Penunggu Tasik Lebur Bacaan Ayat Kursi


Pak Kassim kini sudah berusia 85 tahun tetapi ingatannya masih tajam. Beliau boleh mengingati peristiwa ngeri pergaduhannya dengan penunggu Tasik Leban (bukan nama sebenar) ketika memancing dalam kawasan tasik berkenaan bersama tiga lagi rakan karibnya.

Gambar hiasan

Ketika berusia 40 tahun, beliau adalah kaki pancing paling berani hingga digelar sebagai Tok Guru Pancing di kalangan kawan-kawan sekampung.

Tasik Leban terletak dalam hutan tebal dan jarang dikunjungi oleh kaki pancing kerana tasik itu dikatakan ada penunggu yang ganas serta menakutkan, namun di dalam tasik berkenaan diakui memang ada banyak ikan.

Pak Kassim (bukan nama sebenar) mendedahkan satu cerita ketika ditemui penulis di rumah anak lelakinya di Sungai Buluh, Selangor.

Katanya, suatu hari beliau bersama tiga rakan pancing sudah bertekad untuk pergi memancing di tasik berkenaan.

Pak Kassim membawa beberapa batang buluh yang sudah ditajamkan kira-kira satu jengkal atau buluh runcing, khemah dan barang-barang makan.

Parang panjang satu hasta adalah teman paling setia yang tidak pernah berpisah daripadanya.

“Kami memang berani ketika itu. Rasa takut memang tidak ada,” cerita Pak Kassim lagi sambil terus menggulung rokok daun nipahnya.

Beliau berkata, dengan menunggang dua motosikal lama, mereka tiba di tasik berkenaan pada jam 3 petang.

Pak Kassim seperti biasa memberi salam dan mengarahkan rakannya supaya berehat sementara beliau menunaikan solat sunat, tetapi sejadah yang dibentang tiba-tiba terbang lalu tersangkut pada dahan kayu yang agak tinggi.

Pak Kassim meneruskan solat walaupun kopiah di kepalanya turut terbang dibawa angin yang begitu kencang. Rakan lain membaca ayat-ayat al-Quran.

Selesai solat, Pak Kassim berdoa bermohon kepada Allah untuk menguatkan semangatnya dan berlindung atas kekuasaan-Nya.

Pak Kassim melaungkan azan dengan kuat sambil mencabut parang lalu menikam ke bumi.

“Aku datang untuk mencari rezeki cara baik tapi kamu ganggu aku. Kamu ganggu aku sembahyang,” suara Pak Kassim garang mencabar.

Serta-merta suara ketawa garang bergegar di kawasan tasik serta angin kencang bertiup. Tetapi Pak Kassim dan rakan yang lain sentiasa membaca ayat Kursi.

Mata parang yang terpacak di bumi tercabut lalu terbang menikam batang pokok ara yang rendang di tepi tasik.

Jerit kesakitan terdengar tetapi kemudian ketawa lebih garang dan perbuatan membaling batu kayu berterusan dalam kawasan Pak Kassim dan rakannya yang terus membaca ayat Kursi. Pokok besar tumbang tetapi tidak mengenai mereka.

Pak Kassim cuba ditarik keluar dari kawasan tempat beliau melakukan solat oleh makhluk berkenaan tetapi tidak berjaya malah, suara Pak Kassim bertambah kuat dan yakin ketika membaca ayat Kursi.

Suara penunggu tasik sudah mula tidak menentu tetapi masih mengugut Pak Kassim dan rakannya yang lain.

Makhluk itu lantas menunjukkan wajahnya yang menakutkan tetapi Pak Kassim merenungnya dengan tepat.

Beliau tidak merasa takut malah bertambah kuat dengan membaca ayat Kursi dan yakin penunggu tasik akan tewas dengan kekuatan ayat suci al-Quran itu yang terus dibaca.

Terbukti, pada ayat akhir surah berkenaan dibaca lebih tujuh kali, penunggu tasik menjerit kesakitan dan merasa panas yang amat sangat lalu terbakar.

Dalam masa yang sama, Pak Kassim dikejutkan oleh rakan Pancing bahawa joran pancingnya sudah mengena ikan besar.

Pak Kassim terkejut dan memandang sekeliling dan bertanya di mana penunggu tasik.

“Tok guru tertidur lepas sembahyang tadi,” jawab seorang rakan sambil menggeleng-geleng kepala dan disambut ketawa oleh rakan yang lain.

Pak Kassim senyum dan kemudian ketawa sama sambil mendaratkan ikan patin seberat 5 kilogram.

“Saya mimpi rupanya tetapi nyata kekuatan ayat Kursi dapat melawan kuasa hantu syaitan,” tambah orang tua itu lantas melepaskan pandangan jauh merentasi peristiwa dalam mimpi atau benar-benar berlaku.

RENUNGAN

Adakala mimpi membawa kenyataan dan tidak kurang sekadar permainan tidur, namun apa yang dirasa menakutkan itu adalah perasaan itu sendiri.

Jika takut maka takutlah yang datang, begitu juga sebaliknya justeru, berserah kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana Allah sentiasa Maha Melihat dan Mengetahui segala-galanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Waktu Mustajab Dan Kelebihan Membaca Ayat KursiHindari Sihir Dengan Ayat-ayat Syifa Dan Ruqyah Dari Al-Qur'an
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/09/penunggu-tasik-lebur-bacaan-ayat-kursi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hafal Amp Amal Ayat Kursi Agar Hidup Diberkati Dan Dilindungi

Hafal Amp Amal Ayat Kursi Agar Hidup Diberkati Dan Dilindungi

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 329 hits
Pada artikel kali ini Wanista akan menerangkan kepentingan dan kebaikan membaca Ayat Kursi Ayat 255 daru Surah Al Baqarah yang lebih dikenali sebagai Ayat Kursi ini digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al Quran Ayat ini diturunkan selepas h...
Ayat Kursi Amalan Kecil Menjanjikan Syurga

Ayat Kursi Amalan Kecil Menjanjikan Syurga

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 380 hits
SETIAP Muslim pasti mahukan pengakhiran yang terbaik iaitu dengan mendambakan syurga sebagai tempat tinggal abadi Biarpun ramai percaya meraih syurga bukan perkara mudah namun ada beberapa hal yang dipandang kecil tetapi sebenarnya mampu me...
Surat Luqman Ayat 13 14 Arab Latin Arti Tafsir Dan Kandungan

Surat Luqman Ayat 13 14 Arab Latin Arti Tafsir Dan Kandungan

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 4090 hits
Surat Luqman ayat 13 14 adalah ayat tentang tauhid dan birrul walidain Berikut ini arti tafsir dan kandungan maknanya Surat Luqman terdiri dari 34 ayat dan merupakan surat makkiyah Dinamakan Surat Luqman karena memuat kisah Luqman al Hakim ...
Senarai Surah Dan Jumlah Ayat Dalam Al Quran

Senarai Surah Dan Jumlah Ayat Dalam Al Quran

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 800 hits
Assalamualaikum Hi Semua Senarai Surah dan Jumlah Ayat Dalam Al QuranJom sama sama jadikan Al Quran sebagai sahabat kita Semoga sama sama mendapatt syafaat dan keberkatan darinya Al Quran mempunyai 30 Juzuk dan 114 surah Apakah surah surah ...
Amalkan Ayat Dan Zikir Ini Supaya Tak Terkena Sihir Semasa Di Kedai Makan Ustaz Kazim Elias

Amalkan Ayat Dan Zikir Ini Supaya Tak Terkena Sihir Semasa Di Kedai Makan Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 473 hits
Amalkan Ayat Dan Zikir Ini Supaya Tak Terkena Sihir Semasa Di Kedai Makan Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Amalkan Ayat Ni Pendinding Supaya Pencuri Tak Masuk Rumah Ustaz Kazim Elias 2019

Amalkan Ayat Ni Pendinding Supaya Pencuri Tak Masuk Rumah Ustaz Kazim Elias 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 558 hits
Amalkan Ayat Ni Pendinding Supaya Pencuri Tak Masuk Rumah Ustaz Kazim Elias 2019 Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Koleksi Ayat Pickup Line Sweet Untuk Lelaki Dan Perempuan

Koleksi Ayat Pickup Line Sweet Untuk Lelaki Dan Perempuan

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 524 hits
Ayat Ayat PickupLine Ayat mengorat awek memang dah biasa hingga jadi trend bebudak sekarang Tapi kalau nak tahu ayat ayat pickup line yang power ni sebenarnya dah lama wujud Tambah tambah untuk lelaki yang jenis versi lawak Nak bagi awek ca...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal Whatsapp

Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat