Pantau Anak Boleh Tapi Jangan Berlebih Lebih Anak Boleh Jadi Penakut


Mak ayah mana yang tidak risaukan anak. Sebolehnya setiap masa mak ayah mahu perhatikan apa anak buat tapi jangan pula berlebih-lebihan. Beri anak kebebasan.
Anak yang terlebih dipantau dan dikawal pergerakannya boleh menjadi seorang anak yang hilang keyakinan diri dan penakut. Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi.

Pantau untuk mendisiplinkan?
Atau pantau sampai anak jadi penakut?
Ramai yang salah faham dengan perkataan ‘pantau’.’Pantau’ sangat bagus untuk mengelakkan anak-anak kita dari cedera. Mahupun terjebak buat benda-benda yang salah. Tapi janganlah sampai semua benda kita larang anak buat.
Anak pegang apa-apa kita ketuk tangan dia.
Anak baru nak berjalan ke tempat gelap, kita takutkan dia.
Anak baru nak test pegang barang, kita dah gertak.
Lama-lama, anak takut nak explore semua benda. Nak cuba buat apa-apa pun tak confident. Sedangkan dari exploration deria badan itulah yang membina jaringan otak yang mereka perlukan jadi budak bijak.

Rugi besar kalau kita asyik melarang-larang anak buat semua perkara. Sebab apa? Sebab kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana yang banyak larangan dan peraturan yang keterlaluan, menyebabkan anak:
* Hilang keyakinan diri. Nak pandang mata orang pun takut apatah lagi nak buat semua sendiri.
* Penakut. Sampai ke besar penakutnya menghalang mereka dari pergi jauh.
* Hilang sifat risk-taker. Sedangkan sifat inilah antara orang-orang yang mudah berjaya.
* Boleh jadi juga, mereka cari saluran lain untuk salurkan kepuasan diri. Kat rumah dia tak dapat, kat luar dia mencuba. Tau-tau kena tangkap dengan kawan-kawan. Nauzubillah…
Apa yang boleh kita lakukan untuk galakkan sifat aktif, berani dan menyerlah dalam diri anak-anak adalah :

❤️ Kurangkan ‘no’.
Dr Syeikh Muszaphar pernah berpesan perkara yang sama dalam satu talk. Beri anak ruang untuk explore.
Jangan takut anak pegang benda tajam atau buat benda bahaya. Selagi kita memantau dengan baik, insya Allah anak akan dapat kebaikan.
❤️ No ‘helicopter parenting’.
Beri anak buat sendiri. Sesekali, biar mereka suap sendiri, butang baju sendiri, selesaikan puzzle sendiri. Memang anak buat kerja lambat dan messy. Memang tak sempurna. Tapi dari situlah mereka belajar jadi mahir.
❤️ Perbanyakkan aktiviti outdoor.
Beri anak kebebasan untuk berlari, melompat, memanjat. Malah berkaki ayam. Connect dengan alam. Detox dari gajet.
❤️Sign up kelas.
Cari kelas yang kena dengan kecenderungan anak. Dari kelas pidato, kelas muzik, kelas renang, kelas teakwando dan kelas baking.
❤️ Cuba perkara baru.
Buat sesuatu di luar kebiasaan. Sekali-sekala bawa anak camping. Beri anak hammer untuk bantu kita bertukang. Ajak anak bercucuk tanam. New experience spark connection baru dalam otak anak.

 
❤️ Jangan sekat mereka mencuba atas alasan jantina.
Tak salah perempuan memanjat.
Tak salah lelaki menjahit.
Tak salah perempuan memanah.
Tak salah lelaki memasak.
Kita yang kadang meletakkan boundry yang tak perlu. Sampai anak salah tafsir had kerja untuk lelaki dan perempuan.
Ya, saya faham. Peraturan sangat penting untuk mendisiplinkan anak-anak. Tapi janganlah disekat sampai anak tu dipaksa rigid macam robot.
Ada masanya, kita perlu beri autoriti untuk anak mencuba. Dalam masa yang sama, kita sebagai ‘coach’, memerhati dari jauh.
Agak-agak melampau, baru tiup wisel dan mula semula. Kalau salah, betulkan.
Kalau perlu kata semangat, bagilah motivasi. Kalau bahaya, pesan untuk ambil langkah berjaga-jaga.
Barulah anak kita membesar jadi yakin diri. Tak takut mencuba. Dan berani untuk melangkah jauh terkehadapan dari orang-orang lain.
Saya tau macam mana rasanya jadi kanak-kanak yang penakut. Sebab tu bila ada anak sekarang ni, saya beri je ruang untuk mereka explore.
– Saya beri anak pegang pisau untuk tolong saya memasak
– Saya bagi anak slide tilam kat tangga, asalkan tilamnya cukup tebal
– Saya bagi anak panjat tinggi-tinggi asalkan saya pantau
– Saya bagi anak main skate board dan roller blade, asalkan pakai helmet.
Sebab nak mereka jadi explorer. Yang yakin diri dan berani mencuba.
Wawa Shauqi
The post Pantau Anak Boleh Tapi Jangan Berlebih-Lebih, Anak Boleh Jadi Penakut! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pantau-anak-boleh-tapi-jangan-berlebih-lebih-anak-boleh-jadi-penakut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Selalu Tidur Lambat Tapi Bangun Awal Ada Risikonya Jangan Biasakan

Anak Selalu Tidur Lambat Tapi Bangun Awal Ada Risikonya Jangan Biasakan

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 165 hits
Setiap kali musim cuti sekolah mulalah anak tidur lambat kerana tidak perlu ke sekolah Sudahlah tidur lambat bangun pula terlebih awal macam hendak ke sekolah Jangan dibiasakan rutin tidur yang semacam ini pada anak anak kecil kita Ada risi...
Ibu Sanggup Berhabis Demi Laptop Tapi Sikap Anak Mengecewakan

Ibu Sanggup Berhabis Demi Laptop Tapi Sikap Anak Mengecewakan

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 112 hits
Kadang kadang hidup beri kita ujian yang menggoncang emosi Bukan tentang wang ringgit semata mata tapi tentang nilai penghormatan dan rasa syukur Ada kalanya kita sanggup berkorban apa saja demi anak namun yang kita harapkan cuma satu merek...
Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah Habis Bengkak Bengkak

Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah Habis Bengkak Bengkak

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 172 hits
Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah Habis Bengkak bengkak Anak perempuan Che Ta Aaisyah Dhia Rana mengalami bengkak bengkak di bahagian muka selepas makan ketam Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam Muka Aaisyah H...
Anak Tak Suka Susu Jangan Biarkan Cuba Beberapa Cara Ni Takkan Reject Dah

Anak Tak Suka Susu Jangan Biarkan Cuba Beberapa Cara Ni Takkan Reject Dah

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 165 hits
Aduhai pening dibuatnya Macam mana nak buat anak sukakan susu ya Sepatutnya susu jadi BFF anak kerana ia diperkaya dengan pelbagai nutrisi terbaik untuk menyokong perkembangan 360 mereka Masalahnya mama jadi buntu bila anak kata tak nak sus...
Terbaik Bohh Musim Rakyat Swdang Susah Nim Jangan Kata Nak Pi Ziarah Anak Belajar Lak

Terbaik Bohh Musim Rakyat Swdang Susah Nim Jangan Kata Nak Pi Ziarah Anak Belajar Lak

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 192 hits
Macam ni baru tak ada kes menteri yang pergi pada masa rakyat dilanda banjir Atau pun pergi Lepas tu cakap Guane boh Raja Gelap II
Anak Asyik Bergaduh Jangan Biarkan Sampai Besar Anak Terkesan

Anak Asyik Bergaduh Jangan Biarkan Sampai Besar Anak Terkesan

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 160 hits
Mak ayah mana yang tak terkesan bila mana anak asyik bergaduh Walau hanya hal yang kecil jangan dibiasakan kerana pergaduhan anak waktu kecil boleh memberi kesan apabila mereka membesar Menurut perkongsian Ibu Rose anak anak biasanya bertel...
Baby Shima Kata Lebih Baik Sedekah Ke Rumah Anak Yatim Atau Ke Fakir Miskin

Baby Shima Kata Lebih Baik Sedekah Ke Rumah Anak Yatim Atau Ke Fakir Miskin

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 191 hits
Dari bagi derma kat si sepu ni baik kita derma kat rumah anak yatim mangsa banjir dan rumah orang tua lagi berfaedah Sumber twitter kronirakyat
Nabila Razali Tak Boleh Duduk Diam Masih Nak Bekerja Berdebar Bersalin Anak Pertama

Nabila Razali Tak Boleh Duduk Diam Masih Nak Bekerja Berdebar Bersalin Anak Pertama

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 175 hits
Nabila Razali tak boleh duduk diam masih nak bekerja berdebar bersalin anak pertama Dalam keterujaan menantikan kelahiran anak sulung pada Januari depan penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui gementar untuk melalui proses bersalin Nabi...
Bukan Berfikiran Sempit Tak Bagi Anak Keluar Malam Tapi Nak Didik Jadi Orang

Bukan Berfikiran Sempit Tak Bagi Anak Keluar Malam Tapi Nak Didik Jadi Orang

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 155 hits
Bila anak minta sesuatu tak semua permintaan boleh ditunaikan walaupun nampak kecil atau tak berbahaya Sebab setiap kali kita izinkan sesuatu yang di luar batas mereka ia boleh jadi kebiasaan yang sukar dikawal di masa depan Contohnya anak ...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna

Skim Pembiayaan Perumahan Muda Syarat Kelayakan Jenis Pembiayaan