Penyakit Angin Pasang Kanak Kanak Lelaki Perempuan Boleh Kena Jangan Urut Sembarangan


Hernia atau lebih sinonim dengan penyakit angin pasang adalah gangguan masalah kesihatan melibatkan penonjolan keluar organ atau tisu lembut melalui bukaan otot lemah pada bahagian abdomen. Hernia kelihatan seperti benjolan kecil pada kulit.
Keadaan ini berlaku kerana kelemahan otot perut dan boleh berkembang dalam beberapa bulan selepas bayi dilahirkan.

Tanda angin pasang bayi lelaki dan perempuan:
Hernia yang paling biasa pada bayi dan kanak-kanak adalah hernia inguinal dan umbilical.
Hernia inguinal
Terjadi pada bahagian pangkal paha. Ia boleh berkembang sebagai benjolan kecil pada pangkal paha atau memanjang dalam skrotum atau labia.
Selalunya bayi dan kanak-kanak akan mengalami hernia jenis ini, terutamanya bayi pramatang. Tanda angin pasang bayi lelaki ini lebih kerap terjadi berbanding kepada bayi perempuan.
Hernia umbilikal
Hernia pada pusat ini berlaku kerana kelemahan atau bukaan pada bahagian otot abdomen sekitar pusat di bawah kulit. Usus kecil mungkin menjulur keluar melaluinya,
Biasanya benjolan ini akan jelas kelihatan apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.
Risiko kes hernia adalah lima kali ganda pada anak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan kerana fisiologi terutama bahagian genital lelaki yang lebih memiliki hubungan atau fungsi rapat dengan bahagian sarung atau selaput terbabit.  Selain itu, bayi pramatang juga lebih berisiko untuk menghadapi masalah terbabit.

Bayi pramatang
Ini kerana dinding otot dalam perut belum berkembang sepenuhnya.
Bayi lelaki
Ini kerana hernia mudah terbentuk pada ruang di mana testis turun. Benjolan pada skrotum merupakan paling biasa terjadi.
Ia terjadi jika laluan antara skrotum dan perut tidak tertutup semasa tumbesaran bayi di dalam rahim.
Benjolan mungkin tidak kelihatan sepanjang masa sebaliknya hanya apabila si manja meneran, menangis, menyusu atau membuang air besar.

Tanda angin pasang bayi lelaki dan perempuan. Antara simptom angin pasang pada bayi adalah:
*Benjolan atau bengkak berhampiran pangkal paha atau pusat
*Sakit atau kelembutan (tenderness) sekitar pangkal paha
*Tangisan atau meragam yang tidak dapat dikenal pasti puncanya
*Benjolan yang kelihatan semakin besar semasa meneran, menangis atau batuk
Dalam kebanyakan kes, masalah angin pasang yang dialami bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi kesihatan serius jika tidak dirawat. Jadi penting untuk ibu bapa membawa si kecil melakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik jika wujud sebarang tanda hernia.
Boleh sembuh atau tidak? 
Hernia umbilikal akan tertutup sendiri dalam masa satu atau dua tahun selepas kelahiran. Untuk hernia kecil – bersaiz kurang daripada satu setengah inci – 85% daripadanya mungkin akan tertutup tanpa pembedahan.
Jika bukaan besar dan kekal terbuka melebihi usia 2 tahun atau wujud komplikasi, ia perlu dirawat dengan pembedahan.
Hernia inguinal tidak akan hilang dan mempunyai risiko berkembang sebagai hernia terbelit (strangulated hernia). Risiko komplikasinya adalah lebih tinggi berbanding hernia umbilikal.

Kesan jangka panjang
Sebaik sahaja hernia hilang atau dirawat, kebanyakan bayi tidak mempunyai kesan sampingan yang berpanjangan.
Tetapi jika berlaku hernia terbelit dan bekalan darah terputus, ia boleh menyebabkan kerosakan pada usus atau zakar.
Cara merawat tanda angin pasang pada bayi
Pilihan rawatan bergantung kepada jenis hernia:
*Hernia inguinal. Biasanya diatasi dengan pembedahan
*Hernia umbilikal. Ia mungkin akan menjadi kecil dari masa ke masa
*Hernia terbelit. Mesti dirawat segera dengan pembedahan
Terdapat dua teknik yang digunakan dalam pembedahan hernia untuk bayi:
*Pembedahan terbuka memerlukan hirisan kecil sama ada di bawah atau melalui pusat untuk hernia umbilikal. Untuk hernia inguinal, hirisan kecil dibuat di pangkal paha, biasanya di sepanjang lipatan kulit semula jadi
*Pembedahan laparoskopi memerlukan beberapa hirisan kecil di perut dan pangkal paha
Ibu bapa perlu lebih peka dan prihatin dengan perubahan anak terutama jika anak meragam dan meneran kesakitan. Elak bergantung kepada pendapat orang lain selain pakar perubatan.
Sumber: Hello Doktor 
Baca artikel lain: 
Baby Hampir Kena Buat Surgery Dua-Dua Anak Lelaki Kena Angin Pasang, Isteri PU Abu Kongsi Pengalaman
Bukan Isteri Saja, Rupanya Suami Pun Boleh Buat Senaman Kegel, Kuatkan Rahim Elak Angin Pasang!
Anak Tak Selesa, Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan, Angin Pasang Boleh Undang Bahaya!
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
The post Penyakit Angin Pasang, Kanak-kanak Lelaki & Perempuan Boleh Kena, Jangan Urut Sembarangan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/penyakit-angin-pasang-kanak-kanak-lelaki-perempuan-boleh-kena-jangan-urut-sembarangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Tengking Aku Bodoh Tak Cantik Macam Perempuan Lain Katanya Tak Selera Dengan Aku Sepanjang Masa Bau Minyak Angin

Suami Tengking Aku Bodoh Tak Cantik Macam Perempuan Lain Katanya Tak Selera Dengan Aku Sepanjang Masa Bau Minyak Angin

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum Dah lama aku nak ceritakan kisah aku di sini tapi aku risau ramai orang dekat luar sana akan takut nak berpasangan kahwin dan sebagainya So aku rasa baik juga aku cerita dekat sini supaya mana mana yang sedang berpasangan da...
Kanak Kanak 2 Tahun Menderita Penyakit Gangrene Jari Bertukar Hitam Tunggu Masa Potong

Kanak Kanak 2 Tahun Menderita Penyakit Gangrene Jari Bertukar Hitam Tunggu Masa Potong

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 137 hits
Ibu dan ayah mana yang sanggup melihat anaknya menderita Lebih lebih bila anak mengalami masalah yang jarang jarang dialami oleh kanak kanak lain Sepasang suami isteri terpaksa reda dengan perkembangan terkini anak mereka yang menderita pen...
Jangan Takut Ini Tips Aman Cabut Gigi Geraham Bungsu Yang Wajib Anda Tahu

Jangan Takut Ini Tips Aman Cabut Gigi Geraham Bungsu Yang Wajib Anda Tahu

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 215 hits
Agar proses pencabutan gigi bungsu lancar pasien perlu mengikuti seluruh instruksi yang diberikan dokter
Hannah Yeoh Jangan Berdiam Diri

Hannah Yeoh Jangan Berdiam Diri

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 176 hits
HANNAH YEOH JANGAN BERDIAM DIRI KELUARKANLAH SUARAMU Sejak timbul isu berkaitan syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh memperolehi kontrak pengangkutan dengan kerajaan negeri Selangor paling dirindui tentunya ialah komen daripada Menteri ...
Jangan Guna Senjata Barat Serang Russia Putin

Jangan Guna Senjata Barat Serang Russia Putin

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 125 hits
MOSCOW Presiden Russia Vladimir Putin memberi amaran anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara di Eropah sengaja bermain api dengan cadangan membenarkan Ukraine menggunakan senjata Barat untuk menyerang jauh ke dalam negaranya Selepas le...
Rieke Dukung Kejagung Usut Tuntas Kasus Korupsi Timah Jangan Hanya Swasta Yang Disasar

Rieke Dukung Kejagung Usut Tuntas Kasus Korupsi Timah Jangan Hanya Swasta Yang Disasar

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 134 hits
Hal ini lantaran adanya dugaan keterlibatan pihak lain selain PT Timah Tbk dan swasta
Buka Ijtima Ulama Komisi Fatwa Wapres Tanggung Jawab Ulama Menjaga Negara Jangan Sampai Menyimpang

Buka Ijtima Ulama Komisi Fatwa Wapres Tanggung Jawab Ulama Menjaga Negara Jangan Sampai Menyimpang

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 222 hits
Menurut Ma ruf Ijtima Ulama menjawab masalah yang dihadapi umat dan rutin digelar tiga tahun sekali
Pesan Tegas Jenderal Bintang Tiga Tni Kepada Komandan Satuan Jangan Hanya Beri Perintah Ke Prajurit

Pesan Tegas Jenderal Bintang Tiga Tni Kepada Komandan Satuan Jangan Hanya Beri Perintah Ke Prajurit

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 227 hits
Panglima Kostrad Letjen TNI Muhammad Saleh Mustafa meminta para komandan satuan untuk memberikan teladan kepada pasukannya
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It