Penunggang Bahasa Melayu


 

Sekali lagi saya dihadapkan soalan mengenai kedudukan bahasa Melayu di Asia Tenggara. Ini ekoran gesaan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim yang mengharapkan Wisma Putra memainkan peranan dalam mencari jalan khusus bagi menghubungkan matlamat Malaysia ‘untuk memperjuangkan bahasa Melayu’ dengan negara jiran, iaitu Indonesia.
Apabila Rais menyebutkan Wisma Putra, dan peranannya di Indonesia; tentulah saya terbayangkan pula betapa kelamnya usaha itu kerana terlihat-lihat di retina mata wajah Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu.
Apabila saya disoal mengenai kebolehdayaan bahasa Melayu untuk diketengahkan, dengan membujuk Indonesia, saya terbayangkan jalan jauh yang panjang itu. Sebetulnya apa yang disaran dalam Sidang Meja Bulat Wakil-Wakil ASEAN untuk Pengembangan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Negara-Negara ASEAN baru-baru ini telah pun diutarakan, sejak tahun 2000. Ini bermakna, sudah 22 tahun usaha memartabatkan bahasa Melayu ini dilakukan dan sudah dua dekad juga kita tidak bergerak ke mana-mana.
Dalam erti kata lain, apa yang ingin dibuat oleh Ismail Sabri ini sudah pun diterokai oleh orang sebelumnya dengan kadar sia-sia.
Saya tidak pasti adakah Ismail Sabri dan kabinetnya tahu atau tidak yang pada tahun 1995 sudah ada Pelan Tindakan Pelaksanaan Sasaran Kerja Utama bagi tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) yang berhasrat menjadikan “Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia.” Kononnya akan ada institusi dan gerakan sosio budaya untuk menggerakkan peningkatan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa perdagangan di ASEAN dan Asia Pasifik. Konon akan diterbitkan banyak kamus-kamus bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Thai dan Vietnam.
Selepas hampir tiga puluh tahun adakah sudah terlihat bayang semua itu?
Kemudian, ambil sahaja cadangan-cadangan yang dilemparkan oleh bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Abdul Aziz Deraman, seperti yang pernah disebut-sebut oleh beliau dalam bukunya pada tahun 2000 dengan judul ‘Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia’ (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka).
Dalam salah sebuah kertas yang kemudian diangkat menjadi bab dalam bukunya itu, Aziz sudah menyarankan agar bahasa Melayu dikembangkan ke peringkat antarabangsa dengan cara antara lain menubuhkan agensi pengembangan bahasa Melayu persis British Council, Goethe Institute dan Alliance Francaise. Angan-angan itu ialah agensi bahasa ini akan dinamai Institut Za’ba.
Dalam khayalan penuh sensasi ini kesusasteraan Melayu dimimpikan akan menongkah arus globalisasi dan diterima sebagai kesusasteraan tinggi dunia. Bahawa karya pengarang kita dikipas-kipaskan seagam dan sehebat karya Kenzaburo Oe, Gabriel Garcia Marquez dan Nadine Gordimer.
Ini bukan saya yang main sebut, tetapi sebetulnya memang datang daripada Aziz Deraman. Hari ini sasterawan Indonesia sudah lebih ke hadapan. Sasterawan kita terperosok. Lihat sahaja nasib malang Dewan Sastera, bagaimana kamu melayan majalah tersebut?
Makanya dendangan sama yang dilagukan ketika Sidang Meja Bulat Wakil-Wakil ASEAN untuk Pengembangan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Negara-Negara ASEAN baru-baru ini bukan perkara baru melainkan sudah menjadi perkara purba.
Akan tetapi sudah makan dekad usaha itu dikerjakan, disawah dan dibaja tetapi belum dapat dituai. Soalnya, mengapakah ia macam tidak berbuah atau berbutir untuk dinikmati? Adakah kita tidak serius membajak? Adakah kita sudah disabotaj oleh pengkhianat? Atau adakah kerja memartabatkan bahasa Melayu di rantau Asia Tenggara ini kerja karut? Mungkin juga itulah puncanya kita tidak berhasil melakukannya meskipun sudah dipasak dan direntakkan dansanya sejak puluh tahun lalu.
Sebetulnya gerakan mengangkat bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa tidak akan berjaya. Mengapa?
Kerana bahasa Melayu tidak merdeka. Ia bukan sebuah bahasa yang bebas untuk dinikmati semua orang. Seperti mana bangsa Melayu didefinasikan secara legal, iaitu perlu berbudaya Melayu, dan beragama Islam; bahasa Melayu juga telah diIslamkan oleh Syed Naquib Al-Attas yang menyebabkan bahasa ini terkongkong sebagai sebuah bahasa Islam.
Untuk bahasa Melayu ada ejen penyebarnya yang setanding British Council dan dinamai Institut Za’ba, kita perlu melihat bagaimana bahasa Inggeris tidak diberi nilai agama tertentu. Hari ini tanggapan bahawa bahasa Inggeris itu bahasa Kristiani sama sekali tidak timbul. Zaman Munshi Abdullah dulu mungkin ada ulasan sedemikian, tetapi itu pun ternyata meleset.
Bahkan hari ini saban tahun yang memenangi hadiah-hadiah sastera berpangkalan di United Kingdom seperti Booker Prize kebanyakannya ditulis oleh rakyat Komanwel atau penghijrah dari negeri jajahan ke London. Jika bahasa Inggeris dijadikan bahasa Kristiani, tentu sahaja ia tidak terguna pakai untuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris.
Masalah kita ialah ‘Melayu’ itu dilekatkan dengan adat Melayu dan bahasa Melayu, dan mesti Islam; yang menjadikan bahasa Melayu ini satu bahasa eksklusif dan terpenjara. Padahal bahasa tidak mengucapkan syahadah untuk beriman.
Jika demikian halnya bagaimana kita ingin membujuk negeri Indocina seperti Laos, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Kemboja menggunakan bahasa Melayu. Budaya, adat istiadat dan kepercayaan kita saling berbeza. Asia Tenggara bukanlah sebuah rantau seperti mana Eropah yang berkongsikan tradisi Judeo Kristian.
Asia Tenggara juga ada populasi Kristian seperti Filipina dan Timur Timor, dan populasi Buddha seperti negara yang telah saya sebutkan di awal perenggan ini. Bagaimana bahasa Melayu dapat dinikmati oleh mereka jika sudah awal-awal didinding dengan Islam?
Bagaimana pula kita ingin membujuk Indonesia yang kononnya bahasa tersebut berakar dari bahasa Melayu? Ini kerana bahasa Indonesia sangat merdeka, dan boleh digunakan untuk menyampaikan khutbah di mimbar, atau di dupa pemujaan Hindu Bali.
Masalah bahasa Melayu ialah ia tidak merdeka kerana kita ada orang yang tak ikhlas dengan bahasa Melayu. Masalah bahasa Melayu ialah ia akan ditunggang dan dipaksakan dengan cemeti. Padahal pemaksaan tidak menyuburkan bahasa. Masalah bahasa Melayu akan timbul apabila penganut selain Islam memulai menggunakan terma kepercayaan anutan mereka dalam bahasa yang mereka selesa.
Masalah bahasa Melayu ialah identiti yang telah diciptakan untuknya, bahawa konon bahasa Melayu itu perlu menjauhi pengaruh Hindu-Buddha yang mana terbit ketika era Srivijaya. Masalah bahasa Melayu ialah kerana ada pengamal dan penuturnya yang jumud, dan kelak tidak boleh menerima penutur bahasa Melayu dari Jerman (katakan sebagai contoh) yang merujuk kata iman dengan faham Katolik; adakah Tuan Ibrahim Tuan Man bersetuju? Masalah bahasa Melayu ialah ia beroleh penunggang dan penenggek dengan hujah agama ini yang mengepung dan mengehadkan fungsi dan kebolehdayaan bahasa Melayu itu sendiri.
Masalah bahasa Melayu ialah ia memiliki penutur yang belum cukup percaya kepada kemampuannya. Masalah bahasa Melayu ialah ia memiliki tokoh bahasa yang menunggang isu bahasa ini untuk agenda setanjak dan sebilah kerisnya yang sendiri-sendiri. Adakah Rais Yatim tahu itu? Masalah bahasa Melayu ialah ia memiliki penunggang bahasa yang menyundalkan nama baik bahasa Melayu untuk dijadikan bahan lacur demi menghindar pertanyaan rakyat tentang kehidupan seharian seperti harga petrol, kehilangan jaminan makanan seperti daging ayam dan masalah inflasi.
Jadi gerakan untuk mencari jalan khusus bagi menghubungkan matlamat Malaysia ‘untuk memperjuangkan bahasa Melayu’ dengan Indonesia ini sangat hampa sifatnya. Ini kerana kita tidak betul-betul ikhlas. Kita tidak berjujur. Kalau Ismail Sabri betul serius ingin ‘memperjuangkan bahasa Melayu dengan Indonesia’ dia tidak akan melantik Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman (74 tahun) sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu.
Sebab, adakah Tajuddin dapat menjadi pejuang bahasa Melayu di Indonesia? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/penunggang-bahasa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahan Bahasa Melayu Eja Baca Warna Gunting Dan Tampal Percuma Dapatkan Di Sini L Sistem Guru Online

Bahan Bahasa Melayu Eja Baca Warna Gunting Dan Tampal Percuma Dapatkan Di Sini L Sistem Guru Online

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 223 hits
Bahan Bahasa Melayu Eja Baca Warna Gunting dan Tampal PERCUMA Dapatkan Di Sini l SISTEM GURU ONLINE Guru guru pening dan tertanya tanya mana nak dapatkan bahan untuk mengajar anak murid Jangan risau kami di Sistem Guru Online sentiasa menye...
Koleksi Himpunan Penanda Wacana L Membantu Penguasaan Bahasa Melayu Dengan Mudah

Koleksi Himpunan Penanda Wacana L Membantu Penguasaan Bahasa Melayu Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 190 hits
Koleksi Himpunan Penanda Wacana l Membantu Penguasaan Bahasa Melayu Dengan Mudah Guru yang mengajar Bahasa Melayu perlu mengambil inisiatif dalam pengajaran Selain memberi dan mengajar Bahasa Melayu tugas guru juga adalah memastikan pelajar...
Restoran Nasi Kandar Ahmad Nasi Kandar Melayu Di Simpang Ampat Pulau Pinang

Restoran Nasi Kandar Ahmad Nasi Kandar Melayu Di Simpang Ampat Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 330 hits
Restoran Nasi kandar AhmadRamai orang makan di siniRestoran Nasi Kandar Ahmad ni terletak Taman Kasawari Simpang Ampat Pulau Pinang Restoran Nasi Kandar ni rare sikit sebab ni nasi kandar melayu Biasanya nasi kandar ni orang akan kaitkan de...
Walaun Dan Mahacai Nih Apa Dia Nih Melayu Tak Dak Ka

Walaun Dan Mahacai Nih Apa Dia Nih Melayu Tak Dak Ka

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 155 hits
Hidup Melayu Hidup Isle Jawatan pun bagi kat warga Sri Langka India Takdir
Buasir Otak Tv Bila Lelaki Melayu Suka Amoi

Buasir Otak Tv Bila Lelaki Melayu Suka Amoi

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 404 hits
Setiap kali bila ramai lelaki melayu cakap mereka lebih suka amoi atau gadis cina berbanding perempuan melayu Jom tonton animasi ini
Siang Hidup Melayu Malam Jual Tanah Melayu

Siang Hidup Melayu Malam Jual Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 167 hits
Hampir 10 000 pengguna air yg melibatkan kg Mengkebang kg Bechah salak kg Tok Pasir kg gertok kangkong dan sekitarnya dalam jajahan kuala krai bakal kehilangan sumber air dan sumber pendapatan Memandangkan penduduk di sini tiada sumber air ...
Senarai Lagu Melayu Mei 2022

Senarai Lagu Melayu Mei 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 202 hits
Senarai Lagu Melayu Mei 2022Senarai Lagu Melayu Mei 2022 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Seperti biasa MOMI akan kemaskini senarai lagu lagu baru pada bulan Mei 2022 Untuk bulan Mei ini ada banyak lagu baru yang dikeluarkan dari ramai ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash