
Kajian daripada University Of Columbia mengatakan kanak-kanak yang makan bersama keluarga 5 hingga 7 kali seminggu 40% lebih berkemungkinan untuk mendapat peningkatan dalam markah peperiksaan mereka.
Satu kajian daripada Standford University menyatakan bahawa anak yang makan bersama keluarga lebih cenderung untuk memilih makanan yang lebih sihat seperti buah buahan dan sayur sayuran.
Anak yang selalu makan bersama keluarga akan lebih bagus perkembangan bahasanya ( language development) kerana mereka lebih banyak terdedah kepada perbualan dan perbincangan.
Lebih banyak makan bersama keluarga, lebih kurang stress yang dialami oleh orang dewasa dan juga anak anak terutamanya anak remaja.
Remaja yang selalu makan bersama keluarga biasanya lebih kurang membuat masalah secara perangai dan juga emosi ( less emotional & behavioural problems )
Remaja yang selalu makan bersama keluarga biasanya akan lebih puas hidupnya ( higher life satisfaction) walaupun berdepan dengan masalah ekonomi.
Remaja yang selalu makan bersama keluarga akan lebih kurang berisiko mengalami depresi dan tekanan perasaan.
Remaja yang selalu makan bersama keluarga kebanyakannya melaporkan mereka mempunyai hubungan yang sangat ‘excellent’ dengan keluarganya.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |