Penyanyi Indonesia Tegar Didenda Kerana Merokok Di Kawasan Larangan


Penyanyi remaja dari Indonesia, Tegar Septian yang popular menerusi lagu Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang menjadi artis luar negara pertama yang didenda kerana merokok di kawasan tidak dibenarkan.

Pengurusnya di Malaysia, Ayob Abd Majid berkata, Tegar, 17, ditahan oleh anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan ketika sedang merokok berhampiran sebuah kafe di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang pada Rabu lalu.


“Tegar datang ke Pendang, Kedah bagi memenuhi undangan menjayakan persembahan untuk program Pesta Orkid Dan Flora pada malam Selasa lalu.

“Keesokkannya (Rabu) dia mahu bertolak pulang ke Subang, Jakarta Barat dan sementara menunggu masa perlepasan, dia merokok di luar kawasan (LTABL) situ.

“Dahulunya ia zon dibenarkan merokok tapi rupa-rupanya premis (kafe) itu kini adalah zon larangan merokok menyebabkan Tegar didatangi anggota penguat kuasa yang mengeluarkan saman,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ayob, ketika itu dia sedang menguruskan ‘check in’ Tegar dan dia tiba-tiba menerima panggilan telefon daripada artis berkenaan dalam keadaan panik kira-kira jam 12 tengah hari.

“Dia menghubungi saya dan beritahu nak jumpa kerana mahukan pasportnya. Daripada suaranya, saya pasti dia berdepan masalah.

“Tegar kemudian datang berjumpa saya di kaunter bersama penguat kuasa dan saman yang diterimanya,” katanya.

Ayob mengakui kesalahan yang dilakukan artisnya, namun kesal dengan sikap penguat kuasa mengendalikan kes terbabit yang didakwa langsung tidak mempunyai sikap bertolak-ansur.

“Salah memanglah salah, dan saya tak bermaksud nak bela Tegar. Cuma sebagai seorang remaja dan orang luar, anggota penguat kuasa ini sepatutnya berikan dia peluang dan nasihat, bukannya terus saman.

“Saya bercadang nak bawa perkara ini ke peringkat tertinggi iaitu Menteri Kesihatan kerana kecewa langsung tiada budi bicara daripada mereka.

“Tegar juga mengakui kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji takkan mengulangi lagi perkara ini. Dia memang tak tahu itu zon larangan merokok,” katanya.

Ayob berkata, denda berjumlah RM300 yang perlu dibayar oleh Tegar agak tinggi baginya dalam keadaan tawaran persembahan yang berkurangan.

“Saya keliru dengan kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang mengatakan tiada tindakan undang-undang dikenakan selama enam bulan bagi tujuan mendidik masyarakat.

“Tapi bagaimana pula Tegar dikenakan denda tanpa sebarang nasihat atau amaran,” katanya

sumber : Harian Metro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/01/penyanyi-indonesiategar-didenda-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seluruh Pulau Pinang Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Larangan Merokok

Seluruh Pulau Pinang Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 279 hits
Seluruh Pulau Pinang dalam perancangan untuk diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dalam tempoh 5 tahun Ini adalah perkara yang agak sukar untuk dilakukan namun tidak mustahil untuk direalisasikan andai perancangan yang berkesan diamb...
Tegar Artis Pertama Indonesia Kena Saman Merokok Di Malaysia

Tegar Artis Pertama Indonesia Kena Saman Merokok Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 834 hits
Sapa masih ingat dengan penyanyi kanak kanak Tegar sekarang dia bukan penyanyi kanak kanak dah Dah jadi anak teruna budaknya Sekarang dah masuk kategori penyanyi remaja Katanya baru baru ni datang ke Malaysia nak buat persembahan atas jempu...
23 Kawasan Larangan Merokok

23 Kawasan Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 624 hits
Dengan kenaikan cukai barangan tembakau yang akan pada November 2018 dan larangan di premis makanan yang akan berkuat kuasa pada tahun 2019 nampaknya Malaysia bakal mengikut jejak langkah negara negara jiran Thailand dan Singapura dalam men...
Sabah Kuatkuasa Larangan Merokok Di Restoran 1 Feb 2019

Sabah Kuatkuasa Larangan Merokok Di Restoran 1 Feb 2019

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 420 hits
Kerajaan Negeri Sabah memutuskan pelaksanaan Peraturan peraturan Kawalan Hasil Tembakau pindaan 2018 yang melibatkan larangan merokok di tempat makan akan dilaksanakan bermula 1 Februari 2019 Sabah laksana larangan merokok di restoran 1 Feb...
Tandas Awam Bakal Ada Alat Pengesan Elak Perokok Tegar Jadikan Tandas Awam Sebagai Tempat Melepaskan Gian Merokok

Tandas Awam Bakal Ada Alat Pengesan Elak Perokok Tegar Jadikan Tandas Awam Sebagai Tempat Melepaskan Gian Merokok

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 628 hits
IPOH Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji mekanisme sesuai yang boleh digunakan untuk mengatasi tabiat perokok yang gemar merokok di dalam tandas awam Timbalan Menterinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baha...
Mahkamah Benarkan Perokok Cabar Larangan Merokok

Mahkamah Benarkan Perokok Cabar Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 341 hits
Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak permohonan pemohon untuk menggantung penguatkuasaan larangan merokok
Mencabar Larangan Merokok Perokok Dapat Kebenaran

Mencabar Larangan Merokok Perokok Dapat Kebenaran

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 369 hits
foto oleh Bernama KUALA LUMPUR Tujuh individu bertindak mewakili diri sendiri dan perokok yang menyokong usaha Pro Tem Pertahankan Hak Perokok mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar larangan merokok di ...
Sebab Perokok Patuh Larangan Merokok Di Restoran

Sebab Perokok Patuh Larangan Merokok Di Restoran

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 423 hits
Bermula pada 1 Januari 2019 yang lalu Kementerian Kesihatan Malaysia telah menguatkuasakan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini termasuk restoran bertutup berhawa dingin atau restoran warung berkonsep t...
Mari Lihat Biodata Aiman Tino Penyanyi Lagu Ku Rela Dibenci Yang Popular Di Malaysia Dan Di Indonesia

Mari Lihat Biodata Aiman Tino Penyanyi Lagu Ku Rela Dibenci Yang Popular Di Malaysia Dan Di Indonesia

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 735 hits
Bioadata Aiman Tino Penyanyi Ku Rela Dibenci Siapakah Aiman Tino penyanyi baru yang popular dengan Ku Rela Dibenci Lagu ciptaan bapanya ACK dan lirik oleh Riena serta terbitan Aries Music Production ini telah menjadikan Aiman Tino semakin d...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Persediaan Persekolahan

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida