Arab Bodoh Bodohkan Melayu


"Tetapi (Arab) sendiri sentiasa suka duduk dalam kekayaan dan kebesaran dan menghendaki hormat dunia ini. Maka ada pada seorang 4-5 orang gundik dan 2-3 orang bini, dan menyukakan harta dunia ini seperti emas dan perak, supaya boleh puas nafsunya”
Bahawasanya orang Arab itulah musuh orang Melayuorang Arablah yang membinasakan sekali ‘akal sekalian orang Melayu’.

This is taken fully from Faisal Tehrani's column in Free Malaysia Today (Please click here). 



Baru-baru ini tular kenyataan media yang dikaitkan dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.
Kenyataan media itu menjadi heboh kerana ia ditulis dalam bahasa Arab. Terdapat kritikan yang menyifatkan tindak-tanduk tersebut sebagai tidak menghormati bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

Meskipun terdapat juga kenyataan media yang sama dalam bahasa rasmi negara ini, ramai melihat penggunaan bahasa Arab itu sebagai asing dan keterlaluan.
Sudah tentu terdapat pasukan membela apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan. Antara hujah mereka romantisasi betapa bahasa Arab bahasa syurga.
Terdapat juga yang cuba melakukan normalisasi perkara ini, dengan menyatakan menteri agama tersebut biasa melakukan hal sama ketika masih menjawat kedudukan sebagai seorang mufti.
Tidak kurang juga menjawab (dengan tidak menjawab) ketika era Pakatan Harapan (PH) berkuasa, terdapat kenyataan media dalam bahasa Mandarin dan Tamil (sayugia diingatkan terdapat rakyat kita berbangsa Cina dan India).
Saya tidak akan menjawab hujah siapa pun di sini. Saya hanya ingin menyatakan gejala Arabisasi yang berlaku sepanjang pentadbiran Najib Razak suatu masa dahulu, masih kental dan likat dalam masyarakat Melayu Malaysia hari ini.
Senggang 22 bulan ketika pemerintahan PH pun masih tidak dapat mencairkan kepekatan gejala Arabisasi tersebut.
Sebenarnya fenomena Arabisasi ini bukanlah suatu yang tiba-tiba dan baru di sini. Bahkan, ia pernah ditegur Munshi Abdullah, seorang mamak kacukan Arab.
Abdullah seorang agamawan-sasterawan yang fasih berbahasa Arab. Akan tetapi dalam hal berurusan dengan masyarakat setempat, beliau sungguh membumi, yang mana beliau juga merupakan pakar dalam bahasa Melayu dan segala ehwal Melayu.
Saya tidak dapat membayangkan betapa jengkel, meluat, menyampah dan muntah hijaunya Abdullah seandainya beliau masih hidup sehingga hari ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) mahupun Perikatan Nasional (PN) ini.
Ini kerana perihal membantah gejala Arabisasi dan mengkritik perangai Melayu yang gila, obses, rindu dan tersembah-sembahkan Arab itu sudah dilakukan Abdullah sendiri.
Sekiranya kita membaca sebuah cerita pendek atau rakaman pengalaman Abdullah berjudul Ceretera Kapal Asap (1841) termuat beberapa halaman bagaimana Abdullah mengingat, memberi amaran serta menegur perihal Melayu yang membuntut sahaja Arab.
Abdullah mengatakan begini; “Maka bahawasanya adalah kepada orang Melayu ini suatu celaka yang besar, iaitu sebab sentiasa ia duduk mendengar akan pengajaran orang Arab. Maka adalah pengajarannya itu telah beberapa ratus tahun lamanya. Maka sampailah percaya sekali-kali dalam fikiran Melayu, maka barang yang disuruhkan oleh orang Arab akan dia, maka dibuatnya.”
Menurut Abdullah, orang Arab ini membodohkan Melayu dalam 6 perkara. Jika kita melakukan fikah tabayyun terhadap kritikan Abdullah itu, kita akan mendapati betapa gejala yang sama pada 1841 (tahun naskah tersebut dikarang) nampaknya masih tidak berubah apa pun.
Ehwal pertama dikatakan Abdullah mengenai Arab (justeru Arabisasi) adalah; “Pertama-tama selalu ia mengatakan orang Melayu ini bodoh dan bebal dan tiada boleh ia belajar barang seperkara jua pun, maka orang Arablah sahaja yang pandai.”
Tambah Abdullah, “Maka adalah dari mulanya orang Arab itu datang sampailah sekarang ini telah 600 tahun lamanya diajarnya demikian. Maka belumkah juga engkau jemu lagi mendengar akan ceritanya itu.”
Hal ini sangat ketara berlaku ketika pentadbiran BN pada era Najib Razak.
Kita masih ingat betapa ramainya ulama Saudi (negara yang melatam negara Arab lain, iaitu Yaman) datang ke tempat kita mengajar umat Melayu agar jangan menukarkan kerajaan meskipun korup.
Padahal itulah tujuan kehadiran Rasulullah ke muka bumi ini, iaitu melawan semua bentuk kemungkaran, termasuklah korupsi dan kleptokrasi.
Keadaan di atas terjadi, menurut Abdullah, kerana adanya ehwal ke-2, iaitu kerana orang Arab “tiada menambahi ilmunya dan tiada dikeluarkannya perkara yang baru, melainkan tinggallah ia dalam congkaknya dan bodohnya.”
Perihal Arab pada zaman ini yang tiada banyak mencipta, tidak kreatif dan suka melihat kita, Melayu “tinggal dengan bodoh dan miskin kita itu seperti suruhan orang Arab itu” memang tidak dapat dinafikan.
Seandainya orang Melayu cuba membebaskan diri daripada penjajahan minda Arabisasi ini dengan mencari maklumat dan kepintaran lain, maka akan terdapat satu pasukan sorak yang memomokkan Melayu berani ini.
Mereka akan ditakutkan dengan mazhab, dengan akidah, dengan halal haram fikah dan berakhir dengan pesan agar patuh kepada kebesaran ulama salaf, kerana mereka pewaris Nabi.
Demikian mudah hujah diputarbelitkan demi mengekalkan Melayu supaya terus bodoh dan boleh dihinjak.
Menurut Abdullah, sekiranya Arab itu ikhlas dengan orang Melayu, tentulah mereka tidak terus-terusan menipu bangsa Melayu. Sudah tentu penipuan itu akan disulami agama. Melayu memang kalah dengan bacaan doa ala abah-abah, dan sujud syukur ala-ala Tiktok.
Kata Abdullah dalam karyanya itu, “…terlalu banyak tipu orang Arab kepada orang Melayu. Maka apabila dilihatnya hal orang Melayu itu miskin dan bebal, maka tiadalah dicarikannya jalan supaya boleh lepas daripada hal itu, melainkan dikatanya akan dia: ‘Tiada mengapa itu, maka engkau boleh kaya dalam akhirat’.
Tetapi ia sendiri sentiasa suka duduk dalam kekayaan dan kebesaran dan menghendaki hormat dunia ini. Maka ada pada seorang 4-5 orang gundik dan 2-3 orang bini, dan menyukakan harta dunia ini seperti emas dan perak, supaya boleh puas nafsunya.”
Gejala Arabisasi jahat ini menurut Abdullah, mengakibatkan orang Melayu menjadi hina, bodoh, tidak berusaha dan kecil.
Abdullah bahkan dengan tegas mengatakan; “Bahawasanya orang Arab itulah musuh orang Melayu adanya. Maka jikalau musuh yang lain, maka barangkali dibunuhnya sedikit orang, dan diambilnya hartanya sedikit, dan barangkali ada separuh badannya yang luka dan rosak, tetapi orang Arablah yang membinasakan sekali ‘akal sekalian orang Melayu’.”
Bagaimana Arab menghina dan membodohkan Melayu?

Menurut Abdullah, orang Melayu dibengapkan begini, dengan ajaran bahasa Arab yang tiada mereka mengerti; “…dimasukkannya beberapa perkara adat yang bodoh-bodoh di antara orang Melayu, iaitu seperti disuruhnya membaca kitab berpuluh-puluh tahun dengan tiada mengerti akan ertinya.”

Ehwal ke-5 menurut pengamatan Abdullah apabila orang Melayu berani sedikit mengecapi kebebasan dan kemerdekaan minda, dengan ingin belajar atau meminjam kepandaian dari kepercayaan atau bangsa lain, Arab jahat ini akan menghasutkan Melayu dengan pelbagai hujah agama antara lain, mengkafirkan; “…apabila dilihatnya akan hal orang Melayu itu sudah hilang bodohnya, nescaya marahlah ia seperti kelakuan raja di Mesir.
Maka ada kepadanya segala jenis pesawat asap itu, dan sebagainya. Maka dibencikan oleh orang Arab terlalu banyak, katanya ia kafir, sungguhpun dilihatnya suatu terang besar seperti matahari itu lepas daripada disaput awan.”
Maka tidaklah menghairankan apabila bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berusaha menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur hujung 2019, dengan niat membebaskan beberapa buah negara Islam daripada cengkaman Arab Saudi.
Ekoran itu kita mendapati kemarahan segelintir Arab begitu meluap-lupa. Hari ini Malaysia bawah pentadbiran baru nampaknya kembali terhegeh-hegeh menyembahkan Arab dengan menyorong kebodohan kepala, dan keterpasungan jiwa mereka.
Ehwal lain paling besar sekali apabila orang Arab melihat bangsa Melayu ditindas oleh golongan feudal, tidak pun Arab ini datang membebaskan Melayu daripada kesengsaraan berabad-abad lamanya. Padahal itulah ajaran Islam yang sebenar.
Orang Arab hanya membiarkan Melayu khayal dengan, meminjam nukilan Abdullah; “sifat dan tabiat Allah itu yang boleh ia menerima perbuatan dan macam sembahyang itu adanya.”
Harus diingat, Abdullah meskipun separuh darahnya Arab, sangat kecewa dengan sikap tidak apa dan pasrah orang Melayu terhadap kezaliman dan pengkhianatan golongan bangsawan.
Tulis Abdullah lagi; “Maka tiadalah pula dipedulikannya barang suatu kebinasaan yang ada sekarang ini di antara orang Melayu, yaitu seperti merompak dan mengambil tawanan karang, dan jikalau raja-rajanya berhutang tiada membayar, dan sangat suka ia berjudi dan menyabung, dan menaruh hamba raja terlalu banyak seperti adat dalam Pahang, dan negeri Melayu yang lain; dan tikam menikam orang dan terlalu sangat aniaya raja-raja Melayu itu atas rakyatnya, dan mengambil anak bini orang dengan kekerasannya.”
Abdullah sangat sesal dengan sikap ulama, mufti, agamawan dan juga lebai bilal yang menurutnya menurut saja penjajahan akal atau Arabisasi ini tanpa bantah dan sangkal.
Abdullah malah menamatkan naskah Ceretera Kapal Asap dengan satu perenggan jitu, iaitu berupa pesanan untuk orang Melayu di masa depan, dapat dibaca pada 2020. Lebih-lebih lagi kita hidup bawah pentadbiran Melayu-Islam.
Saya petik kutipan beliau itu, sambil menutup rencana ini, moga-moga dapat dijadi pedoman:
“Hubaya-hubaya hai segala orang Melayu, maka janganlah engkau duduk selalu dalam hal itu lagi dipijak-pijakkan oleh orang Arab itu, karena ada juga akalmu yang telah tidur dan mengendap dalam otakmu; serta beranikanlah hatimu menaruh fikiran yang lain pula. Dan janganlah engkau jadi seperti katak di bawah tempurung. Maka ada juga sungguh langit yang lain yang mulia-mulia itu adanya.”
Melayu, bodoh sekali mungkin leka. Namun dibodoh beratus tahun dah kenapa?
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
Posted by Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/arab-bodoh-bodohkan-melayu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arab Membodohkan Melayu Dalam 6 Perkara Kata Munshi Abdullah

Arab Membodohkan Melayu Dalam 6 Perkara Kata Munshi Abdullah

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 287 hits
Baru baru ini tular kenyataan media yang dikaitkan dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam Kenyataan media itu menjadi heboh kerana ia ditulis dalam bahasa Arab Terdapat kritikan yang menyifatkan tindak ...
Mat Saleh Fasih Berbahasa Melayu Siap Nyanyi Lagu Negaraku

Mat Saleh Fasih Berbahasa Melayu Siap Nyanyi Lagu Negaraku

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 436 hits
Satu video yang memaparkan seorang lelaki rakyat Amerika yang menitipkan kata kata semangat kepada semua orang di Malaysia di saat dunia sedang mengalami masalah luarbiasa Dalam video itu individu ini turut memuji negara ini cukup aman dan ...
Bumiputera Melayu Pp Mulai Kelaparan K Negeri Sila Beri Perhatian

Bumiputera Melayu Pp Mulai Kelaparan K Negeri Sila Beri Perhatian

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 233 hits
Seorang penarik becak di Penang tampak kelaparan dan makan di tempat terbuka saat social distancing dan lockdown untuk mengantisipasi penyebaran wabah virus corona diberlakukan di MalaysiaWarga Miskin Malaysia Dikabarkan Mulai Kelaparan Dam...
Plot Sama British Ke Atas Tanah Melayu Dan Palestin

Plot Sama British Ke Atas Tanah Melayu Dan Palestin

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 178 hits
YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI SAYA telah mengikuti dengan penuh minat wawancara terbaru antara Aljazeera yang berpusat di Qatar dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah disiarkan siri pertamanya pada 5 April 2020 Wawancara yang disia...
Pembelajaran Secara Online Melalui Google Classroom Bahasa Melayu

Pembelajaran Secara Online Melalui Google Classroom Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 600 hits
Pada musim wabak Covid19 ni kita harus bersyukur kerana masih lagi dapat belajar Negara kita dikatakan pengguna nombor satu dunia dalam Google Classroom Justeru saya hantarkan link di bawah untuk digunakan sebagai latihan Semoga memberi man...
Video Suka Duka Pelawak Accapan Dunia Perfileman Melayu Banyak Berjasa Kepada Saya

Video Suka Duka Pelawak Accapan Dunia Perfileman Melayu Banyak Berjasa Kepada Saya

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 312 hits
Mendiang Samynathan a l Rethinam atau lebih dikenali sebagai Accapan ialah seorang pelakon dan pelawak India Malaysia yang fasih berbahasa Melayu Accapan merupakan seorang pelawak yang popular dari era 70 an dan 80 an bersama pelawak pelawa...
Koleksi Resepi Kuih Lepat Kuih Tradisi Orang Melayu

Koleksi Resepi Kuih Lepat Kuih Tradisi Orang Melayu

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 1374 hits
Koleksi Resepi Kuih Lepat Kuih Tradisi Orang Melayu Fadzi sebenarnya teringin sangat nak belajar cara cara buat kuih muih tradisi orang kita Kesemua kuih muih yang orang zaman zaman dulu buat sedap sedap belaka Bila semakin lama semakin dil...
Terkejut Kerajaan Melayu Islam Halau Muslim Rohingya Hingga Maut Di Lautan

Terkejut Kerajaan Melayu Islam Halau Muslim Rohingya Hingga Maut Di Lautan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 618 hits
Saya berani kata saya amat impressed dengan sikap kemanusiaan Tun yang saya anggap par excellence khususnya dalam isu Rohingya walaupun dalam gomen Tun tu ada DAP kata Hanipa Tindakan menghalau kapal yang membawa pelarian Muslim Rohingya se...
Benarkah Islam Melayu Hanya Mainan Bibir Pas Sahaja

Benarkah Islam Melayu Hanya Mainan Bibir Pas Sahaja

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 392 hits
Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara Itu lah asas konsep Islam universal yang menyatukan kita baik di waktu aman atau darurat Semalam Ketua Perhubungan Umno Terengganu Dato Seri Ahmad Said menyatakan Umno serta rakan BN lain tidak menerim...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih