Penyatuan Ummah Manfaat Kepada Melayu Islam


ASAS dan dasar hampir sama. Cuma pendekatan berbeza. Pas dikenali dengan usrah akar umbi sehingga membentuk kesetiaan pengikut kepada kepemimpinan.
Begitu juga UMNO, konsep usrah sudah lama mahu dibawa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Sejak dipilih sebagai ketua sayap parti itu, hampir setiap bahagian beliau sanggup turun santuni.
Usrah (keluarga) ini antara rahsia kenapa Pas boleh melahirkan pengikut setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti.
Kalau musim berkempen, ada yang sanggup memerah keringat, ambil cuti dan bawa keluarga promosi parti itu.
Untuk melihat UMNO dan Pas bergabung di bawah satu logo agak sukar. Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar malah sebelum ini pernah meminta supaya UMNO dibubar sahaja dan ahlinya sertai Pas.
UMNO juga suatu ketika dulu amat `memusuhi’ Pas dan tidak ada tanda-tanda ke arah kerjasama antara kedua parti itu. Pas menjadi seteru kepada UMNO sejak sekian lama.
Namun, rantaian isu yang menggugat hak Islam dan Melayu khususnya pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah membuka mata kedua-dua kepemimpinan dan penyokong parti itu. Ini termasuklah dalam kalangan anak-anak muda.
Bermulalah kerjasama kedua-duanya dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sejak tahun lalu. Setiap PRK dimantapkan usaha itu sehinggalah pengurusan kempen kedua-duanya menjadi sangat kemas serta teratur seperti ditonjolkan dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih baru-baru ini.
Benar sebagaimana diramalkan banyak pihak, kerjasama UMNO-Pas berjaya menarik kelompok kedua-dua parti sekali gus memacu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK tersebut.
Majoriti kecil ke besar bukan jadi bualan, yang penting menang. Serupalah kalau Liverpool menang dengan Manchester United, 1-0 pun penyokong The Reds sudah terlalu gembira.
Kerjasama secara rasmi antara kedua-dua parti yang diumumkan semalam sudah tentu memberi dimensi baharu kepada pergerakan politik negara. Selepas keluar daripada gabungan BN pada 1978, Pas kini menjalin semula kerjasama dengan UMNO.
Sejauh mana kerjasama ini akan membuahkan hasil? Hanya masa yang menentukan. Namun, apa yang pasti ialah kerjasama antara kedua-dua ini akan memberi manfaat kepada orang Melayu dan Islam.
Kerana dulu, kini dan selamanya Islam itu memimpin dan dipimpin, maka wajar untuk kedua-dua parti tersebut terus istiqamah memperjuangkan agenda Melayu serta Islam. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/03/06/penyatuan-ummah-manfaat-kepada-melayu-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyatuan Ummah Yang Di Gerakkan Umno Dan Pas Beri Menafaat Pada Semua Bukan Hanya Pada Masyarakat Melayu Islam Saja

Penyatuan Ummah Yang Di Gerakkan Umno Dan Pas Beri Menafaat Pada Semua Bukan Hanya Pada Masyarakat Melayu Islam Saja

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 470 hits
UMNO dan Pas mencapai kata sepakat untuk bersetuju menjalinkan kerjasama secara formal antara kedua2 parti bagi menghadapi Pakatan Harapan dalam setiap PRK dan juga PRU 15 yang akan datang Pengerusi bersama Jawatankuasa Induk UMNO dan Pas D...
Sejak Bila Seru Perpaduan Melayu Islam Dianggap Satu Kesalahan Perkauman Tok Mat

Sejak Bila Seru Perpaduan Melayu Islam Dianggap Satu Kesalahan Perkauman Tok Mat

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 314 hits
SEMENYIH 1 Mac 8211 Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan mengapa setiap kali bercakap berkaitan Melayu dan Islam akan dituduh rasis Jelas beliau adakah Malaysia baru yang dikatakan membuka pintu kepada ...
Dap Berusaha Secepat Mungkin Memusnahkan Kekuatan Ekonomi Orang Melayu Islam Prksemenyih

Dap Berusaha Secepat Mungkin Memusnahkan Kekuatan Ekonomi Orang Melayu Islam Prksemenyih

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 390 hits
https i2 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190228 dap musnahkan ekonomi melayu jpg fit 600 2C400 ssl 1Institut kajian DAP mendapati kekuatan ekonomi orang Melayu ada pada 2 tempat Pertama pada gaji 1 juta lebih kakitangan keraja...
Salah Faham Islam Melayu Mesti Sokong Cina Ini

Salah Faham Islam Melayu Mesti Sokong Cina Ini

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 489 hits
Oleh CONTENT CHAMPION Kenapa U peluk agama Melayu Jawapan bijak mualaf Cina ini bakal buat kita semua kagumSEMASA saya beli jam tangan di sebuah kedai jam pemilik kedai itu Mr Lim bertanya kepada saya Mr Lim Awak berkahwin Melayu jadi terpa...
Pas Dan Umno Yang Memperjuangkan Islam Dan Melayu Itulah Penunggang Agama Kata Menteri

Pas Dan Umno Yang Memperjuangkan Islam Dan Melayu Itulah Penunggang Agama Kata Menteri

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 503 hits
BANGI Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyifatkan cadangan Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan atas isu penghinaan Nabi Muhammad sebagai sesuatu yang bersifat politik dan menungg...
Ppbm Akan Bekerja Lagi Kuat Mengumpulkan Undi Melayu Bumiputera Islam Selepas Teruk Dimaki Hamun Penyokong Dap

Ppbm Akan Bekerja Lagi Kuat Mengumpulkan Undi Melayu Bumiputera Islam Selepas Teruk Dimaki Hamun Penyokong Dap

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 541 hits
Tiba tiba tona suara para pemimpin Pakatan Harapan terutama dari PPBM berubah sebaik baik berita kekalahan calon PPBM di DUN Semenyih malam tadi Tiba tiba sahaja PPBM diselimuti keinsafan berhubung nasib orang Melayu Bumiputera dan Islam Da...
Penyatuan Ummah Mahfuz Sifatkan Pas Tanggung Biawak Hidup

Penyatuan Ummah Mahfuz Sifatkan Pas Tanggung Biawak Hidup

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Pas seperti menanggung biawak hidup selepas parti tersebut melakukan kerjasama dengan UMNO untuk memperkasakan agenda penyatuan ummah Mahfuz yang juga Ahli Parlime...
Orang Melayu Islam Harus Takut Dengan Umno Pas Kata Bekas Ahli Parlimen

Orang Melayu Islam Harus Takut Dengan Umno Pas Kata Bekas Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 438 hits
Bekas ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar bersama pengerusi acara Yoke Ling Chee di wacana sejarah dan kesan buruh kontrak di Malaysia di Brickfields hari ini KUALA LUMPUR Seorang bekas ahli Parlimen berkata masyarakat Melayu da...
Ummah Mohon Majlis Raja Raja Melayu Pecat Tommy Thomas

Ummah Mohon Majlis Raja Raja Melayu Pecat Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 446 hits
isma web Isu Adib hina Islam Nabi seolah olah disejukbekukan Peguam Negara KUALA LUMPUR Gerakan Pembela Ummah memohon Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja mengadakan sidang khas bagi memecat Tommy Thomas dan melantik Peguam Negara bah...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey