Pensyarah Bongkar Kejahatan Makhluk Ini Rupanya Orang Melayu Ramai Terpedaya


Oleh Dr Mahyuddin bin Ismail
Dalam masyarakat kita, kerap kali didendangkan tentang kisah hantu raya. Ada kisah hantu raya makan tuan, hantu raya mengamuk dan berbagai macam lagi versi. Sebelum topik hantu raya ini diperincikan, ada baiknya kita memahami konsep sebenar kejadian-kejadian makhluk di atas muka bumi.
Secara asasnya, Allah adalah Tuhan yang mencipta segala makhluk yang ada di alam semesta. Di antara makhluk-makhluk ini, ada yang dapat dilihat dengan mata kasar dan ada pula yang halus dan ghaib.
Jin dan syaitan merupakan antara makhluk ghaib yang tinggal di atas muka bumi. Dalilnya, firman Allah surah al Baqarah: 36,
“Ingatlah kamu ketika Kami berfirman: Turunlah kamu semua (manusia dan jin), kamu bermusuhan antara satu sama lainnya dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kehidupan di atas muka bumi.” 
Ayat di atas jelas membuktikan, jin juga tinggal di atas muka bumi seperti manusia, bukannya di suatu alam ghaib yang istimewa.
Jin suka tinggal di tempat kotor dan tidak berpenghuni. Bezanya, kita tidak dapat melihat mereka kerana kejadian tubuhnya yang halus. Sebagaimana kita tidak dapat melihat angin, begitulah juga kita tidak dapat melihat jin dan syaitan walaupun mereka berada di depan mata kita.
Menurut Imam as Sayuti dalam kitabnya Ahkam al-Jan, jin dan syaitan suka mendiami tempat-tempat kotor, seperti najis binatang, sampah sarap dan sebagainya. Mereka juga tinggal di air, udara, tanah perkuburan, padang pasir, gunung, hutan rimba dan juga pohon-pohon.
Justeru, orang Melayu yang terserempak dengan makhluk ini menamakannya bersempena lokasi ia ditemui. Timbullah istilah hantu kubur, jembalang tanah, hantu air dan hantu laut.
Dari segi fizikal, ada jin yang kerdil dan kecil maka digelar toyol, yang bertelanjang tanpa pakaian, digelar hantu kopek, yang berbungkus kain kapan digelar hantu bungkus, yang tinggi digelar hantu galah atau hantu tinggi, yang berkulit hitam digelar orang minyak, yang terbang mengilai-ilai digelar langsuir, yang melompat-lompat digelar hantu pocong, yang menyerupai belalang digelar pelesit dan yang menyerupai manusia digelar orang bunian.
Dapat disimpulkan, makhluk-makhluk ghaib yang dikenali sebagai hantu dalam masyarakat Melayu ini adalah makhluk jin yang menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk.
Jin bernama Ifrit
Untuk mengenali sifat dan sikap makhluk-makhluk ghaib khususnya yang digelar hantu raya dan orang bunian, maka dialog antara Nabi Sulaiman a.s. dan menteri-menterinya dalam surah An Naml: 38-40 boleh dijadikan sandaran. Firman Allah S.W.T.
“Sulaiman berkata: “Wahai pegawai-pegawai ku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepada ku singgahsananya (Balqis) sebelum mereka datang menghadap ku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?”
Gambaran pelukis tentang kisah Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis Berkata Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepada mu sebelum engkau bangun dari tempat duduk mu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”.
Berkata seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab: “Aku akan datangkan singgahsana itu kepada mu sebelum mata mu berkelip.” Maka setelah dilihatnya singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata: “Ini adalah kurnia Tuhan ku untuk menguji aku apakah aku bersyukur atau mengingkari.”
Dan barang siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhan ku Maha Kaya, lagi Maha Mulia.”
Dalam ayat ini, terdapat beberapa watak makhluk yang memiliki kebolehan dan kedudukan yang istimewa. Antaranya ialah Ifrit, Balqis dan seorang lelaki yang mempunyai ilmu dari Al-Kitab.
Ifrit Segagah-gagah dan sejahat-jahat Jin
Berdasarkan ayat di atas, dapat kita ketahui bahawa Ifrit adalah salah satu bangsa jin yang gagah, kuat dan perkasa. Menurut Ibnu Ajibah dalam tafsirnya Al-Bahr al-Madid, nama Ifrit tersebut ialah Zakuan atau Sakhra’.
Ia mendakwa mampu untuk membawa singgahsana Balqis yang diperbuat daripada emas padu bertatahkan manikam, zamrud, zabarzad dan mutiara dari negeri Saba ke Palestin dalam masa yang singkat.
Selain terkenal dengan kekuatannya, Ifrit juga masyhur sebagai makhluk yang sangat banyak tipu helah dan suka membodohkan manusia. Menurut ahli tafsir, oleh kerana Ifrit bimbang Nabi Sulaiman tidak mempercayainya, maka ia terpaksa menegaskan kesungguhannya itu dengan berkata,
“Sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.”
Ifrit merupakan rakan kongsi utama syaitan dan ia menaruh dendam yang amat mendalam terhadap manusia. Ia akan melakukan pelbagai usaha untuk merosakkan manusia termasuk kepada para nabi.
Ada riwayat mengatakan bahawa salah seekor Ifrit yang bernama Sokhel pernah menjelma dalam rupa Nabi Sulaiman bagi memperdayakan penyimpan cincin hikmat Nabi Sulaiman. Akibat kehilangan cincin tersebut, Sokhel telah berjaya mengambil alih pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman selama 40 hari.
Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah didatangi oleh Ifrit untuk menggoda Baginda supaya terputus dari mengerjakan solat. Begitulah kejahatan dan kedengkian makhluk ini terhadap manusia.
“Di sebalik keburukan sifat Ifrit, masih terdapat sebilangan manusia yang sanggup mengambil makhluk yang jahat ini sebagai sahabat atau pendamping mereka.”
Dalam masyarakat Melayu, Ifrit yang dijadikan sahabat dikenali sebagai hantu raya. Sebagaimana kebolehan Ifrit di zaman Nabi Sulaiman, Ifrit atau hantu raya yang dibela ini juga boleh menjelma menyerupai tuannya, boleh disuruh menjaga harta tuannya, boleh mengambil sesuatu jauh dengan cepat, boleh digunakan untuk menggerunkan musuh dan macam-macam lagi.
Manusia yang menggunakan khidmat Ifrit kebanyakannya akan menghadapi masalah di akhir hayat mereka. Pelbagai gangguan dan penyakit akan ditimpakan ke atasnya. Apabila tuannya meninggal, Ifrit akan mencari tuan baru dari kalangan anak cucu tuannya. Inilah yang dikenali sebagai saka. Begitulah cara Ifrit melakukan tipu daya untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam a.s.
Masyarakat Melayu kerap menjadikan hantu raya (Jin dan syaitan) sebagai teman untuk kesenangan duniawi Perkara ini telah dinyatakan oleh Allah dalam surah Al’A’raf: 16-17,
“Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan menghalangi mereka (keturunan Adam) semua dari jalan Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”
Oleh kerana itu, para ulama melarang keras umat Islam dari bersahabat dengan makhluk jin kerana ia tidak memberi sebarang manfaat. Syeikh Abdul Wahab As-Sya’rani menegaskan di dalam kitabnya Yawaqitu wal Jawahir,
“Barang siapa memilih dan melebihkan persahabatan dengan jin berbanding bersahabat dengan para ulama, maka orang itu sangat jahil.  Ini kerana menjadi tabiat jin untuk melampau-lampau dalam perbuatan dan perkataannya, dan selalu berdusta sebagaimana tabiat orang fasik. 
Maka orang yang berakal harus mengelakkan diri dari bersahabat dan bersekutu dengan jin sepertimana dia perlu mengelak dari bersahabat dan bersekutu dengan manusia yang fasik.” MALAYSIA NOW

(*) Dr Mahyuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/pensyarah-bongkar-kejahatan-makhluk-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sangka Besarkan Anak Kandung Rupanya Adik Sendiri Kisah Budak Ditinggalkan Mati Kebuluran Dna Bongkar Rahsia Nenek Seok

Sangka Besarkan Anak Kandung Rupanya Adik Sendiri Kisah Budak Ditinggalkan Mati Kebuluran Dna Bongkar Rahsia Nenek Seok

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 618 hits
595 total views 595 views today Seorang kanak kanak perempuan berusia 3 tahun telah ditemui mati oleh polis disebabkan kebuluran selepas ditinggalkan sendirian oleh ibunya di sebuah apartment di bandar Gumi di utara daerah Gyeongsang Korea ...
Pas Cadang Persempadanan Semula Negeri Majoriti Melayu

Pas Cadang Persempadanan Semula Negeri Majoriti Melayu

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 247 hits
PAS cadang persempadanan semula negeri majoriti Melayu Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Mar 2021 7 23PM
Nasib Negara Bergantung Kepada Orang Melayu

Nasib Negara Bergantung Kepada Orang Melayu

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 504 hits
Kenapa kita gagal mengubah nasib negara Untuk mengubah negara ini kepada lebih baik ia bergantung kepada kesedaran orang Melayu Ini kerana undian org Melayu sahaja mampu memilih pemimpin yg bersih utk memulihkan reform negara 1 Anak2 muda M...
Orang Melayu Tak Percaya Dap Lagi

Orang Melayu Tak Percaya Dap Lagi

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 333 hits
BANGI Dakwaan Anthony Loke bahawa DAP bukan parti yang anti Melayu adalah seperti menafikan kewujudan bangunan KLCC demikian sinis Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Sebelum ini Anthony yang juga Set...
Bn Hilang Sokongan Melayu Jika Umno Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Pemimpin Umno

Bn Hilang Sokongan Melayu Jika Umno Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 338 hits
freemalaysiatoday com March 22 2021 7 00 AMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Razlan Rafii menolak pandangan penganalisis politik Mohammad Agus Yusoff bahawa parti itu lebih beruntung jika menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan PETALI...
Ubah Sempadan Kawasan Pilihan Raya Untuk Kaum Melayu Manipulasi Sistem Demokrasi Amk

Ubah Sempadan Kawasan Pilihan Raya Untuk Kaum Melayu Manipulasi Sistem Demokrasi Amk

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 173 hits
Cadangan menteri kabinet Perikatan Nasional dari Pas Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan akan meminda sempadan kawasan pilihan raya untuk kepentingan kaum Melayu sekiranya menperolehi majoriti 2 3 kerusi Parlimen berpotensi...
Latihan Tahun 1 Bahasa Melayu Tema 2 Unit 6 Muka Surat 1

Latihan Tahun 1 Bahasa Melayu Tema 2 Unit 6 Muka Surat 1

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 353 hits
Latihan Tema Masyarakat Muhibbah Latihan yang disediakan adalah mengikut tema 2 dimana tema ini adalah berkaitan dengan masyarakat di sekeliling murid murid tahun 1 Latihan ini juga adalah berfokuskan kepada penggunaan penjodoh bilangan bag...
Guna Bahasa Melayu Pun Tak Konsisten Kenapa Tuntut Nak Guna Kalimah Allah

Guna Bahasa Melayu Pun Tak Konsisten Kenapa Tuntut Nak Guna Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 283 hits
Isu penggunaan kalimah Allah yang dituntut penganut Kristian dibimbangi menjadi strategi terancang dakyah kristianisasi untuk memurtadkan umat Islam Atas dasar itu mantan Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Shuhaib Ar Rum...
Hiburan Dah Bertemu Seseorang Ezlynn Akui Hati Sudah Dimiliki Jejaka Bukan Melayu

Hiburan Dah Bertemu Seseorang Ezlynn Akui Hati Sudah Dimiliki Jejaka Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 618 hits
Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye Ezlynn mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang jejaka istimewa Sumber Instagram Ezlynn Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin 39 berkata pada ketika ini dia sedang berkawan rapat dengan seorang lela...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord