Penyakit Kulit Yang Biasa Namun Bahaya Jika Terjadi Kepada Kanak Kanak


Kadangkala, akan timbul ruam yang berwarna kemerah-merahan pada kulit kanak-kanak. Ia mungkin menunjukkan bahawa anak anda mengalami penyakit kulit. Ia mungkin biasa, namun bahaya jika tidak dirawat dengan cepat!
Untuk pengetahuan para ibu bapa di luar sana, kebanyakan penyakit kulit sebenarnya boleh dirawat bergantung kepada jenis penyakit yang dialami oleh si manja anda.

Persoalannya, apa jenis penyakit yang biasa dan bahaya ini?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit kulit yang biasa namun bahaya jika terjadi kepada kanak-kanak.
Contoh penyakit kulit kanak-kanak yang biasa namun bahaya!
Sudah menjadi satu kepercayaan atau kebiasaan bagi ibu bapa, jika timbul apa-apa yang pelik pada kulit mesti mereka akan mengatakan ia adalah ruam yang normal dan boleh dirawat dengan menabur bedak sahaja.
Tidak! ibu bapa sewajarnya tidak menyangka kesemua penyakit kulit adalah ruam dengan sewenangnya. Ini kerana terdapat banyak lagi contoh penyakit kulit kanak-kanak yang biasa terjadi namun bahaya, antaranya:
#1. Cacar air
Cacar Air
Cacar air atau chicken pox adalah sejenis penyakit yang boleh berjangkit. Kebanyakan kanak-kanak sebenarnya akan mengalami penyakit ini sekali seumur hidup mereka.
Ia kebiasaannya akan bermula dengan bintik merah pada muka, telinga dan dada kemudian mula merebak ke keseluruhan badan. Sekali anak anda sudah mengalaminya, mereka akan mendapatkan imunisasi daripadanya dan selalunya tidak akan lagi dijangkiti.
Cacar air mungkin boleh dirawat di rumah sahaja. Rawatannya adalah bertujuan mengurangkan simptom seperti demam dan gatal-gatal pada badan.
Ini boleh dilakukan dengan bantuan ubat-ubatan seperti paracetamol dan losyen calamine. Ia juga adalah sejenis penyakit yang boleh dilawan dengan suntikan vaksin.
#2. Kurap
KURAP
Kurap atau ringworm adalah disebabkan oleh infeksi kuman yang hidup pada kulit mati, rambut dan kuku anda. Jika anak anda mengalaminya, anda akan lihat kurap tersebut berbentuk seakan-akan cincin dan berwarna kemerah-merahan.
Ia juga akan mendatangkan kegatalan dan kesakitan. Kurap selalunya akan tumbuh pada keseluruhan kulit badan. Kurap pada kepala pula boleh mengakibatkan keguguran rambut.
Anak anda mungkin akan dijangkiti kurap apabila bersentuhan dengan individu atau haiwan yang mempunyainya. Ia juga boleh berjangkit jika anda berkongsi tuala dengan individu yang mengalami kurap pada badan.
Kurap boleh dirawat dengan ubat melawan kuman. Jika mereka mengalami masalah keguguran rambut, syampu khas akan disyorkan.
#3. Penyakit dermatitis
penyakit kulit
Dermatitis akan berlaku jika anak anda bersentuhan dengan bahan kimia yang tertentu lalu menyebabkan reaksi kulit seperti alahan.
Mereka mungkin boleh mengalaminya jika mereka sebenarnya alah kepada sesuatu seperti sabun, losen, minyak wangi, besi, lateks, kosmetik atau ubat-ubatan.
Simptom dermatitis ini adalah berbeza mengikut individu namun yang paling biasa adalah kegatalan, kekeringan, kebengkakan, kesakitan dan pendarahan pada kulit terutamanya pada kawasan kulit yang terjangkiti.
Sekiranya ia berlaku pada anak anda, segera bawa mereka berjumpa doktor. Rawatan pula akan diberi bergantung kepada kondisi kesihatan dan usia anak anda.
Antara rawatan yang akan dilakukan adalah mencuci kulit anak anda dan menyapu krim atau ubat-ubatan pada kawasan yang dijangkiti menggunakan kain yang lembut untuk melegakan simptom-simptom dermatitis.
#4. Penyakit kaki, tangan dan mulut
HFMD
Penyakit yang berbahaya ini akan bermula dengan ulser dalam mulut dan bintik-bintik pada tapak tangan dan tapak kaki penderita. Anda juga boleh perasan kewujudan ketulan berair pada punggung dan kaki.
Kondisi ini kerap berlaku kepada kanak-kanak dan boleh merebak melalui batuk, bersin atau sentuhan terus kepada ketulan berair tersebut. Malangnya, masih tidak terdapat penawar bagi penyakit ini.
Jika anak anda disyaki dijangkiti penyakit ini, kuarantinkan mereka di rumah sehingga mereka sembuh. Ia mungkin mengambil masa sekitar 10 hari.
Antara rawatan di rumah yang boleh dilakukan adalah memberikan ubat-ubatan seperti paracetamol dan ibuprofen selain galakkan anak anda minum air dengan banyak.
#5. Penyakit ekzema
penyakit kulit
Antara penyakit kulit yang biasa dan popular dialami oleh kanak-kanak adalah ekzema. Ekzema adalah kondisi kulit yang kekal dalam jangka masa yang panjang.
Jika anak anda mengalaminya, kulit mereka akan berubah kemerah-merahan, gatal dan kering. Antara jenis ekzema yang biasa berlaku adalah ekzema atopik.
Ekzema jenis ini mampu untuk kekal menjangkiti kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa. Pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar ia berlaku.
Pun begitu, kajian terbaharu mengatakan ia adalah disebabkan oleh alahan sama seperti dermatitis.
Kesimpulannya, penyakit kulit memang banyak terjadi kepada kanak-kanak. Ia mungkin biasa namun bahaya jika tidak dirawat dengan kadar segera.
Jadi, sila rujuk kepada doktor bagi mendapatkan rawatan untuk si manja anda sekiranya tumbuh apa-apa yang pelik pada kulit mereka.
Sumber: Hello Doktor
The post Penyakit Kulit Yang Biasa Namun Bahaya Jika Terjadi Kepada Kanak-kanak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/penyakit-kulit-yang-biasa-namun-bahaya-jika-terjadi-kepada-kanak-kanak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Penyakit Skizofrenia Gangguan Mental Yang Kronik Namun Boleh Disembuhkan

Bahaya Penyakit Skizofrenia Gangguan Mental Yang Kronik Namun Boleh Disembuhkan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 443 hits
Penyakit skizofrenia dikategorikan sebagai gangguan mental kronik yang menyebabkan perubahan dalam tingkah laku pemikiran ingatan pertuturan pemikiran dan juga pergerakan berbeza dengan dan kemurungan Gambar hiasan Penyakit ini menyebabkan ...
9 Jenis Penyakit Kulit Beserta Cara Mencegahnya Selama Banjir Melanda

9 Jenis Penyakit Kulit Beserta Cara Mencegahnya Selama Banjir Melanda

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 217 hits
Penyakit kulit bisa muncul kapan saja namun lebih berisiko pada musim penghujan dan ketika banjir melanda
Goongbe Jenama Penjagaan Kulit Untuk Bayi Dan Kanak Kanak

Goongbe Jenama Penjagaan Kulit Untuk Bayi Dan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 363 hits
Assalamualaikum Memperkenalkan set penjagaan kulit untuk bayi dan kanak kanak dari Korea Goongbe adalah jenama penjagaan kulit semula jadi premium yang telah diuji secara dermatologi dan menjadi pilihan penggunanya sejak tahun 2008 GOONGBE ...
Lapangan Terbang Di Hong Hong Paling Bahaya Di Dunia

Lapangan Terbang Di Hong Hong Paling Bahaya Di Dunia

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 401 hits
Selepas beroperasi selama 73 tahun di lapangan terbang Kai Tak Hongkong telah ditutup pada tahun 1998 dan diubah menjadi pelabuhan untuk kapal kapal Sebelum ditutup lapangan terbang Kai Tak dinobatkan sebagai lapangan terbang paling berbaha...
Awas Bahan Bahaya Dalam Ubat Kuat

Awas Bahan Bahaya Dalam Ubat Kuat

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 468 hits
Ramai lelaki berdepan masalah tenaga batin Untuk mengatasi masalah tersebut lalu dilakukan jalan pintas dengan mengambil atau mengamalkan makan ubat kuat atau ubat tenaga batin Perlu diingatkan pengambilan ubat kuat untuk mengatasi masalah ...
Pemfitnah Kepanasan Namun Sudah Terlambat Laporan Polis Telah Dibuat

Pemfitnah Kepanasan Namun Sudah Terlambat Laporan Polis Telah Dibuat

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 268 hits
Ini posting beliau yang menggunakan nama Amy Ameida Laporan polis telah dibuat keatas beliau tengok dia mula gelabah dan mohon maaf Kita boleh berbeza pendapat Tetapi fakta tidak boleh diubah dan difitnah tetapi nak buat macamana kerana pim...
Menikah Lebih Dari Sekali Ternyata Bagus Untuk Wanita Namun Tidak Untuk Pria Lho Kok Bisa

Menikah Lebih Dari Sekali Ternyata Bagus Untuk Wanita Namun Tidak Untuk Pria Lho Kok Bisa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 244 hits
Menikah Lebih Dari Sekali Ternyata Bagus untuk Wanita Namun Tidak Untuk Pria Lho Kok Bisa apakah kalian perempuan yang sudah sempat menikah lebih dari sekali hingga beruntunglah kalian karna bagi peneliatian terkini perempuan yang menikah l...
Suami Prank Isteri Menyuruh Rakan Menggoda Isterinya Sehingga Ke Bilik Namun Lihat Apa Yang Terjadi Selepas Itu

Suami Prank Isteri Menyuruh Rakan Menggoda Isterinya Sehingga Ke Bilik Namun Lihat Apa Yang Terjadi Selepas Itu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 441 hits
Kes penceraian yang disebabkan 0leh kecurangan semakin menjadi jadi Terlalu banyak kes dalam simpanan fail rujukan kami dari kes yang melibatkan artis melibatkan ahli perniagaan melibatkan para pemimpin negara bahkan juga pasangan biasa Kal...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah