Berlaku Jujur Dan Amanah Dalam Urusan Perniagaan


DI ANTARA sifat-sifat yang mulia dan amat penting yang harus dimiliki pada setiap orang ialah sifat jujur dan amanah. Sifat inilah yang menentukan sama ada kita boleh dipercayai atau tidak. Sifat jujur dan amanah juga merupakan modal utama dalam segala apa jua urusan pekerjaan, kerana dengan memiliki sifat sedemikian akan mencapai kemajuan dan kejayaan.

Dalam urusan perniagaan, sifat jujur dan amanah amat diperlukan bahkan agama Islam turut mewajibkan supaya kita bersifat jujur dan menjauhi sifat khianat. Jika kita jujur pasti para pembeli akan percaya kepada mutu barangan yang dijual dan akan merasa selamat daripada penipuan. Berniaga merupakan salah satu usaha kita mencari rezeki yang baik, tetapi kadangkala rezeki yang baik dan halal itu boleh tercemar menjadi sebaliknya iaitu jika ada sikap dan perbuatan khianat dilakukan. Antaranya seperti melakukan penipuan dengan mengurangkan timbangan dan sukatan dari yang sepatutnya, menipu dengan sumpah-sumpah palsu, memuji-muji barang dagangan sendiri sedangkan tidak seperti yang diucapkan, memburuk-burukkan barang dagangan orang lain dan sebagainya.

Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan agar urusan jual beli dijalankan dengan menyempurnakan timbangan, sukatan dan sebagainya. Hal ini ditekankan melalui firman-Nya yang tafsirnya :

"... Dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil ..."
(Surah Al Israa' ayat 35).

Mengurangi timbangan dalam urusan jual beli atau perniagaan adalah salah satu di antara penipuan yang sangat dilarang oleh Islam. Allah mengancam akan menyeksa orang-orang yang menipu sesamanya. Dalam perkara ini Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang tafsirnya :

"Kecelekaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada Hari (Kiamat) orang yang amat besar (huru-haranya). Hari berdiri manusia untuk menghadap Tuhan sekalian alam?"
(Surah Al Mutaffifiin ayat 1-6).

Sebahagian peniaga lebih mengutamakan keuntungan sehingga sanggup menipu orang ramai. Mereka berkeyakinan bahawa siapa yang lurus dan jujur tidak akan mendapat untung. Malahan ada yang beranggapan bahawa menipu dalam urusniaga adalah perlu sebagai taktik dan strategi. Sebagai umat Islam, kita janganlah melakukan tipu daya atau helah ketika berurusniaga, walaupun hasil daripada tipu daya tersebut membawa keuntungan yang lumayan dan kemewahan dalam kehidupan ini, kerana ia diperolehi melalui jalan yang tidak halal.

Pada zaman moden ini juga pelbagai cara dibuat demi untuk melakukan barang jualan, antaranya seperti mempromosikan barang jualan dengan makluamt yang kurang bertepatan atau palsu untuk mengadakan jualan murah sedangkan tiada pengurangan harga dibuat atau menjual murah hanya pada barang stok lama atau bahan makanan yang hampir-hampir luput tarikh baik penggunaannya. Ada juga sebahagian peniaga yang terlalu meninggikan harga jualannya dan akan menurunkan harga jika ada pembeli yang berminat. Bukankah semua ini penipuan yang akan mengelirukan orang ramai dan hak pengguna?

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :

"Barang siapa menjual barangan yang cacat di mana ia tidak menerangkannya, nescaya ia sentiasa di dalam kemurkaan Allah, dan Malaikat tidak akan henti-henti melaknatnya," (Hadis riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Sebenarnya berlaku jujur dalam berniaga amat menguntungkan dan hanya yang bersifat tamak sahaja yang menganggap ia adalah perbuatan yang merugikan. Biarpun keuntungan hanya sedikit tetapi jika ia diperolehi dengan jalan yang jujur, ia akan dapat membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa, keluarga dan harta benda serta inilah sebenarnya yang disebut kekayaan yang membawa berkat.

Dari itu, marilah kita sama-sama beringat terhadap kewajipan kita sesama Muslim dengan saling tegur-menegur dan nasihat-menasihati demi kesatuan umat Islam. Kita semua adalah bersaudara, kerana itu janganlah kita menipu saudara kita sendiri. Berniagalah secara jujur, insya-Allah akan mendapat keuntungan dan keselamatan di dunia dan akhirat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://araaznetworkblog.blogspot.com/2020/04/berlaku-jujur-dan-amanah-dalam-urusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 316 hits
Adakah En Ali Telah Membuat Hibah Amanah Perniagaan Kepada Anaknya Adakah Encik Ali yang sedang menjalankan perniagaan dan bercadang mahu mewariskan perniagaannya kepada anaknya dengan cara membuat hibah amanah Sebagai permulaan elok kita t...
Adakah Perniagaan Anda Merosot Akibat Lockdown

Adakah Perniagaan Anda Merosot Akibat Lockdown

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 290 hits
IKLANVIRAL NET Portal Khas Untuk Anda Iklankan Perniagaan Produk dan Perkhidmatan anda semasa LockdownPastikan Perniagaan anda berjalan dengan terus walau semasa LockdownJoin Sekarang Adakah Perniagaan Anda Merosot Akibat Lockdown Kuasa Pen...
Seo Bantu Kembangkan Perniagaan

Seo Bantu Kembangkan Perniagaan

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 291 hits
SEO Bantu Kembangkan PerniagaanAnda mungkin kerapkali mendengar tentang Search Engine Optimization atau dikenali sebagai SEO Malaysia dalam dunia pemasaran digital tetapi adakah anda benar benar memahami apa itu SEO Dalam artikel ini anda a...
Pks Dan Usahawan Mikro Disaran Ubah Strategi Pemasaran Model Perniagaan

Pks Dan Usahawan Mikro Disaran Ubah Strategi Pemasaran Model Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 391 hits
Perusahaan Kecil Dan Sederhana serta Usahawan Mikro disaran mengubah strategi pemasaran dan model perniagaan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku J...
Normal Baharu Dalam Perniagaan

Normal Baharu Dalam Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 382 hits
Normal Baru dalam perniagaan yang terpaksa kita terima Online saller pos delivery cod dan macam macam lagi bentuk yang kita tak pernah terfikir pun selama ni kita akan buat The post appeared first on
7 Doa Pilihan Dalam Al Qur An Untuk Meringankan Urusan Duniamu

7 Doa Pilihan Dalam Al Qur An Untuk Meringankan Urusan Duniamu

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 162 hits
Bulan Sya ban adalah bulan yang dimuliakan ia berada di tengah dua bulan mulia yaitu Rajab dan Ramadhan Sayyid Alawi al Maliki menjelaskan bahwa dinamakan bulan Sya ban sebab di dalamnya penuh dengan kebaikan dan rahmat Allah Swt yang berte...
9 Aplikasi Ini Mampu Permudahkan Urusan Anda Sewaktu Kerjadarirumah

9 Aplikasi Ini Mampu Permudahkan Urusan Anda Sewaktu Kerjadarirumah

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 291 hits
Mungkin di antara anda masih belum familiar dengan aplikasi ini bukan Meskipun ia tidaklah cukup popular di kalangan anda namun aplikasi ini sememangnya boleh dipercayai dan apa yang lebih penting adalah ia dapat menjaga keselamatan dan pri...
Datuk Bandar Las Vegas Anggap Penutupan Perniagaan Sebagai Gila

Datuk Bandar Las Vegas Anggap Penutupan Perniagaan Sebagai Gila

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 280 hits
Di kala semua jenis perniagaan ditutup susulan wabak Covid 19 berbeza pula dengan Datuk Bandar Las Vegas Carolyn Goodman yang mahu semua perniagaan dibuka semula Malah Goodman dilaporkan menganggap tindakan menutup semua perniagaan utama di...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

How To Find Undervalued Domains

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel