Penyatuan Wings Urusan Kami Orang Luar Jangan Sibuk




KUALA LUMPUR – Enggan orang luar mencampuri urusan Wings, vokalisnya Datuk Awie berharap tiada pihak yang cuba mengeruhkan ketenangan dengan menyuarakan pelbagai cadangan untuk penyatuan semula.
Kata pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 56, itu, sememangnya rancangan untuk bersatu pernah difikirkan namun keutamaan kini adalah kepada ahli sedia ada serta rencana jangka panjang yang sudah disusun.
“Sila bertenang. Sebenarnya saya juga ingin bersama rakan lain (JoBranko) tetapi kalau hanya dengan individu itu sahaja, dua orang ini (Sham dan Edrie) saya nak campak ke mana?
“Kemahuan ‘orang’ ini hanya empat sahaja (Awie, Eddie, Black dan JoBranko), jadi tak baguslah. Kita pun nak, tetapi dalam masa tengah kita perjuangkan sesuatu ini, kita jalan dulu (projek lain).
“Yang lain jangan sibuk sebab Joe (JoBranko) pun dah ‘move on’. Saya pun dah ‘move on’. Kita tiada apa-apa nak dikecohkan lagi. Mereka (Barbarik) dah ada band bagus, Barbarik sangat bagus, jalan terus tiada masalah,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang media Konsert TRIAD, semalam.
Menurut penyanyi rock tersohor itu, pada usianya yang sudah melebihi separuh abad sememangnya silaturahim menjadi harapannya, apatah lagi bersama kawan lama.
Begitupun, katanya, dia sendiri enggan jika tersilap kata boleh mengundang salah faham, sekali gus soal penyatuan dengan bekas anggota asal band terbabit tidak mahu diungkit lagi.
“Memang kita nak. Dah makin peringkat umur ini kita tak nak kecoh-kecoh. Saya pun tak pernah nak bising apa-apa. Saya diam sahaja, saya cakap apa pun tidak. Tapi bila orang luar pula bercakap macam ini untuk apa? Tak usah keruhkan keadaan.
“Nanti benda ini nampak buruk pada saya juga. Saya tak nak orang asyik menuduh saya sebab itu saya tak pernah buka mulut pun soal peribadi, soal kejadian A hingga Z. Saya diam,” ujarnya.
Bahkan sejujurnya Awie berpendapat JoBranko sudah mempunyai landasan terbaik bersama kumpulannya sendiri iaitu Barbarik yang disifatkan dilengkapi tunjang terbaik.
“Saya suka tengok band dia. Saya tengok persembahan mereka, bagus band ini, teruskan. Tak ada apa lagi dia (JoBranko) nak toleh belakang. Tak perlu lagi, masing-masing sudah bahagia dengan jalan hidup sendiri.
“Saya pun tengok mereka okey, dah sukses. Yang bagus teruskan dan saya sokong. Tak perlu nak fikir lagi yang lepas-lepas.
“Apa yang membuatkan fikiran orang (negatif) adalah mereka di kiri kanan yang (cakap) bukan-bukan,” katanya lagi.
Mengenai Konsert TRIAD, Awie memaklumkan projek yang dirancang sejak 2019 itu bakal menyaksikannya sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock ikonik iaitu Wings, Search Kid Din, dan juga Dragon Malaya.
Konsert TRIAD anjuran syarikatnya sendiri, Rumah Produksi Merah itu dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Februari depan pukul 8.30 malam. – KOSMO! ONLINE




Source link
The post ‘Penyatuan Wings urusan kami, orang luar jangan sibuk’ appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/penyatuan-wings-urusan-kami-orang-luar-jangan-sibuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tanya Lagi Suami Saya Kerja Apa Dia Kerja Dengan Allah Ina Naim Serabut Diasak Netizen

Jangan Tanya Lagi Suami Saya Kerja Apa Dia Kerja Dengan Allah Ina Naim Serabut Diasak Netizen

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 190 hits
Kalau dulu mungkin Ina dikenali sebagai isteri yang lebih pendiam dan lembut tapi kali ini dia tegas membela suami tercinta menjawab setiap soalan netizen yang bertubi tubi dalam sesi siaran langsung mereka di media sosial Ina yang nampak a...
Keh Keh Keh Tua Kutuk Ni Jangan Dok Percaya La

Keh Keh Keh Tua Kutuk Ni Jangan Dok Percaya La

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 91 hits
Mahathir bila dituduh mengkhianati negara atas isu mengaitkan yang pada ketika itu menjadi Kata Mahathir DS Wan Azizah pun khianat juga Untuk info RCI mahu dibuat ke atas Mahathir kerana yang keputusan untuk batalkan permohonan rayuan adala...
Jangan Buat Pasal Musim Hujan Ni

Jangan Buat Pasal Musim Hujan Ni

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 171 hits
JANGAN BUAT PASAL MUSIM HUJAN NI Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Masih hujan Cuma mungkin lebih menjarak atau berselang seli tidaklah setiap hari Tapi ada masa masa setiap hari hujan Sejuk sampai...
Dulu Hang Maki Orang La Orang Maki Hang Jangan La Hang Sentap Dunia Ni Macam Tu Ja Putaq Dia

Dulu Hang Maki Orang La Orang Maki Hang Jangan La Hang Sentap Dunia Ni Macam Tu Ja Putaq Dia

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 127 hits
Desa HMKepala bapak ni punya pembohong Dia bebas sebab hari tu Tuanku Ampunkan dia ja Dulu punya pembohong kata orang nak jatuhkan dia serupa dajay cucu matloh tongkang ni
Pantau Anak Boleh Tapi Jangan Berlebih Lebih Anak Boleh Jadi Penakut

Pantau Anak Boleh Tapi Jangan Berlebih Lebih Anak Boleh Jadi Penakut

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 158 hits
Mak ayah mana yang tidak risaukan anak Sebolehnya setiap masa mak ayah mahu perhatikan apa anak buat tapi jangan pula berlebih lebihan Beri anak kebebasan Anak yang terlebih dipantau dan dikawal pergerakannya boleh menjadi seorang anak yang...
Hiburan Tulislah Apa Nak Tulis Untuk Aibkan Orang Tapi Jangan Cerita Benda Palsu Rozita Che Wan

Hiburan Tulislah Apa Nak Tulis Untuk Aibkan Orang Tapi Jangan Cerita Benda Palsu Rozita Che Wan

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 175 hits
Pelakon dan usahawan sensasi tampil memberi respon namun enggan mengulas lanjut mengenai isu hutang RM1 juta yang belum dilunaskan kepada Majlis Amanah Rakyat Nasihat Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta ini orang ramai tid...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Potong Cake Birthday

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home

Warga Emas Maut Tertusuk Bilah Forklift

Jiwa Tersenyum Tapi Hati Berkeping Keping

Guan Eng Ingatkan Anwar Dap Rakan Setia Tapi Bukan Yes Man