Pentaksiran Baharu Tahap 1 Melalui Fun Learning Berpusatkan Pelajar Kppm


PUTRAJAYA 19 Dis. - Pentaksiran Tahap 1 yang akan dilaksanakan pada tahun depan melibatkan pelajar Tahun 1, 2 dan 3 bakal memperkukuhkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melalui kaedah pembelajaran secara didik libur (fun learning) dan berteraskan pelajar.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pelaksanaan pentaksiran baharu itu adalah bagi membina dan memperkukuh kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul sebelum mereka melalui proses pembelajaran seterusnya.
"Murid-murid akan dinilai secara berterusan dalam pelbagai bentuk pentaksiran yang merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu dari aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.

"Ini membolehkan ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak seterusnya menentukan bentuk sokongan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Amin menambah, pentaksiran baharu itu akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan tiada lagi penekanan kepada peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan.

"Ini bermakna mulai tahun depan tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun dijalankan bagi murid Tahap 1.

"Ini di mana guru akan lebih memberi tumpuan mengajar dari aspek membina kemahiran karekter dan sahsiah murid serta membebaskan murid daripada tekanan belajar untuk peperiksaan malah akan mewujudkan budaya belajar yang lebih seronok dan bermakna," katanya.

Beliau memberitahu, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dalam menilai muridnya menerusi aktiviti-aktiviti seperti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah.

Walau bagaimanapun jelasnya, guru-guru tetap tertakluk dengan pelaporan asas iaitu Pelaporan Perkembangan Pelajaran Murid yang memantau perkembangan murid berdasarkan skala-skala tertentu.

"Ibu bapa tidak perlu risau dengan penilaian berbentuk formatif kerana penaksiran seumpama itu telah lama dilaksanakan. Menerusi pentaksiran baharu ini, guru akan memberi fokus secara individu kepada perkembangan murid," katanya.

Di samping itu, Amin berkata, tiada keperluan pengasingan kelas untuk Tahap 1 secara kekal atau berterusan tetapi boleh dilaksanakan jika ia bersifat sementara dengan tujuan khusus untuk proses pemulihan murid.

"Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan PdP serta PBD menerusi autonomi profesional dengan bimbingan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah (PPD)," katanya.

Sumber - UTUSAN ONLINE

loading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/12/pentaksiran-baharu-tahap-1-melalui-fun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sembilan Persoalan Untuk Dijawab Berkaitan Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1

Sembilan Persoalan Untuk Dijawab Berkaitan Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 278 hits
Berikut kami kongsikan persoalan persoalan yang ditimbulkan ketika sidang media oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh media Muat Turun dalam bentuk PDF Muat Turun dalam bentuk PDF loading
Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan Mama Jangan Strees Tapi Make It Fun

Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan Mama Jangan Strees Tapi Make It Fun

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 907 hits
Otak boleh jadi jem seketika bila tengok anak sepahkan mainan tahap terlampau Ibu rasa nak pitam melihatnya Mana taknya ambil masa yang agak lama juga untuk dikemaskan kepada rupa asal Tapi apa nak buatkan kemas sajalah perlahan lahan Seben...
Pemindahan Mikroorganisma Sihat Melalui Puting Susu Bayi

Pemindahan Mikroorganisma Sihat Melalui Puting Susu Bayi

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 375 hits
Artikel asal telah disunting untuk kesesuaian pembaca Oleh Saiful Bahari Sekiranya anda menganggap membersihkan puting susu bayi dengan cara menghisap dan memasukkan ke dalam mulut bayi anda merupakan suatu perkara yang menjijikkan mungkin ...
Bni Tutup Sementara Transfer Antar Bank Melalui Jaringan Atm Prima

Bni Tutup Sementara Transfer Antar Bank Melalui Jaringan Atm Prima

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 393 hits
Perseroan berharap seluruh nasabah dapat sabar menunggu atas kondisi yang tengah terjadi BNI berkomitmen menyelesaikan keluhan nasabah tersebut sesegera mungkin dan memastikan dana nasabah tetap aman
Family Fun Weekend Fun Escapade Johor Special Appearance Di Puteri Harbour

Family Fun Weekend Fun Escapade Johor Special Appearance Di Puteri Harbour

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 719 hits
Kemeriahan Hujung Minggu Menanti Seisi Keluargadi Puteri Harbour Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour JohorCuti sekolah kini tiba dan ibu bapa pastinya mencari aktiviti menarik untu...
Mengenal Burung Kenari Romeo Melalui Gambar

Mengenal Burung Kenari Romeo Melalui Gambar

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 2901 hits
Semakin ramainya pencari burung kenari dengan jenis yang diminati para kicau mania semakin laris pula burung kicau kenari di pasaran Dengan harga yang bervariasi mulai dari ratusan ribu hingga jutaan rupiah Siapapun orangnya jika memang ben...
Jangan Terus Hukum Anak Kalau Nakal Degil Dan Lasak Kena Tahu 3 Jenis Learning Style Ni Dulu

Jangan Terus Hukum Anak Kalau Nakal Degil Dan Lasak Kena Tahu 3 Jenis Learning Style Ni Dulu

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 437 hits
Masih ada lagi mak ayah yang tak tahu anak mereka jenis yang mana satu auditori visual atau kinestatic Bila anak tak dengar cakap di katanya nakal degil lasak Padahal yang sebenarnya cara mak ayah beri teguran tu salah Anak tak faham Sebab ...
Lesen Kereta Kena G4ntung Pelajar Ambil Keputusan Beli Jeep Barbie Pandu Ke Kampus

Lesen Kereta Kena G4ntung Pelajar Ambil Keputusan Beli Jeep Barbie Pandu Ke Kampus

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 361 hits
Lesen Kereta Kena Gantung Pelajar Ambil Keputusan Beli Jeep Barbie Pandu Ke Kampus Setelah digantung daripada membawa kenderaan Tara Monroe seorang pelajar dari Universiti Teknologi Texas beralih kepada kenderaan berbeza Jeep Barbie berwarn...
Lantik Pelajar Nakal Jadi Pengawas Tun M Gagal

Lantik Pelajar Nakal Jadi Pengawas Tun M Gagal

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 326 hits
IZWAN ABDUL HALIM 26 DECEMBER 2018KUALA LUMPUR Pelantikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Waytha Moorty Ponnusamy sebagai Menteri adalah umpama guru sekolah melantik pelajar nakal sebagai pengawas Ahli Parlimen Tumpat D...
Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Togel Explained Smart Ways To Play And Predict Like A Pro

Jogja Travel Diary Dari Pendopo Lawas Ke Jalan Jalan Di Malioboro

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online