Pensyarah Kangkung Kata Bajet 2020 Pinggir Petani Nelayan



Adakah Petani, Nelayan, Belia, Desa & Hartanah diabaikan dalam Belajawan 2020?
1. Saya sangat terkejut dengan analisis belanjawaan yang dibuat oleh seorang akademik di UKM bertajuk “Bajet 2020 Berita Buruk untuk Petani, Nelayan, Belia, Desa & Hartanah”. (https://www.facebook.com/muein.abadi/posts/10214767183202695)
Dalam kenyataan ini, pensyarah tersebut telah memetik beberapa peruntukkan daripada Anggaran Belanjawan secara terpilih (selective) untuk memberi gambaran bahawa peruntukkan untuk golongan tertentu termasuk petani dan nelayan telah dipotong di bawah Belanjawan 2020. Misalnya, butiran peruntukan industri padi dan beras ditunjukkan telah menurun daripada RM69.3 juta kepada RM66.2 juta.
2. Tetapi apa yang menghairankan ialah pensyarah ini langsung tidak menyentuh butiran perbelanjaan kepada petani dan nelayan yang menunjukkan kenaikan yang begitu ketara. Misalnya, kenaikan insentif hasil tangkapan nelayan daripada RM98.5 juta ke RM121.2 juta, iaitu penambahan sebanyak 23% atau RM22.7juta tidak disebut.
3. Kenaikan subsidi harga padi sebanyak RM103.5 juta atau 20% daripada RM516.5 juta ke RM620 juta, kenaikan subsidi baja padi sebanyak RM162.5 juta atau 69.9% daripada RM232.5 juta ke RM395 juta, kenaikan insentif pengeluaran padi sebanyak RM178.5 juta atau 63.4% daripada RM281.5 juta ke RM460 juta juga langsung tidak disebut. Jumlah kenaikan subsidi dan insentif kepada petani padi adalah RM444.5 juta atau 43.1%.
4. Dalam ucapan belanjawan Menteri Kewangan, elaun sara hidup nelayan diumumkan akan naik daripada RM200 kepada RM250 sebulan pada tahun 2020 dengan peruntukkan sejumlah RM152 juta.
5. Keseluruhannya, peruntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Tani ditambah sebanyak RM500 juta daripada RM4.4 bilion ke RM4.9 bilion.
6. Pensyarah ini juga menyebut bahawa peruntukkan untuk Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MITB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah dihentikan tetapi anehnya, tambahan peruntukkan sebanyak RM5 juta kepada Lembaga Lada Malaysia (MPB) tidak disebut.
7. Lebih pentingnya, kenaikan insentif pengeluaran getah (IPG) daripada 0 ke RM100 juta tidak disebut langsung oleh pensyarah ini. Tambahan peruntukkan untuk pensijilan MSPO daripada RM8 juta ke RM20 juta yang tentu akan membantu pekebun sawit kecil (palm oil smallholders) juga tidak disebut.
8. Bagi Kementerian Belia dan Sukan, walaupun peruntukkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah dikurangkan…
tetapi, peruntukkan ini di diganti dan ditambahkan untuk program baru seperti Program Belia dan Sukan (RM41.96 juta), Elaun Pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia (RM17.9 juta), Malaysia Future Leaders School (MFLS) sebanyak RM53.9 juta dan Program Latihan dan Pembangunan Sukan di bawah Majlis Sukan Negara sebanyak RM46 juta.
9. Pada masa yang sama, peruntukkan “one-off” sebanyak RM7.6 juta juga telah disediakan untuk Penyelenggaraan Kompleks dan Pusat Sukan Perbadanan Stadium Malaysia.
10. Pada keseluruhan, peruntukkan untuk Kementerian Belia dan Sukan telah bertambah sebanyak RM114 juta atau 11% daripada RM1.04 bilion kepada RM1.154 bilion.
11. Untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pensyarah tidak menyebut langsung bahawa peruntukkan Bomba dan Penyelamat telah bertambah sebanyak RM30 juta daripada RM844 juta kepada RM874 juta.
12. Juga tidak disebut langsung pengumuman dalam ucapan belanjawaan mengenai Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak Rm200 sebulan yang mendapat pertuntukkan sebanyak RM35 juta pada tahun 2020 dan akan memberi manfaat kepada 14,400 anggota bomba.
13. Untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar, walaupun peruntukkan untuk aktiviti Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dikurangkan sebanyak RM5.4 juta tetapi…
Peruntukkan bantuan makanan tambahan KEMAS telah bertambah sebanyak RM22 juta dan peruntukkan emolumen kakitangan KEMAS lantikan tetap telah bertambah sebanyak 32 juta.
14. Tulisan yang diwarwarkan sebagai “analisis” belanjawan yang dikongsi di laman Facebook pensyarah UKM ini jelas bertujuan untuk memberi gambaran yang tidak tepat tentang polisi dan dasar kerajaan dengan hanya menyebut fakta-fakta tertentu dalam anggaran belanjawan 2020.
15. Sebagai seorang bekas pensyarah di sebuah IPTS, saya memang menyokong kebebasan akademik (“academic freedom”) termasuk hak pensyarah untuk mengkritik dasar kerajaan. Tetapi jika mahu mengkritik dasar kerajaan, saya harap pensyarah-pensyarah kita boleh menunjukkan tahap kritikan ataupun ‘standard’ yang lebih tinggi. Saya mencadangkan supaya pensyarah ini mempertimbangkan seperti berikut:
(i) Membuat analisis tentang anggaran belanjawaan dengan cara yang lebih menyeluruh ataupun komprehensif dan tidak memetik peruntukkan secara selektif misalnya untuk memberi gambaran bahawa kerajaan telah memotong peruntukkan kepada nelayan ataupun petani.
(ii) Menilai keberkesanan (“effectiveness”) dasar kerajaan tertentu dan memberi cadangan bagaimana dasar ini boleh ditambah baik dengan peruntukkan yang lebih ataupun peruntukkan perlu dikurangkan oleh kerana kurang berkesan. Misalnya, patutkah peruntukkan untuk program PR1MA ditambah memandang prestasi PR1MA sebelum ini dari segi KPI untuk membina rumah mampu milik?
(iii) Menggunakan saluran yang sedia ada seperti forum umum dan perbahasan TV atau radio, untuk berdebat dan berdiskusi dengan pakar belanjawan yang lain di samping bertukar fikiran dan melebarkan ruang perbincangan
16. Jika pensyarah seperti Abdul Muein hanya mahu terus melontarkan tuduhan dan ‘analisa’ dalam laman Facebook sahaja dengan kaedah yang tidak professional, saya risau perbuatan ini akan menambah persepsi buruk terhadap kualiti pensyarah dan pendidikan tinggi di negara ini. Pensyarah juga harus mengelak daripada menggunakan status sebagai golongan akademik untuk agenda peribadi atau pihak tertentu terutamanya dalam hal-hal berkepentingan umum seperti belanjawan negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25249

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2020 Berita Buruk Untuk Petani Nelayan Belia Desa Dan Hartanah

Bajet 2020 Berita Buruk Untuk Petani Nelayan Belia Desa Dan Hartanah

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 409 hits
1 Peruntukan Industri Padi dan Beras dipotong daripada RM69 2 juta kepada RM66 1 juta 2 Peruntukan Pertanian dipotong daripada RM194 1 juta kepada RM180 juta 3 Peruntukan Perikanan dipotong daripada RM178 5 juta kepada RM177 juta 4 Peruntuk...
Belanjawan 2020 Khabar Baik Buat Nelayan Dan Petani

Belanjawan 2020 Khabar Baik Buat Nelayan Dan Petani

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 286 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bajet 2020 Orang Kaya Kena Cukai Lebih Tinggi

Bajet 2020 Orang Kaya Kena Cukai Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 366 hits
Kerajaan bakal mengenakan cukai lebih tinggi terhadap golongan berpendapatan tinggi di negara ini Memetik laporan Awani sistem percukaian itu akan mengenakan cukai 30 peratus berbanding hanya 28 peratus sebelum ini kepada golongan berpendap...
Bajet 2020 Reaksi Beberapa Menteri Mengenai Bajaet2020

Bajet 2020 Reaksi Beberapa Menteri Mengenai Bajaet2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 441 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Intipati Menarik Bajet 2020 Malaysia

Intipati Menarik Bajet 2020 Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 587 hits
Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran langsung pembentangan di TV utama Malaysia berikut dikongsikan intipati Bajet 2020 Malaysia Tema Belanjawan 2020 Tema Bajet 2020 adalah Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke arah Kemakm...
Bajet 2020 Untuk Penjawat Awam

Bajet 2020 Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 2516 hits
Assslamualaikum Pembentangan Bajet 2020 semalam untuk penjawat awam adalah seperti berikut Intipati Bajet 20201 COLA naik rm502 Elaun Bomba rm2003 Bantuan khas kewangan rm5004 Pesara rm2505 Tentera pingat jasa one off rm5006 GCR boleh tebus...
Bajet 2020 Peruntukan Kepada Sektor Pertanian Perlu Ditambah

Bajet 2020 Peruntukan Kepada Sektor Pertanian Perlu Ditambah

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 422 hits
Analisa awal Bajet 2020 yang melibatkan sektor pertanian Jika dibuat perbandingan dengan Bajet 2019 terdapat pengurangan bajet kepada beberapa Jabatan dan agensi di bawah MOA Inc 1 Peruntukan Industri Padi dan Beras dikurangkan daripada RM6...
77 Intipati Belanjawan 2020 Bajet Negara Bertunjangkan Empas Teras Utama

77 Intipati Belanjawan 2020 Bajet Negara Bertunjangkan Empas Teras Utama

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 588 hits
KUALA LUMPUR 11 Okt Berikut ialah inti pati Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini Belanjawan 2020 yang bertemakan Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama deng...
Bajet 2020 18 Tahun Ke Atas Bakal Dikreditkan Rm30 Dalam E Wallet

Bajet 2020 18 Tahun Ke Atas Bakal Dikreditkan Rm30 Dalam E Wallet

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 582 hits
Umum mengetahui hari ini berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2020 Apa yang pasti belanjawan kali ini sangat dinanti oleh rakyat untuk melihat inisiatif kerajaan dalam mengurangkan beban mereka Antara pengumuman yang menarik perhatian ram...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal