Penulis Sepenuh Masa
Assalamualaikum..
Saya adalah empunya kepada blog nurimanqhaisara.com ini. Agak berbelit lidah nak menyebut mahupun untuk mengingati blog ini.,betul tak korang? Ehh,alah.Jangan tipu.. baik jujur k.
Tetapi bagi ina sendiri.Ia adalah satu-satunya blog yang boleh diibaratkan seperti nyawa ina sendiri.Ehehehe..
USIA BLOG
Blog ni asalnya dari tahun 2013 lagi.Masa tu, memang buta IT.Tetapi masih merangkak nak buat blog.Menangis juga lah nak boleh menaip.Blog tunggang langgang.Selepas habis waktu kerja,berlari ke rumah mak pula bagi menyiapkan satu entri.Huhuhuhu..Sedih tau bila terkenangkan satu masa dahulu.Nak setting blog pun tak reti time tu..tangan gatal nak setting saiz lebar blog.Last sekali blog tu semua lari dari segi kelebaran,warna dan macam-macam lagi lah.Hahaha.. Dan kini, blog sudah pun berusia 6 tahun.Alhamdulillah..
Dan sepanjang blog ini berusia 6 tahun..,telah banyak berlaku perubahan kepada blog ini sendiri.Pelbagai jenis template dah bertukar dan kini juga bertukar kepada wordpress. Begitu juga wang ringgit yang telah di belanjakan.Huhuhu.
Details
Nor Azlina Bt Mohd Ali dan berusia 31 tahun.Di lahirkan di Kampung Awah,Temerloh Pahang.Lahir pada 25 November 1987.Seorang yang soft spoken.Pemalu walaupun sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata.Juga seorang suri rumah sepenuh masa.Dan menetap di Kuantan,Pahang.
Mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu 2 perempuan (6 tahun ,3 tahun) dan seorang lelaki yang kini berusia 2 tahun.
Resign
Mula menjadi suri rumah sepenuh masa ketika anak sulung berusia 3 bulan ketika itu.Dengan dugaan hadir silih berganti.Nekad ingin menjadi suri rumah.Dengan tiada pendapatan yang tetap.Tetapi memiliki bisnes kecil-kecilan dengan menjual produk kecantikan di socmedia.
Tahap stress semakin berkurangan setelah berhenti kerja sebagai kerani sparepart kereta.Alhamdulillah..
HOBI
Hobi agak pelik kot.Saya suka melakukan massage selain massage tubuh badan (tak kisah lah..,anak-anak,suami dan mak ayah) saya turut lakukan massage ke atas muka.Huhuhuhu..Yup! Massage muka pula.Tujuan bagi melancarkan aliran darah di sekitar wajah.Ada di dalam channel youtube saya.. subscribe yer azlina ina
Penulis Sepenuh Masa
Di samping itu juga,saya turut menawarkan khidmat penulisan digital melalui platform blog yang saya gunakan sekarang iaitu wordpress.Saya juga seorang penulis sepenuh masa.Isi kandungan blog saya ini mengenai parenting,lifestyle,beauty,tips,resipi dan video dari youtube dari channel saya sendiri.
Menggunakan caption di header blog Luahan hati seorang isteri dan ibu.Sebenarnya ia sebahagian dari diri ina sendiri iaitu dari kacamata seorang isteri dan juga ibu.Ia menceritakan pengalaman hidup sebagai seorang suri rumah mengenai kehidupan bersama anak-anak,perkembangan mereka membesar dan aktivit harian.
Blog juga adalah sebahagian daripada kehidupan saya.Sedih mahupun gembira saya coretkan di ruangan blog ini.Kisah kejayaan dan sebagainya..
Media Influencer
Selain aktif menulis blog.Saya juga menerima paid review di platform socmedia lain iaitu di Instagram.Seramai 5818 followers di Instagram (@azlina6861),saya juga turut menjadi pilihan brand bagi mempromosikan produk mereka di sana.
Yang terkini saya sedang bekerjasama dengan LUX.Iaitu syampu rambut botanifique malaysia.Alhamdulillah! Untuk LUX, saya lakukan 2 posting video dan juga gambar.
Advertorial
Di ruangan blog pula,saya sudi menerima advertorial,sponsor post,collaboration dan produk review di blog.
Antara syarikat yang pernah bekerjasama ialah Property Guru, Traveloka, Lynnity Health, Kitsui Malaysia,Joymix dan ZALORA.
The post Penulis Sepenuh Masa appeared first on Nor Azlina.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nurimanqhaisara.com/2018/11/07/penulis-sepenuh-masa/