Penyatuan Umno Pas Wujud Protes Senyap Akar Umbi Pas Amanah


Oleh Nazura Ngah
[email protected]
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli dan penyokong PAS berhubung usaha parti pembangkang itu memeterai piagam kerjasama dengan UMNO dalam Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September ini.

Timbalan Pengerusi Biro Dakwah AMANAH, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, berkata protes senyap itu berlaku di hampir seluruh negara berikutan peringkat akar umbi PAS tidak boleh menerima bentuk kerjasama dengan parti yang menjadi lawan sejak 60 tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Meru, berkata ada pihak mendakwa penyatuan ummah itu dilaksanakan tanpa persetujuan akar umbi PAS.

Katanya, walaupun penyatuan UMNO dan PAS diakui dapat mengukuhkan kekuatan di peringkat akar umbi untuk menumbangkan Pakatan Harapan (PH), kekuatan itu bukan satu ancaman besar kepada parti pemerintah.

“Kekuatan itu bukanlah satu ancaman besar kepada PH kerana dari sudut yang lain, ramai akar umbi mereka tidak setuju dengan kerjasama ini, namun hanya berdiam diri.

“Kajian rasmi (mengenai protes dalam diam) tiada... maklumat ini diterima daripada rakan kami dalam PAS,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahli Jawatankuasa AMANAH Selangor itu berkata kerjasama dua parti pembangkang itu turut membuktikan dakwaan sebelum ini bahawa wujud ‘kerjasama gelap’ antara UMNO dan PAS sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, AMANAH tidak akan terjejas dengan kerjasama UMNO dan PAS, walaupun ia kelihatan kuat tetapi itulah maksimum kekuatan gabungan parti berkenaan, sedangkan kekuatan AMANAH terus bertambah sejak kerjasama itu berlaku.

“Ini terbukti setiap bulan, ribuan keahlian baharu direkodkan menyertai AMANAH seluruh negara, malah kekuatan AMANAH bertambah dengan kerjasama erat dari rakan komponen PH.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Perunding PAS-UMNO, Dr Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata kajian terutama di negeri yang dikatakan ada perselisihan antara akar umbi PAS dan UMNO, mendapati golongan itu menerima baik usaha muafakat antara dua parti berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, berkata penentangan akar umbi dalam isu penyatuan atau muafakat dua parti pembangkang itu hampir sifar.

“Secara kasar, memang kerjasama PAS/Gagasan Sejahtera dengan UMNO/Barisan Nasional boleh dilihat berupaya untuk menumbangkan PH, tetapi PH adalah kerajaan, maka mereka mempunyai kelebihan.

“Sebagaimana ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS baru-baru ini, lonjakan kedua selepas Penyatuan Ummah PAS dan UMNO ialah mengajak pelbagai kaum bersama muafakat yang dimeterai ke arah integrasi nasional,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/09/penyatuan-umno-pas-wujud-protes-senyap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyatuan Ummah Pas Umno Bahaya Amanah

Penyatuan Ummah Pas Umno Bahaya Amanah

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 311 hits
Pengerusi AMANAH Negeri Selangor Ir Izham Hashim berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Wanita AMANAH Negeri Selangor Kali ke 3 bertemakan Wanita Arkitek Kepimpinan Malaysia Baharu di Bangi Golf Resort Bandar Baru Bangi Selangor foto NOOR...
Kerjasama Umno Pas Dipertikai Akar Umbi

Kerjasama Umno Pas Dipertikai Akar Umbi

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 212 hits
Kerjasama Umno Pas dipertikai akar umbi Oleh August 24 2019Kurang seminggu sebelum termeterainya kerjasama Umno Pas pelbagai pihak kurang yakin kerjasama itu akan menguatkan gabungan pembangkang menghadapi pilihan raya umum ke 15 Apatah lag...
Piagam Umno Pas Ph Takut Kekuatan Penyatuan Ummah

Piagam Umno Pas Ph Takut Kekuatan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 267 hits
KERDAU 4 Sept Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyanggah pandangan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan yang mengatakan piagam UMNO PAS tidak lebih semata mata kerana politik Bahkan bidas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO N...
Bersatu Amanah Belum Mampu Ganti Umno Pas

Bersatu Amanah Belum Mampu Ganti Umno Pas

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 322 hits
PUTRAJAYA Bersatu dan Amanah dilihat belum mampu menggantikan UMNO dan Pas dalam memperjuangkan isu Melayu dan Islam Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata kedua dua parti i...
Konsep Penyatuan Ummah Semakin Diterima Akar Umbi

Konsep Penyatuan Ummah Semakin Diterima Akar Umbi

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 285 hits
Asyraf Muhammad1 September 2019SHAH ALAM UMNO Selangor menyifatkan konsep penyatuan ummah yang dibawa bersama Pas semakin dapat diterima dengan baik oleh ahli kedua dua parti di peringkat akar umbi Ketua Penerangannya Datuk Abdul Rahman Bak...
Presiden Umno Pas Bertemu Perkukuhkan Lagi Penyatuan Ummah

Presiden Umno Pas Bertemu Perkukuhkan Lagi Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 370 hits
Kepimpinan UMNO dan pimpinan PAS hari ini mengadakan pertemuan dengan diketuai oleh presiden kedua dua parti berkenaan UMNO diketuainya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai barisan pucu...
Kerjasama Umno Pas Rapuh Di Tangan Mic Mca

Kerjasama Umno Pas Rapuh Di Tangan Mic Mca

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 239 hits
Kerjasama Umno Pas rapuh di tangan MIC MCA Oleh August 31 2019Menjelang termeterainya kerjasama rasmi antara Umno dan Pas pada 14 September depan pemerhati politik masih sangsi formula politik itu mampu dilaksanakan memandangkan terdapat du...
Piagam Pas Umno Wan Azizah Melihat Dengan Mata Sepet

Piagam Pas Umno Wan Azizah Melihat Dengan Mata Sepet

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 391 hits
Piagam PAS Umno demi kestabilan masa depanKL PAS menyangkal dakwaan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengatakan piagam PAS dan Umno sekadar untuk kepentingan politik semata bukan kerana aspirasi rakyat Timbal...
Kerjasama Umno Pas Sejarah Baru Politik Malaysia Kata Annuar Musa

Kerjasama Umno Pas Sejarah Baru Politik Malaysia Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 348 hits
Kerjasama Umno PAS sejarah baru politik Malaysia kata Annuar Musa Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 Aug 201
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas