Penyakit Tibi Bahaya Atau Tidak


Assalamualaikum. Hai



Dalam kita duk risau dan berjaga-jaga dengan virus covid, sebenarnya ada juga penyakit berjangkit lain yang virusnya masih aktif mencari mangsa. Haaa, begitulah kehidupan. Di mana-mana je pun ada macam-macam risiko dijangkiti pelbagai penyakit bawaan virus dan bakteria yang ada di sekeliling kita. Inilah salah satu ujian dari Allah


Semalam, CikSha sekeluarga pergi check up kali keempat dan alhamdulillah yang terakhir untuk saringan kontak tibi. Syukur kami semua dah diberi discaj oleh doktor. Dah tak perlu pergi check up susulan lagi. Keempat-empat saringan yang kami lalui, alhamdulillah semuanya takda tanda-tanda dijangkiti. Syukur. 

Kad khas untuk pemeriksaan berkala kontak tibi

Macam mana kami boleh jadi kontak tibi? 

Semuanya ujian dari Allah. Tak boleh nak salahkan sesiapa. Kalau dah Allah nak turunkan penyakit tu pada hambaNya yang dikehendaki, maka begitulah yang terjadi. Jadi, kena redha dan usaha lah untuk dapatkan rawatan sebaiknya. 

Kes nya anak sedara CikSha yang kena. Hujung tahun 2018 kalau tak salah. Masa tu umur dia 3 tahun. Dia demam selsema dan batuk berkahak dah seminggu. Mulanya parents dia tak bercadang nak bawa klinik. Ingatkan demam batuk selsema biasa, jadi nak bagi makan ubat demam dan batuk selsema sendiri yang beli dari farmasi. Bebudak kan? Biasa la kalau demam selsema kekadang tu


Tapi satu hari tu, seharian dia muntah sesaja. Muntah sampai keluar air hijau sebab perut kosong. Memang dia tak makan apa-apa. Susu pun tak sangat. Sampai lembik la budaknya. Mulanya mak dia (biras CikSha) berkeras juga takmau bawa pi hospital. Sebab masih fikir takda apa-apa. Katanya biasa dah anaknya kalau demam jadi camtu. 

Tapi, CikSha, kakak ipar dan mertua memang paksa la suruh bawak pergi kecemasan. Mahunya kami tak susah hati jugak tengok. Dah tinggal serumah dengan kami. Kakak ipar pulak nurse. CikSha ni jenisnya apa-apa berkaitan anak semua nak rujuk doktor. Hihi. Memang kena paksa la. 

Akhirnya parents dia ikut jugak saranan kami bawa ke bahagian kecemasan. Kena tahan wad. Doktor buat apa yang sepatutnya la. Ambil darah, kahak semua tu. Demam selsema kan. Bila dapat result, rupanya anak sedara CikSha tu positif tibi. 

Haa, bila dah positif tibi ni, memang laju la pihak hospital buat kerja. Anak sedara kena kuarantin 2 minggu kat bilik isolasi hospital. Pegawai dari hospital datang rumah ambil maklumat kami semua yang tinggal serumah dengan anak sedara. Kena pergi buat saringan secepatnya untuk trace anak sedara dapat jangkitan dari mana dan adakah kami semua dah dijangkiti juga. Itu yang kami jadi kontak tibi tu


Notis yang kami dapat dari pegawai perubatan yang datang ke rumah

Rawatan yang diterima

Macam yang CikSha bagitau tadi, anak sedara kena kuarantin di hospital 2 minggu. Lepas 2 minggu dia dibenarkan balik dan teruskan rawatan dengan pengambilan ubat secara pantauan dari Klinik Kesihatan yang terdekat. Setiap hari dia kena pergi ke Klinik Kesihatan untuk makan ubat selama 2 bulan. 

Lepas 2 bulan, pengambilan ubat diteruskan lagi tapi tak perlu dah pergi ke Klinik Kesihatan setiap hari. Pihak klinik bekalkan ubatan untuk makan di rumah. Kena disiplin la makan sebab dah takda nurse yang pantau. Parents yang kena take over selama 4 bulan. Tapi setiap 2 minggu kena pergi buat report dan ambil bekalan ubat baru di Klinik Kesihatan. 

6 bulan jugak la tempoh rawatan dan pengambilan ubat yang anak sedara CikSha kena hadap. Kesian tengok kena paksa makan ubat. Budak kan, biasa la tu kalau liat nak makan ubat. Sekarang alhamdulillah dia dah sembuh dah. Takda dah kuman tibi kat paru-paru dia. 

Untuk kami yang jadi kontak tibi ni, kena hadap check up selama 2 tahun sebanyak 4 kali. Kali pertama kena saring, semua kena buat xray dan cucuk mantoux. Alhamdulillah semua takda tanda jangkitan. Cuma kena buat check up berkala lagi 3 kali. Sebab menurut kata doktor, kuman tibi ni cerdik. Kadang dia dah ada dalam badan yang dijangkiti. Tapi dia 'tidur'. Maka, kami semua akurlah untuk teruskan pemeriksaan berkala tu


2 bulan seterusnya kami kena check up untuk kali kedua. Masa ni doktor cuma pantau saja kalau ada simptom macam selsema, batuk berkahak, demam, susut berat badan. Alhamdulillah semua 'lepas' juga. CikSha siap kena 'perli'. Doktor kata kalau berat makin naik camni memang takdanya jangkit kuman tibi. Hahaha. Hantu betoi doktor ni


Lepas tu 6 bulan berikutnya kami perlu hadir untuk check up yang ketiga. Prosedur yang sama dengan check up kali kedua sebelum ni. Syukur semuanya tiada juga sebarang tanda jangkitan. Jadi, kami diberi tarikh pemeriksaan seterusnya untuk setahun lagi. 

Dan semalam lah, check up kali keempat yang kami kena hadap. Kali keempat ni semua kena buat xray sekali lagi untuk tengok kondisi paru-paru. CikSha je dapat pengecualian sebab mengandung. Tapi alhamdulillah semua pun ok dan doktor dah discaj kami semua semalam. Syukur


Oh ya, untuk kontak tibi memang akan kena pemeriksaan berkala sebanyak 4 kali tau. Pergilah. Ikut je jadual dan tarikh pemeriksaan yang diberi. Ye. Memang leceh nak ingat tarikh temujanji kena pergi klinik kesihatan. Tapi demi kesihatan, pergilah. Tak menyusahkan pun


Suntikan Mantoux yang macam ni la kami sekeluarga kena selain xray di dada untuk tengok paru-paru. (Gambar sumber Harian Metro.) 

Tibi tu apa? Bahaya ke tidak?

Tibi ni sejenis penyakit berjangkit yang tersebar melalui udara. Sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium Tuberculosis la yang menyebabkan terjadinya penyakit tibi ni. Kalau dapat rawatan yang sepatutnya dari awal, insyaAllah tak bahaya dan boleh sembuh. Tapi, kalau tak dapat rawatan memang boleh membawa maut. 

Ada beberapa jenis penyakit tibi sebenarnya tau. Bukan tibi paru-paru saja. Ada tibi tulang, tibi otak. Kuman tibi boleh merebak ke organ kalau dia dah ada dalam badan tau. Jangan buat main. Sebab tu kena segera dapatkan rawatan pada yang dah dijangkiti. Yang jadi kontak rapat pada pesakit tibi pun kena juga pastikan diri buat saringan. Pergi je. Tak perlu takut pun. Kalau dijangkiti, boleh dapat rawatan dari awal. Kalau tak dijangkiti, syukur alhamdulillah. 

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Tanda-tanda dijangkiti tibi

Kadang-kadang susah nak jangka samada dah dijangkiti tibi ke tidak. Sebab kebanyakan kita sangka, demam selsema batuk berkahak tu benda biasa ja. 

Jadi kena ingat yang ni. Kalau dah demam lebih dari 2 minggu, ada batuk berkahak yang sampai keluar darah, sakit dada bila batuk atau tarik nafas, kurang selera makan dan berat makin susut, pergilah buat pemeriksaan kesihatan. Maklumkan dengan jujur semua simptom tu pada pegawai kesihatan. InsyaAllah rawatan yang lebih terperinci akan diberi. 

Jangan takut. Tanggungjawab kita untuk pastikan kesihatan kita sendiri dalam keadaan yang baik. Kita pun kena 'jaga' kesihatan orang terdekat dengan kita macam ahli keluarga terutamanya. Tambah-tambah kalau ada yang berisiko tinggi mudah terkena jangkitan macam yang imun rendah, ada sakit kronik darah tinggi atau kencing manis dan warga emas. 

Tanggungjawab bersama untuk ambil tahu tentang tibi

Begitulah kisahnya keluarga kami kena buat saringan dan pemeriksaan berkala untuk penyakit tibi. Alhamdulillah Allah lindung semuanya. Maklum la risiko jugak sebab kat rumah ada warga tua dengan sakit kronik dan anak-anak yang masih kecil. Syukur dah boleh discaj selepas 2 tahun pemeriksaan berkala. 

Anak sedara CikSha pun nampak sihat dah. Takde dah selalu demam selsema dan batuk macam dedulu. CikSha memang perasan dulu kerap sangat dia kena demam selsema batuk. Boleh kata selang seminggu setiap bulan mesti demam selsema dan batuk. Sebelum duduk serumah dengan kami lagi. 

Sekarang depa sekeluarga dah pindah rumah sewa baru dan tinggal sendiri. Sekali sekala ada la datang rumah menjenguk. Memang nampak beza kesihatan dia. Alhamdulillah. Punca dia dijangkiti tibi, kami pun tak tahu. Tak tanya pada parents dia apa yang doktor maklumkan. Takpa la. Janji dia dah sihat. Itu yang paling penting. 


Bisik-bisik : Tanggungjawab kita untuk cakna kesihatan bersama.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2021/01/penyakit-tibi-bahaya-atau-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Bahaya Daging Haram Atau Gaji Haram

Mana Bahaya Daging Haram Atau Gaji Haram

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 239 hits
Semua orang pakat resah pasal kartel daging haram Seolah olah termakan daging haram ini satu Dosa yang amat besar Tak payah risau lah Kalau termakan pun Konsep Dosa ni hatta seseorang Jahil hatta tidak sedar terlupa akan kesalahan dia Ianya...
Facebook Kini Mengutamakan Artikel Yang Dihasilkan Sendiri Atau Analisa Pada News Feed

Facebook Kini Mengutamakan Artikel Yang Dihasilkan Sendiri Atau Analisa Pada News Feed

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 264 hits
Facebook sedia mengurangkan paparan daripada Facebook Pages sebelum ini dan kini gergasi media sosial berkenaan turut melakukan satu lagi perubahan kepada algoritma News Feed mereka Bermula hari ini Facebook akan mula mengutamakan artikel b...
Lelaki Atau Perempuan Tetap L Dan A Bakal Bersalin Februari Ini Scha Awal Sudah Persiapkan Nama Baby

Lelaki Atau Perempuan Tetap L Dan A Bakal Bersalin Februari Ini Scha Awal Sudah Persiapkan Nama Baby

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 345 hits
Langkah selebriti yang satu ini sentiasa menjadi perhatian Terkenal dengan penampilannya yang sentiasa cantik dan kebijaksanaannya mengadunkan gaya Scha Al Yahya tidak pernah kalah dalam bergaya biarpun kini sedang sarat hamil anak keduanya...
Darurat Untuk Bendung Covid Atau Selamatkan Muhyiddin

Darurat Untuk Bendung Covid Atau Selamatkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 291 hits
Pengumuman PKP 2 0 dan pengisytiharan darurat telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Meskipun PKP 2 0 dianggap ada asasnya kerana kes positif Covid 19 yang mencanak namun apa kaitannya dengan pengisytiharan darurat Saya tid...
Pilih Laptop Atau Komputer Pc Ini Kelebihan Dan Kekurangannya

Pilih Laptop Atau Komputer Pc Ini Kelebihan Dan Kekurangannya

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 304 hits
Gambar akshatblogLaptop atau Komputer termasuk jenis perangkat multimedia yang dapat digunakan oleh setiap manusia untuk memenuhi kebutuhan sehari hari Saat pertama kali Komputer dirancang Komputer hanya berfungsi sebagai alat komunikasi sa...
6 Cara Membuat Pahala Melalui Facebook Atau Laman Sosial Lain

6 Cara Membuat Pahala Melalui Facebook Atau Laman Sosial Lain

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 397 hits
6 Cara Membuat Pahala Melalui Facebook di mana ada laptop dan internet di situ ada Facebook Begitulah hebatnya fenomena Facebook yang melanda dunia hari ini Beberapa tahun lepas sewaktu saya Klik link untuk bacaan selanjutnya
Anwar Atau Zahid Perlu Ketuai Mp Mengadap Agong Jika Benar Muhyiddin Hilang Majoriti

Anwar Atau Zahid Perlu Ketuai Mp Mengadap Agong Jika Benar Muhyiddin Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 319 hits
Janganlah mengharap dan saran biden mengadap Agong Kerusi PM takkan datang bergolek dan Jangan asyik tuding jari salahkan orang lain kononnya menghalang sedangkan sendiri lembab By the way Zahid dah istihar belum tarik sokongan pd Muhyiddin...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy