Penyebab Musibah Di Indonesia


Penyebab Musibah Di Indonesia
Umum diketahui, musibah banjir yang melanda Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat baru-baru ini meninggalkan kesan tragis.
Sekitar 3.3 juta penduduk terjejas, manakala lebih 700 nyawa melayang. Tidak hanya itu, puluhan ribu bangunan, termasuk rumah, sekolah dan jambatan, musnah sama sekali.
Difahamkan, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menjelaskan punca banjir ialah curah hujan yang sangat tinggi akibat Siklon Senyar.
Keadaan kawasan tadahan air yang tidak mampu menampung hujan secara optimum turut menyumbang kepada bencana ini.
Bagaimanapun, banyak pihak percaya bahawa penebangan hutan di hulu sungai sebenarnya penyumbang utama kepada bencana ini.
Tambahan pula, video tular di media sosial menunjukkan pokok-pokok yang ditebang hanyut dibawa arus. Data juga menunjukkan bahawa Sumatera antara pulau yang paling banyak kehilangan hutan di Indonesia.
https://www.instagram.com/reel/DRm9M2zkmUG/?utm_source=ig_embed&ig_rid=b0f0b944-7424-4140-bb0b-c7d104c2f303
Kementerian Perhutanan menjelaskan bahawa kayu yang dihanyutkan adalah kayu tua yang sudah reput. Namun, kerosakan alam sekitar yang terkumpul selama ini tetap menjadi ‘bom jangka’ yang akhirnya meletup sebagai bencana besar.
Slow violence? Fenomena banjir kilat di Sumatera digambarkan oleh Budiyanto Dwi Prasetyo, seorang penyelidik sosiologi alam sekitar, sebagai “slow violence”. Ia merujuk kepada satu bentuk kekerasan yang berlaku perlahan-lahan, tersembunyi, tetapi sangat berbahaya.
Konsep ini diperkenalkan oleh ahli akademik dari Princeton University, Rob Nixon. Ia menunjukkan bagaimana kerosakan alam yang dibiar begitu sahaja oleh pihak berkuasa sebenarnya boleh dianggap sebagai satu bentuk kekerasan.
Berbeza dengan kekerasan yang jelas seperti penganiayaan, slow violence sukar dilihat kerana ia berlaku secara perlahan. Tetapi, akhirnya ia meletus sebagai bencana besar.
Dalam kes banjir kilat di Sumatera, Budiyanto menjelaskan terdapat dua sebab utama yang menunjukkan bahawa bencana ini berpunca daripada campur tangan manusia.
1. Daya hancur banjir yang luar biasa Banjir kali ini sangat kuat dan merosakkan, jauh lebih teruk daripada hujan lebat yang pernah berlaku sebelum ini. Di Aceh, kerosakan akibat banjir ini digambarkan seperti “Tsunami kedua” selepas Tsunami 2004. Dalam lima puluh tahun terakhir, Aceh dan Sumatera Utara tidak pernah alami banjir besar dengan kesan sebesar ini. Dahulu, hutan yang masih utuh membantu menyerap air hujan, melindungi hidupan liar dan memberi manfaat kepada penduduk setempat. 2. Aktiviti eksploitasi sumber alam Selepas Reformasi 1998, Indonesia membuka peluang besar kepada pelabur asing untuk mengusahakan sumber alam. Menurut Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (Walhi), sekurang-kurangnya tujuh syarikat beroperasi di kawasan hulu Sungai Batang Toru, tempat bermulanya banjir kilat di Sumatera Utara. Aktiviti seperti menebang hutan, membuka ladang sawit, lombong emas dan projek tenaga telah merosakkan jutaan hektar hutan. Akibatnya, air hujan tidak lagi dapat diserap dengan baik, menyebabkan banjir melanda kawasan hilir dan menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk. Selain itu, kerajaan dikritik kerana kurang telus dalam proses pemberian lesen kepada syarikat, manakala sokongan kepada pelabur sering dilihat lebih memihak kepada syarikat.
‘Kejahilan’ yang meningkatkan risiko Menurut Budiyanto, projek seperti Pembangkit Listrik Tenaga Air (PLTA) Batang Toru menunjukkan bagaimana keputusan masa lalu boleh meningkatkan risiko bencana.
Terdahulu, penyelidik telah memberi amaran bahawa projek ini boleh merosakkan fungsi hutan dan mengancam habitat orang utan Tapanuli. Tetapi, amaran tersebut diabaikan.
Selepas banjir, kerajaan berkata akan menilai semula lesen syarikat. Biarpun dilihat sebagai langkah mengambil tindakan, istilah ‘menilai semula’ dilihat hanya meredakan kemarahan orang ramai tanpa menyelesaikan isu pengabaian yang berulang.
BACA: Polis Temui Mayat Ibu Sendiri Ketika Operasi Menyelamat
BACA: Dua Kanak-kanak Menangis Lihat Rumah Hancur ‘Disapu’ Banjir
BACA: Ayah Melutut, Meraung Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh
Sumber: The Conversation
The post Penyebab Musibah Di Indonesia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/04/penyebab-musibah-di-indonesia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 180 hits
Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Becana alam yang melanda Nusantara termasuk Ribut Tropika Senyar baru baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam ke atas rantau Asia Tenggara ...
Pt Msj Group Indonesia Dan Efisiensi Energi Forklift

Pt Msj Group Indonesia Dan Efisiensi Energi Forklift

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 154 hits
Menghemat Energi di Sektor Industri Lewat Pengelolaan Forklift yang Efisien Di banyak pabrik gudang dan pusat logistik forklift adalah tulang punggung pergerakan barang Tanpa disadari cara kita mengelola forklift mulai dari pemilihan unit c...
Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia

Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 154 hits
Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia UALA LUMPUR 3 Dis Kerajaan Malaysia telah menaik taraf sebuah klinik di Pusat Tahfiz Ma had Tafaqquh Riau Indonesia yang dinamakan sebagai Klinik Madani untuk manfaat para p...
Ragnar Oratmangoen Bintang Indonesia Yang Bersinar Di Belgian Pro League

Ragnar Oratmangoen Bintang Indonesia Yang Bersinar Di Belgian Pro League

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 229 hits
Profil Lengkap Ragnar Oratmangoen Ragnar Oratmangoen lahir pada 21 Januari 1998 di Oss Belanda dan saat ini berusia 27 tahun Ia merupakan pemain sepak bola profesional asal Indonesia yang menonjol di kancah internasional Ragnar oratmangoen ...
Anak Kapal Warga Indonesia Dilapor Hilang Terjatuh Ke Laut

Anak Kapal Warga Indonesia Dilapor Hilang Terjatuh Ke Laut

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 227 hits
Nur Izzati MohamadAnggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan anak kapal warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari sebuah kapal di perairan dekat Penang Port Butterworth Foto ihsan JBPM Pulau Pi...
Cara Belanja Di Taobao Untuk Pembeli Dari Indonesia Ini Tips Dan Triknya

Cara Belanja Di Taobao Untuk Pembeli Dari Indonesia Ini Tips Dan Triknya

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 181 hits
Mau tahu cara belanja di Taobao yang terbaru bagi pembeli dari Indonesia Kamu bisa ikuti langkah langkah lengkapnya di sini beserta beberapa tips dan trik yang pastinya akan membantu proses pendaftaran tersebut
Thousands Protest Against State Takeover Of Palm Oil Plantations In Indonesia S Riau

Thousands Protest Against State Takeover Of Palm Oil Plantations In Indonesia S Riau

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 183 hits
Around 3 7 million hectares of plantations have been seized in an operation that the palm oil industry says could disrupt global supplies President Prabowo Subianto s forestry task force has this year launched a crackdown on palm oil planta...
Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia

Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 209 hits
Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia Prestasi ekonomi Malaysia menunjukkan peningkatan ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini seiring dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan mata wang serant...
Akui Kalah Dengan Malaysia Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia

Akui Kalah Dengan Malaysia Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 148 hits
Akui Kalah Dengan Malaysia Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia Menteri Kewangan Indonesia Purbaya Yudhi Sadewa mengakui bahawa corak pelaburan di negara itu masih belum teratur Menurut beliau Indonesia masih jauh ketinggalan berbanding bebe...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Easy Healthy Low Carb Ground Beef Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan

Pengorbanan Tragis Makam Ratu Polyxena Dari 2 500 Tahun Yang Lalu

Tiada Bunga Api Tahun Baru Di Indonesia Kerana Negara Meratapi Mangsa Banjir Di Sumatra

Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia Terbina Ruang Gps