Penunggang Motor Lega Tol Dua Jambatan Mansuh



GEORGE TOWN, 3 Nov — Penunggang motosikal di negeri ini lega dengan pengumuman  pemansuhan tol bagi motosikal di jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muázam Shah pada pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam.

Mohd Fazil Othman, 32, yang sering menggunakan laluan di jambatan pertama untuk berulang alik dari Seberang Perai ke bahagian pulau bagi urusan penghantaran barang menyifatkan belanjawan kali ini bersifat ekonomi mesra rakyat.


Loading... “Dalam sehari, saya kerap berulang alik dari seberang ke pulau untuk hantar barang kepada syarikat-syarikat di sini...sudah tentu kos untuk membayar tol setiap kali masuk pulau memberi kesan kerana saya bekerja sendiri.

“Jadi pemansuhan itu amat tepat kerana kami dapat memperuntukkan perbelanjaan tol untuk perkara yang lebih penting memandangkan kos sara hidup yang tinggi pada masa ini telah mengehadkan perbelanjaan golongan rakyat pertengahan dan bawahan,” katanya.
Pekerja swasta Mohd Hafiz Mat Shariff, 31, pula berkata pemansuhan tol di kedua-dua jambatan itu sesungguhnya memberi kesan positif kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

“Perkara itu sememangnya menjimatkan kerana sekarang kami dah tak perlu untuk tambah nilai kad ‘Touch n Go’ yang paling minimum perlu masukkan RM10...lepas ni kami hanya perlu fikir isi minyak motor sahaja tanpa perlu fikir nak tambah nilai kad itu,” katanya.

Seorang lagi penunggang motosikal, Azlan Shahbidin, 29, berkata beban yang terpaksa ditanggung setiap kali ingin memasuki bahagian pulau selama lima tahun akhirnya dapat diringankan.

“Beban tol yang ditanggung hendak masuk ke pulau sejak saya mula kerja di kawasan perindustrian Bayan Lepas sejak lima tahun lalu akhirnya diberi perhatian. Sesungguhnya bukan saya seorang terkesan, malah ramai lagi...sangat bersyukur dengan pengumuman itu, terima kasih,” katanya.

Penunggang motosikal di jambatan pertama dikenakan tol RM1.20 untuk memasuki bahagian pulau manakala kadar tol untuk penunggang motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau lebih dikenali sebagai jambatan kedua ialah RM1.70.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari menyifatkan  pengumuman kerajaan untuk memansuhkan tol di kedua-dua jambatan itu bagi pengguna motosikal serta  jaminan tidak meningkatkan tol bagi kereta dapat membantu rakyat Pulau Pinang.

“Belanjawan 2019 adalah belanjawan yang optimis dan positif. Ia membuktikan kerajaan Pakatan Harapan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan ingin menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat khususnya golongan B40,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 mengumumkan  pemansuhan tol motosikal di jambatan pertama dan kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor mulai 1 Jan 2019. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/penunggang-motor-lega-tol-dua-jambatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tol Motosikal Mansuh Kenaikan Tol Dalam Bandar Dibekukan

Tol Motosikal Mansuh Kenaikan Tol Dalam Bandar Dibekukan

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Tol motosikal di tiga laluan dimansuhkan manakala kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar dibekukan pada 2019 Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan kerajaa...
Tony Pua Akan Pujuk Mahathir Untuk Mansuh Tol

Tony Pua Akan Pujuk Mahathir Untuk Mansuh Tol

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 364 hits
Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan Tony Pua melontarkan keyakinan bahawa semua tol akan dihapuskan namun memerlukan masa yang panjang Tony berkata penagguhan rancangan tersebut dilakukan kerana kerajaan tidak mempunyai kewangan yang kukuh...
Ini Motif Pelempar Batu Ke Dua Gereja Satu Sekolah Di Magelang

Ini Motif Pelempar Batu Ke Dua Gereja Satu Sekolah Di Magelang

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 262 hits
Kepada penyidik pelaku mengaku beraksi dibeberapa lokasi yang terjadi pada Jumat di kantor Nahdliyyin Center Salam dan Sabtu dua gereja dan satu SMK Pangudi luhur dilakukan sendiri
Dua Gereja Dan Satu Sekolah Dilempar Batu Ini Pelakunya

Dua Gereja Dan Satu Sekolah Dilempar Batu Ini Pelakunya

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 235 hits
Polisi tangkap pelaku pelemparan batu dua gereja dan sekolah Pangudi luhur di Kabupaten Magelang Pelaku NK diketahui beraksi seorang diri
Korban Pohon Tumbang Di Tangsel Anggota Polri Dua Balita Luka Parah

Korban Pohon Tumbang Di Tangsel Anggota Polri Dua Balita Luka Parah

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 280 hits
Pada saat kejadian lanjut Atib korban sedang mengendarai mobil Honda Brio putih B 1557 WOV bersama dengan 5 orang penumpang lainnya
Dua Kali Ketinggalan Perak Julang Piala Malaysia

Dua Kali Ketinggalan Perak Julang Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1377 hits
Perak menjulang Piala Malaysia 2018 SHAH ALAM Perak muncul sebagai juara Piala Malaysia selepas ia menewaskan Terengganu 4 1 menerusi tendangan penalti pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini...
Alviani Baru Dua Bulan Jadi Pramugari Di Lion Air

Alviani Baru Dua Bulan Jadi Pramugari Di Lion Air

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 413 hits
Alviani baru dua bulan jadi pramugari di Lion Air Alvi sapaan akrabnya baru saja lulus dari sekolah pramugari Setelah lulus dari sekolah tingkat SMA korban melanjutkan sekolah pramugari selama setahun di Yogyakarta
Polisi Tetapkan Dua Pembakar Bendera Di Garut Sebagai Tersangka

Polisi Tetapkan Dua Pembakar Bendera Di Garut Sebagai Tersangka

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 220 hits
Meski berstatus tersangka kedua anggota Banser tersebut tak ditahan karena merujuk kepada Pasal 174 KUHP yang menjeratnya Dalam pasal itu disebutkan hukuman selama 3 minggu Berdasarkan aturan kata Umar tersangka yang hukuman di bawah 5 tahu...
Dua Tonggak Dikaji Sebelum Iktiraf Uec Menteri Pendidikan

Dua Tonggak Dikaji Sebelum Iktiraf Uec Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 319 hits
Imej via FB Dr Maszlee MalikKUALA LUMPUR Memartabatkan Bahasa Melayu dan pengukuhan perpaduan serta keharmonian antara kaum adalah dua tonggak diberi keutamaan dalam menjalankan kajian berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu Men...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah