Mencabar Larangan Merokok Perokok Dapat Kebenaran


    foto oleh Bernama.

KUALA LUMPUR - Tujuh individu bertindak mewakili diri sendiri dan perokok yang menyokong usaha Pro-Tem Pertahankan Hak Perokok mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar larangan merokok di semua premis makan yang dikuat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Januari 2019.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar sebutan bagi permohonan kes berkenaan di hadapannya di sini, hari ini.

Loading...
Bagaimanapun, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang bertindak bagi tujuh individu itu berkata Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemohon untuk menggantung penguatkuasaan larangan merokok dengan alasan mahkamah tidak berhak menggantung keputusan membabitkan operasi perundangan.

Mohamed Haniff Khatri yang ditemui pemberita selepas prosiding berkenaan berkata permohonan penggantungan itu juga tidak relevan kerana KKM telah mengeluarkan arahan bahawa penguatkuasaan akan dilaksanakan selepas enam bulan.

Pada 2 Jan lepas, KKM membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan sebarang kompaun dalam tempoh enam bulan pertama penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan, sebaliknya hanya notis amaran akan dikeluarkan kepada pesalah.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Februari ini untuk pengurusan lanjut kes itu.

Tujuh individu itu ialah Mohd Hanizam Yunus, 52, Zulkifli Mohamad, 56, Mohd Laisani Dollah, 46, Mohd Sufian Awaludin, 35, Ridzuan Muhammad Noor, 52, Mohd Yazid Mohd Yunus, 48, dan Yuri Azhar Abdollah, 39, yang telah memfailkan permohonan secara ex-parte atau sebelah pihak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui pemfailan e-filing, menerusi Tetuan Haniff Khatri.

Dalam permohonan itu, kesemua pemohon yang bertindak mewakili diri sendiri dan perokok yang menyokong usaha Pro-Tem Pertahankan Hak Perokok menamakan KKM sebagai responden.

Dalam permohonan itu, pemohon menyatakan bahawa larangan merokok itu bertentangan Perlembagaan Persekutuan kerana ia bukan aktiviti jenayah dan aktiviti terbabit sah daripada segi undang-undang yang dijamin perlembagaan.

Menurut mereka, perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makan.

Rakyat Malaysia yang merokok secara konstruktifnya diketepi dan didiskriminasi daripada mengunjungi serta menikmati kemudahan di premis makan melalui larangan merokok. Ia bertentangan dengan peruntukan dan prinsip undang-undang dan salah prosedur kerana responden tidak pernah berjumpa perokok atau pihak berkepentingan bagi membincangkan penguatkuasaan larangan.

Selain itu, kata mereka, kerajaan juga tidak memperuntukkan kemudahan kawasan merokok yang terasing atau memberi peruntukan untuk pengusaha premis makan melaksanakan budi bicara masing-masing untuk mengadakan kawasan merokok asing.


Oleh yang demikian, mereka memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan kementerian dan memohon perisytiharan bahawa keputusan penguatkuasaan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga memohon perintah larangan bagi menghalang responden sama ada melalui dirinya sendiri atau ejen atau wakil daripada menguatkuasakan larangan berkenaan.

KKM mengeluarkan arahan merokok di semua restoran dan premis makan berkuat kuasa 1 Jan 2019 melibatkan semua premis makanan seperti restoran tertutup, berhawa dingin dan warung konsep terbuka.

KKM diwakili Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/mencabar-larangan-merokok-perokok-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Benarkan Perokok Cabar Larangan Merokok

Mahkamah Benarkan Perokok Cabar Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 379 hits
Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak permohonan pemohon untuk menggantung penguatkuasaan larangan merokok
Sebab Perokok Patuh Larangan Merokok Di Restoran

Sebab Perokok Patuh Larangan Merokok Di Restoran

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 435 hits
Bermula pada 1 Januari 2019 yang lalu Kementerian Kesihatan Malaysia telah menguatkuasakan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini termasuk restoran bertutup berhawa dingin atau restoran warung berkonsep t...
Tandas Awam Bakal Ada Alat Pengesan Elak Perokok Tegar Jadikan Tandas Awam Sebagai Tempat Melepaskan Gian Merokok

Tandas Awam Bakal Ada Alat Pengesan Elak Perokok Tegar Jadikan Tandas Awam Sebagai Tempat Melepaskan Gian Merokok

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 643 hits
IPOH Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji mekanisme sesuai yang boleh digunakan untuk mengatasi tabiat perokok yang gemar merokok di dalam tandas awam Timbalan Menterinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baha...
Merokok Soalan Wajib Jawab Untuk Perokok

Merokok Soalan Wajib Jawab Untuk Perokok

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 407 hits
Merokok Anda boleh menentukan kebergantungan anda kepada tembakau dengan menjawab soalan soalan di bawah Status kebergantungan Ujian Modifikasi Fagerstrom untuk kebergantungan nikotin Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas an...
Seluruh Pulau Pinang Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Larangan Merokok

Seluruh Pulau Pinang Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 293 hits
Seluruh Pulau Pinang dalam perancangan untuk diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dalam tempoh 5 tahun Ini adalah perkara yang agak sukar untuk dilakukan namun tidak mustahil untuk direalisasikan andai perancangan yang berkesan diamb...
23 Kawasan Larangan Merokok

23 Kawasan Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 641 hits
Dengan kenaikan cukai barangan tembakau yang akan pada November 2018 dan larangan di premis makanan yang akan berkuat kuasa pada tahun 2019 nampaknya Malaysia bakal mengikut jejak langkah negara negara jiran Thailand dan Singapura dalam men...
Penyanyi Indonesia Tegar Didenda Kerana Merokok Di Kawasan Larangan

Penyanyi Indonesia Tegar Didenda Kerana Merokok Di Kawasan Larangan

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 532 hits
Penyanyi remaja dari Indonesia Tegar Septian yang popular menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang menjadi artis luar negara pertama yang didenda kerana merokok di kawasan tidak dibenarkan Pengurusnya di Malaysia Ayob Abd Majid be...
Alat Pengesan Asap Dalam Tandas Untuk Mengatasi Tabiat Perokok Tegar Kata Timbalan Menteri Hancing Viral

Alat Pengesan Asap Dalam Tandas Untuk Mengatasi Tabiat Perokok Tegar Kata Timbalan Menteri Hancing Viral

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 740 hits
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji mekanisme sesuai yang boleh digunakan untuk mengatasi tabiat perokok yang gemar merokok di dalam tandas awam Timbalan Menterinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddi...
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh