Penurunan Opr Kurangkan Tekanan Aliran Tunai Bagi Perniagaan Kos Pinjaman


Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas kepada 2.00 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM), paras terendahnya sejak krisis kewangan global pada pertengahan 2007-awal 2009,  telah dijangkakan oleh banyak pihak memandangkan potensi impak ekonomi daripada COVID-19.
Penganalisis Kanan MIDF Research Imran Yassin Md Yusof berkata ini akan mengurangkan kos pinjaman dan menjadikan pinjaman sedia ada lebih murah.
“Pada pandangan kami, tujuan pengurangan OPR itu adalah bagi memastikan lebih banyak pendapatan boleh guna kepada pengguna dan mengurangkan tekanan aliran tunai bagi perniagaan serta mempercepatkan pertumbuhan pinjaman.
“Dengan kos pinjaman rendah, pengguna akan kurang membayar bagi pinjaman mereka yang akan membawa kepada lebih banyak pendapatan boleh guna. Diharapkan pendapatan tambahan ini akan menarik pengguna untuk berbelanja, yang mana merupakan faktor penting bagi merancakkan semula ekonomi,” katanya kepada Bernama.
Mengenai perkembangan lain, beliau berkata bank pusat juga melonggarkan syarat bagi Keperluan Rizab Berkanun (SRR) yang dipercayai bagi memastikan mudah tunai mencukupi dan kemungkinan sekali lagi untuk merancakkan aktiviti berian pinjaman.
BNM hari ini mengumumkan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) boleh digunakan oleh institusi perbankan untuk memenuhi sepenuhnya pematuhan SRR, berkuat kuasa 16 Mei, 2020.
Bagi bank-bank, Imran Yassin berkata pendapatan faedah bersih dijangka berada dalam tekanan daripada penurunan OPR tetapi beliau percaya impaknya tidak ketara kerana aktiviti pengambilan deposit sangat berkurangan sejak suku keempat tahun lepas.
Justeru, beliau percaya petunjuk paling penting bagi bank pada masa ini adalah kualiti aset.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid melihat keputusan terbaharu BNM menurunkan OPR itu sebagai telahpun dijangkakan oleh banyak pihak berikutan impak daripada COVID-19 adalah sangat besar.
“Kita boleh lihat perniagaan terpaksa ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan kerugian hasil dan pendapatan, dinilai daripada pengumuman keputusan pendapatan syarikat bagi suku pertama 2020.
“Kebanyakan daripada mereka menyatakan mereka meneruskan operasi mereka semasa PKP tetapi dengan tenaga kerja yang lebih kecil dan langkah-langkah keselamatan ketat bagi melindungi pekerja mereka, yang sekali gus menjejaskan margin mereka,” katanya.
Beliau berkata di seluruh dunia, ekonomi-ekonomi utama seperti Amerika Syarikat dan China juga mencatatkan penurunan Keluaran Dalam Negar Kasar masing-masing sebanyak 4.8 peratus dan 6.8 peratus pada Suku Pertama 2020.
Memandangkan kejutan penawaran dan permintaan yang berlaku pada masa yang sama, ia menjanjikan dasar monetari yang sangat akomodatif, katanya.
“Sama ada ia (OPR) akan diturunkan lagi, ia akan bergantung kepada prospek pengembangan ekonomi. Setakat ini, kadar inflasi dijangka sangat rendah dan justeru itu ruang bagi akomodasi dasar seterusnya terbuka luas,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Penurunan OPR Kurangkan Tekanan Aliran Tunai Bagi Perniagaan, Kos Pinjaman appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/06/penurunan-opr-kurangkan-tekanan-aliran-tunai-bagi-perniagaan-kos-pinjaman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pound Bar Pin Menunjukkan Penurunan Pada Aliran Harga

Pound Bar Pin Menunjukkan Penurunan Pada Aliran Harga

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 275 hits
Selamat tengah hari pedagang Idea perdagangan untuk pasangan GBP USD Kejadian menarik berlaku semalam melalui kaedah Stop Hunting Semasa sesi Amerika pound memenuhi kawasan pertengahan di bawah tahap sekitar 1 24 dan membuat penembusan pals...
Pasangan Matawang Usd Cad Sedang Mendekati Garis Aliran Rintangan Menurun Penurunan Terhad Sedang Menghampiri

Pasangan Matawang Usd Cad Sedang Mendekati Garis Aliran Rintangan Menurun Penurunan Terhad Sedang Menghampiri

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 300 hits
Cadangan DaganganKemasukan 1 40758Alasan untuk Kemasukan Penurunan garis aliran rintangan rintangan moving average anjakan semula Fibonacci 61 8 Ambil Keuntungan 1 40115Alasan untuk Ambil Keuntungan Grafik ayunan rendah anjakan semula Fibon...
Pasangan Mata Wang Cadjpy Hampir Menguji Rintangan Garis Aliran Menurun Kesinambungan Penurunan Harga Adalah Diramalkan

Pasangan Mata Wang Cadjpy Hampir Menguji Rintangan Garis Aliran Menurun Kesinambungan Penurunan Harga Adalah Diramalkan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 375 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan pesanan 76 364Faktor untuk kemasukan pesanan rintangan garis aliran menurun Penarikan Semula Fibonacci 61 8 Take Profit 74 973Faktor untuk kemasukan pesanan Take Profit Ayunan grafik rendahStop Loss 77 260Fakto...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd 23 April 2020 Aliran Menaik Cuba Mengambil Inisiatif Penurunan Harga Perlu Kembali Ke Tahap

Pasangan Mata Wang Gbp Usd 23 April 2020 Aliran Menaik Cuba Mengambil Inisiatif Penurunan Harga Perlu Kembali Ke Tahap

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 386 hits
Pasangan Mata Wang GBP USD Carta 1 Jam Selamat petang pedagang Menurut carta 1 Jam pasangan mata wang Pound Dolar AS telah membuat pembalikan baru yang memihak kepada mata wang Britain dan meningkat ke sempadan atas koridor trend menurun Ol...
Tak Mampu Bayar Kos Janda Dan 1 Anaknya Tidur Di Masjid

Tak Mampu Bayar Kos Janda Dan 1 Anaknya Tidur Di Masjid

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 332 hits
Ibu dan anak di Gresik terpaksa numpang di sebuah masjid di masjid karena jatuh miskin karena wabah corona Mereka mengaku tidak mampu bayar rumah kontrakan Keluarga itu adalah Husnul Khotimah dan anaknya Husna Faiqoh Mereka terusir dari kos...
Berlaku Jujur Dan Amanah Dalam Urusan Perniagaan

Berlaku Jujur Dan Amanah Dalam Urusan Perniagaan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 526 hits
DI ANTARA sifat sifat yang mulia dan amat penting yang harus dimiliki pada setiap orang ialah sifat jujur dan amanah Sifat inilah yang menentukan sama ada kita boleh dipercayai atau tidak Sifat jujur dan amanah juga merupakan modal utama da...
Normal Baharu Dalam Perniagaan

Normal Baharu Dalam Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 426 hits
Normal Baru dalam perniagaan yang terpaksa kita terima Online saller pos delivery cod dan macam macam lagi bentuk yang kita tak pernah terfikir pun selama ni kita akan buat The post appeared first on
Pks Dan Usahawan Mikro Disaran Ubah Strategi Pemasaran Model Perniagaan

Pks Dan Usahawan Mikro Disaran Ubah Strategi Pemasaran Model Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 451 hits
Perusahaan Kecil Dan Sederhana serta Usahawan Mikro disaran mengubah strategi pemasaran dan model perniagaan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku J...
Tidak Wajar Kerajaan Arah Majikan Tanggung Kos Ujian Covid 19 Pekerja Asing

Tidak Wajar Kerajaan Arah Majikan Tanggung Kos Ujian Covid 19 Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR Persekutuan Majikan Majikan Malaysia berpendapat tindakan kerajaan mewajibkan pekerja asing menerima ujian COVID 19 dengan kosnya ditanggung majikan adalah tidak wajar tidak adil dan tidak masuk akal Pengarah Eksekutif MEF Datu...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Lembutkan Roti Baguette Yang Keras Supaya Kembali Gebu

Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh