangkaian Dedak Syed Saddiq Berdepan Tindakan Undang Undang

Rangkaian Dedak Syed Saddiq Berdepan Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 375 hits
Enggan mohon maaf tuduh rangkaian dedak Syed Saddiq berdepan tindakan undang undangFMT ReportersPETALING JAYA Seorang ahli perniagaan akan mengambil tindakan undang undang terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas beliau enggan memenuh...
Kesan Vaksin Keatas Remaja

Kesan Vaksin Keatas Remaja

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 211 hits
Ada pelajar yang menerima kesan sampingan akibat covid Memang berlaku dan ianya boleh dikatakan kes terpencil
Habibul Rahman Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Syed Saddiq

Habibul Rahman Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 389 hits
Habibul Rahman ambil tindakan undang undang terhadap Syed Saddiq Seorang ahli perniagaan akan mengambil tindakan undang undang terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas beliau enggan memenuhi tuntutan permohonan maaf atas tuduhan menga...
Bawa Anak Walk In Vaksin Remaja Di Ppv Mmu

Bawa Anak Walk In Vaksin Remaja Di Ppv Mmu

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 588 hits
Bawa Anak Walk In Vaksin Remaja di PPV MMU Alhamdulillah semalam anak mama selamat ambil dos pertama vaksin Covid 19 Kami pergi ke MMU Cyberjaya secara walk in Sebenarnya kami ni agak ketinggalan kerana walk in untuk remaja diadakan secara ...
100 Remaja Di Kelantan Tolak Vaksin

100 Remaja Di Kelantan Tolak Vaksin

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 329 hits
100 remaja di Kelantan tolak vaksin KOTA BHARU Dianggarkan lebih kurang 100 golongan remaja di negeri ini dikesan enggan menerima suntikan vaksin Covid 19 dipercayai akibat terpengaruh dengan ibu bapa masing masing Pengerusi Jawatankuasa Ke...
42 875 Kumpulan Pertama Remaja Berusia 16 17 Tahun Terima Vaksin Seluruh Negeri Pahang

42 875 Kumpulan Pertama Remaja Berusia 16 17 Tahun Terima Vaksin Seluruh Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 350 hits
KUANTAN Pahang mensasarkan pemberian imunisasi Covid 19 kepada kumpulan remaja pertama berusia 16 hingga 17 tahun berjumlah 42 875 bagi seluruh negeri ini menerusi Program Imunisasi Covid 19 Remaja Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Nor Azi...
Hiburan Pelakon Remaja Coki Jadi Yang Terawal Terima Vaksin

Hiburan Pelakon Remaja Coki Jadi Yang Terawal Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 343 hits
Sebelum ini pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mula menggerakkan kempen pemberian vaksin Covid 19 kepada remaja 12 hingga 17 tahun Disebabkan itu pelakon remaja Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel Shamsaini 16 t...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah